DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

17 July 2008

Akuan bersumpah: Raja Petra didakwa fitnah isteri Najib, 2 lain


Raja Petra bersama J. Chandra tiba di IPKKL pagi ini. -foto AP


(Dikemas kini) KUALA LUMPUR: Pengendali dan editor laman blog Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin (gambar) didakwa di Mahkamah Majistret Jalan Duta, Kuala Lumpur atas tiga tuduhan memfitnah termasuk isteri Timbalan Perdana Menteri.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan.

Tuduhan ke atasnya dibacakan tengah hari tadi.
Tohmahan itu didakwa dibuat dalam akuan bersumpahnya yang diikrarkan 10.25 pagi 18 Jun lalu di Mahkamah Tinggi Sivil Lima, Tingkat 4, Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.Pertuduhan itu berkait dengan akuan bersumpah yang menyentuh penglibatan isteri Timbalan Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor; pakar bahan letupan C4, Leftenan Kolonel Aziz Buyong dan isterinya, Norhayati Hassan dalam kes pembunuhan Altantuya pada 19 Oktober 2006.

Jika disabitkan kesalahan, Raja Petra boleh dihukum penjara maksimum dua tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Anselm Charles Fernandis manakala peguam J. Chandra mewakili Raja Petra.

Ketika dibacakan pertuduhan, Raja Petra yang berada dalam kandang tertuduh berkata, beliau enggan mengaku bersalah atas tuduhan-tuduhan dan mengatakan ia adalah berniat jahat.

"Saya enggan membuat pengakuan atas alasan pertuduhan terhadap saya mempunyai kecacatan dan mala fide," sebut Raja Petra berulang kali.
Dia turut menyatakan akan memecat peguamnya J. Chandra sekiranya Chandra bersetuju dengan pihak pendakwaan.

Tindakan Raja Petra yang tidak berhenti bercakap ditegur Majistret Nazran Mohd Sham yang berkata: "Saya tidak sempat menulis apa yang awak cakap, beri saya peluang, jika anda tidak menghormati saya tidak apa, tetapi tolong hormati mahkamah".

Kes itu akan disebut semula pada 15 Ogos.

Kira-kira pukul 2.15 petang tadi, Majistret Nazran Mohd. Sham yang mengendalikan kes tersebut memutuskan Raja Petra boleh diikat jamin dengan RM2,000 dan menolak personal bon yang diminta peguam Raja Petra.

Selepas 90 minit berlalu, Raja Petra menerima keputusan mahkamah dengan ikat jamin RM2,000 yang disediakan oleh isterinya.

Terdahulu Anselm memohon mahkamah menetapkan jaminan sebanyak RM10,000 bagi kesemua tuduhan tetapi dibantah oleh Chandra dengan merayu jaminan sebanyak RM5,000 sahaja.

Ketika itu Raja Petra bangun sekali lagi dan menyatakan beliau tidak mahu sebarang jaminan dikenakan ke atasnya. Tindakannya itu menyebabkan mahkamah ditangguhkan seketika bagi membolehkan Chandra berbincang dengan anak guamnya itu.

Dalam pada itu, Chandra meminta personal bon (ikat jaminan tanpa penjamin) kerana sebelum ini Raja Petra tidak makan dan tidur dalam penjara. Bagaimanapun, Anselm membantah dengan berkata ia tidak relevan.

Sebelum itu, isteri Raja Petra, Marina Lee Abdullah bersama dengan dua peguamnya memujuk Raja Petra untuk menerima ikat jamin tersebut dan meneruskan perjuangannya di luar.
Kira-kira pukul 3.45 petang tadi, Raja Petra diiringi beberapa anggota polis keluar dari mahkamah untuk menyelesaikan prosedur ikat jamin.

"Tunggu sehingga 15 Ogos nanti," kata Raja Petra apabila ditanya sebab mengatakan dakwaan tersebut adalah berniat jahat.

Sebelum dihadapkan di mahkamah Jalan Duta, Raja Petra dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur dan kemudian dibawa mahkamah Jalan Duta untuk didakwa di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah.

Raja Petra tiba di pekarangan mahkamah kira-kira 12.05 tengah hari tadi.
Ketika di IPK KL, Raja Petra turut ditemani oleh Marina Lee Abdullah dan seorang lagi peguamnya iaitu Amarjit Singh Sidhu ketika di mahkamah.

Polis telah memanggilnya untuk membuat keterangan pada 5 Julai lalu di bawah Akta 112 Kanun Kanun Prosedur Jenayah.

Pada hari itu Raja Petra Kamaruddin berkata, beliau bersedia didakwa di mahkamah daripada mendedahkan sumber maklumat yang diperoleh olehnya berhubung dakwaan penglibatan isteri Timbalan Perdana Menteri dengan pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Pengendali dan editor laman blog Malaysia Today itu mendakwa, pihak polis telah memintanya mendedahkan pemberi maklumat tersebut.

Pada bulan Mei, Raja artikel bertajuk Petra dituduh menerbitkan Let's Send The Altantuya Murderers To Hell dalam laman webnya pada 25 April lalu di rumahnya di No 5, Jalan BRP 5/5, Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh.

Kali pertama penulis blog didakwa mengikut Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 yang membawa hukuman maksimum denda RM5,000 atau penjara tiga tahun jika sabit kesalahan.
Hakim Nurmala Salim menetapkan jaminan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin selepas peguam tertuduh, K Balaguru, tidak membantah jumlah yang dicadangkan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Nordin Hassan.
Nadi REFORMIS
AMK Gelang Patah

No comments: