DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

09 July 2008

Ezam: 'Ada anggap saya harapan, juga anggap saya ancaman'

PETALING JAYA: "Itu tafsiran sebahagian (orang). Saya masih dalam usaha untuk melakukan sesuatu ke arah kebaikan (pembaharuan)." Demikian reaksi Mohamad Ezam Mohd. Nor yang menyertai semula Umno lima minggu lalu dengan menolak tanggapan sesetengah pihak beliau merupakan 'penyelamat' Umno yang sedang menuju usaha pemulihan selepas pilihan raya umum ke-12.Ezam, yang kembali ke Umno selepas dipecat satu dekad lalu oleh kepimpinan Umno terdahulu berkata, "memang Umno ada masalah, masalah yang besar, masalah yang memerlukan persediaan (untuk dipulihkan), keterbukaan di pihak kepimpinan untuk melakukan perubahan, kesediaan untuk berkorban, kesediaan untuk berubah."Bagaimanapun kata Ezam, beliau tidak dianggap sebagai "penyelamat."
Katanya, walaupun beliau telah menyatakan kesediaan membantu Umno tetapi usaha tersebut tidak

"mampu dilakukannya" seorang diri."Saya di sini melakukan yang termampu daripada saya," kata beliau dalam temu bual khas dengan mStar Online dan The Star. Ezam, bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim dari 1996 hingga 1998 mengakui "sebahagian (ahli dan pemimpin Umno) melihat sebagai harapan tetapi ada juga yang melihat saya sebagai ancaman."Tetapi tegas Ezam, apa yang penting dan menjadi teras amalan politiknya ialah melakukan perubahan dan membawa perubahan dalam parti dan kerajaan pimpinan BN."Dan, saya akan buat dan saya akan lakukan apa yang saya boleh lakukan ke arah perubahan itu," katanya.Mengenai tempoh lima minggu lalu selepas kembali ke Umno, Ezam berkata, beliau telah dilabelkan dengan pelbagai tafsiran.

"Ada yang mengalu-alukan (saya) dan ada yang gembira, ada yang mengatakan saya trojan horse, ada yang mengatakan saya spy... macam-macam lagi."Tetapi secara umumnya saya dapat melihat satu kesan positif daripada kepimpinan Umno atas kemasukan (semula) saya dan juga persepsi yang tidak terlalu negatif daripada rakan-rakan di PAS, Keadilan (Parti Keadikan Rakyat)," katanya.Pun begitu, beliau turut mengakui perjalanan lima minggu lalu sebagai tempoh yang cukup mendugakan."Saya masih ingat lagi di peringkat awal saya membuat keputusan untuk kembali ke dalam Umno saya menerima SMS, dalam 1,000 SMS sehari, yang paling banyak dalam sejarah hidup saya. "Bila saya keluar Keadilan dua tahun lalu saya tidak mendapat SMS yang sebegitu banyak. Apabila kembali ke Umno, luar biasa... purata 1,000 SMS. Mungkin apabila saya membuat keputusan masuk ini, saya mendapat respons daripada kedua-dua pihak, daripada PKR dan Umno. SMS berganda dan bercampur-campur, ada yang gembira, ada yang marah, tetapi rata-rata agak positif, dan banyak yang agak terkejut dan minta penjelasan," ujar beliau.Sebab itu, kata Ezam, beliau membuat keputusan untuk menemui seramai mungkin rakan-rakan dalam Umno dan di luar Umno untuk memberi penjelasan sejak dua minggu lalu.Walaupun dipecat daripada Umno dan kembali ke Umno selepas berada dalam pembangkang selama lapan tahun, Ezam memberitahu, beliau tetap berpegang kepada prinsip bahawa perjuangan politik adalah ruang yang luas dan tidak pernah "mengehadkan persahabatan, persaudaraan dalam skop politik.""Walaupun berbeza parti politik, pendirian politik tetapi saya tetap menyatakan kepada diri saya dan kawan-kawan saya yang mahu menerimanya bahawa persahabatan dan persaudaraan seharusnya kekal. Sebab itu saya rasa relaks dan tidak merasakan tertekan dengan keputusan saya bertukar parti," katanya.Ezam mengulangi beliau membuat keputusan untuk kembali ke Umno berasaskan pendiriannya mahu melakukan perubahan."Saya nampak sudah ada ruang untuk melakukan perubahan dalam Umno, sekarang adalah ruang terbaik, masa yang terbaik," katanya."Ada orang kata mungkin disebabkan (hasil) pilihan raya, disebabkan keputusan menyebabkan perubahan yang besar dalam dasar, melibarkan BPR (Badan Pencerah Rasuah), dan kehakiman. "Apapun motifnya ruang itu memang besar, dan konteks perubahan di Malaysia ini, yang paling penting, yang paling signifikan ialah memerlukan perubahan dalam urus tadbir yang baik, usaha melawan rasuah, dalam usaha menguruskan sumber (negara)," katanya yang menegaskan usaha tersebut telah gagal dilakukan dalam tempoh dua dekad lalu termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri ketika menjadi Timnalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden.

"Apa pun kepada mana-mana pihak, mana-mana parti, yang asas (bagi saya) ialah melakukan perubahan, membawa perubahan berkesan dan akhirnya membawa impak ke atas rakyat. Saya sanggup melakukan apa sahaja untuk rakyat," katanya.

Nadi Reformis
AMK Gelang Patah

"Kerajaan yang Adil Disanjung, Kerajaan yang Zalim Dipancung "

No comments: