DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

19 July 2008

‘Toksah dok percayaLAH’


Kelmarin, Perdana Menteri Abdullah Badawi kata, "Kalau dia betul-betul kata tak terlibat ke apa. Bagi sampel.Dia (Anwar) kata dia tak buat apa-apa. Tengoklah. Tentu hasilnya tidak membuktikan sesuatu yang dia tidak lakukan. Itu caranya... apa susah sangat?"Abdullah ingat ada orang mahu percaya cakap dia ke? Apa, Abdullah ingat Anwar telah lupa ke?Menurut peguam Anwar, R.Sivarasa, dalam perbicaraan kes liwat pada tahun 1998 dan 1999, bukti DNA Anwar telah dipalsukan apabila seorang pegawai polis berpangkat Asisten Superintendan telah membuang sampel DNA daripada penjagaan forensik secara tidak sah.




"Ketika sesi soal balas terhadap saksi-saksi pendakwaan, maka terdedahlah yang DNA yang diambil dari sampel darah sengaja diletakkan di atas tilam yang dikenali umum itu," kata Sivarasa.Apakah jaminan Abdullah bahawa perkara seumpama itu tidak berulang? pemalsuan bukti yang berlaku dalam kes terdahulu membabitkan Tan Sri Abdul Gani Patail dan Tan Sri Musa Hassan (yang pada ketika itu ketua pendakwaraya dan ketua siasatan) kini memegang jawatan yang lebih berkuasa dalam penguatkuasaan undang-undang.Macam-macam dalih dikemukakan oleh Abdullah bila orang kata tuduhan liwat keatas Anwar adalah ‘konspirasi’ pihak kerajaan.




"Tak ada. Tidak ada sebarang konspirasi atau pun apa-apa tindakan yang nak menganiaya Datuk Seri Anwar Ibrahim. Tak ada. Toksah dok percayalah," katanya."Dia (Anwar) akan dilindungi oleh undang-undang yang ada. Kita mesti patuh dengan undang-undang.Pihak berkuasa juga patuh dengan undang-undang.Betullah tu! Kita ikutlah nasihat Abdullah : ‘Toksah dok percayaLAH’

Nadi REFORMIS
AMK Gelang Patah

No comments: