Sebelum ini, Raja Petra Kamarudin mendedahkan:
Sudah tentu kita bercakap tentang lubuk duit yang besar kerana cadangan perlaksanaan E-POWER FORCE SOLUTION (sistem pengurusan data polis) oleh Web Power Sdn Bhd melibatkan perbelanjaan sebesar RM4 billion apabila ia dilaksanakan sepenuhnya di seluruh negara. Dengan begitu mudah kongsi gelap Cina mengendalikan sistem pengurusan data Polis Diraja Malaysia. Adakah selepas ini kita akan melihat CIA mengendalikan Cawangan Khas di Bukit Aman dan tentera Singapura mengendalikan tentera Malaysia? Atau adakah perkara itu telah berlaku? Hmm.....ia memang menjadikan kita tertanya-tanya, bukankah begitu?
Menurut Raja Petra, Web Power didalangi oleh raja sindiket jenayah terancang bernama BK Tan. Beliaulah yang membuat presentation mengenai Web Power kepada Ketua Polis Negara. Lebih menarik lagi, salah seorang pengarah Web Power ialah Bekas Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Othman Talib (proksi?). Bertambah menarik, apabila Raja Petra menyatakan, anak Ketua Polis Negara yang bernama Khidir Musa berkerja dengan Web Power.Bagaimana pula Web Power mendapat lubuk duit itu? Menurut Raja Petra:
Pada mulanya, PDRM menolak cadangan Web Power tetapi Ketua Polis Negara campur tangan dan beliau sendiri yang menyokong cadangan Web Power itu melalui suratnya kepada Kementerian Keselamatan Dalam Negeri dan juga Unit Perancang Ekonomi Jabatan Perdana Menteri.Malaysiakini semalam melaporkan Musa nak saman pulak. Patut lama dah dia saman Raja Petra. Kenapa tak saman?Hai.. Kalau P Ramlee masih hidup, tentu di kata, banyaknya pelakon berbakat sekarang.
Posted by bakaq a.k.a
No comments:
Post a Comment