DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

14 July 2008

Debat Anwar VS Shabery: Khabar terbaru….


Semua persiapan debat antara Penasihat Parti Keadilan Rakyat,Datuk Seri Anwar Ibrahim vs Menteri Penerangan ,Datuk Ahmad Shabery Cheek di Balai Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur berjalan lancar.


Jika tidak ada sebarang perkembangan last minute yang menghalang ia akan disiarkan secara langsung tepat jam 9 malam esok 15 Julai. Cuma sikit saja perubahan iaitu ia akan disiarkan secara langsung menerusi TV9 ( jika menerusi Astro saluran 119 ) dan bukan menerusi TV3 seperti yang diumumkan sebelum ini. TV3 pula akan membuat siaran ulangan debat itu kemudian. Perubahan ini tidak dapat dielakan kerana TV3 terikat dengan program asal yang dijadualkan malam itu.. Selain TV9 ia juga akan disiarkan secara langsung menerusi Astro Awani ( saluran 501). Promosi mengenai debat yang akan disiarkan menerusi TV9 sudahpun disiar menerusi TV3 dari masa ke semasa.


Pada lewat petang Ahad pihak Bernama TV ( menerusi saluran Astro 502) juga menyampaikan keputusannya nak turut menyiarkan debat itu secara langsung. Agendadaily selaku penganjur debat ini melihat kesediaan ketiga-tiga stesyen televisyen itu serentak menyiarkannya secara langsung sesuatu yang sangat positif dalam menengahkan budaya perdebatan secara intelektual mengenai sesuatu isu besar negara. Sementara itu kedua-dua pihak Anwar dan Ahmad Shabery telah bersetuju pada peraturan debat itu yang ditetapkan oleh Agendadaily


.Hujah-hujah mereka tidak dibenar melencong. Moderator Datuk Johan Jaafar akan kendalikan debat itu secara tegas pastikan ia tidak ‘ lari tajuk ’ iaitu terbawa pada isu-isu politik yang tidak berkaitan dengan minyak. Beliau akan memberi peringatan awal dan kemudiannya menghentikan terus debat jika ia dilanggar.


Formatnya ialah kedua-dua Anwar dan Ahmad Shabery akan menyampaikan hujah masing-masing selama lima minit dan kemudiannya diikuti oleh soalan dari penal. Ini akan diikuti oleh sesi dimana Anwar dan Ahmad Shabery menyoal satu sama lain sebelum mereka mengulong hujah masing-masing. Anwar akan membawa penal sendiri (seorang saja) dan begitu juga Ahmad Shabery.


Sehingga pagi Isnin pihak Agendadaily menerima banyak permintaan dari berbagai lapisan masyarakat yang hendak menyaksikan debat di Dewan Tun Syed Nasir. Namum ia semuanya terpaksa ditolak kerana jumlah hadirin yang akan hadir sudah cukup kuota yang ditetapkan ialah 200 orang tidak termasuk puluhan wartawan dan jurugambar media. Pihak penganjur mengundang 100 orang manakala pihak Anwar 50 orang dan Shabery 50 orang.


Pemeriksaan keselamatan yang ketat akan dikenakan di pintu masuk Dewan Bahasa dan Pustaka serta di pintu masuk dewan. Langkah ini adalah untuk memastikan siaran langsung itu berlangsung sempurna tanpa sebarang gangguan. - AgendaDaily

Nadi Reformis
AMK Gelang Patah

No comments: