DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

21 July 2008

Anwar pertahan ditelanjangkan, PM jamin Musa, Gani tidak campuri siasatan


(Dikemas kini) KUANTAN: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang dalam siasatan polis atas tuduhan meliwat, tetap mempertahankan bahawa beliau telah ditelanjang dan diaibkan ketika menjalani pemeriksaan perubatan pada Rabu lepas.


"Hospital (Kuala Lumpur) kata saya tak ditelanjang, (tapi) dia suruh buka baju, buka seluar, kemudian suruh buka seluar dalam, itu bukan namanya telanjang atau ada nama lain, bogel bukan telanjang," katanya ketika menyampaikan ceramah politik di kampung Razali, dekat sini, malam Sabtu.Anwar berkata beliau hairan bagaimana pihak Hospital Kuala Lumpur (HKL) mengeluarkan kenyataan bahawa beliau tidak pernah ditelanjangkan ketika menjalani pemeriksaaan perubatan itu."Ini kita nak percaya macam mana, saya tak buat salah tapi saya ditelanjangkan, sebab saya menjadi jurucakap rakyat, dan inilah hukumannya, diaibkan, difitnah, ditelanjangkan," kata Anwar.


Semalam, Pengarah HKL Datuk Dr Zaininah Mohd Zain berkata sebelum pemeriksaan itu, dua pakar menerangkan secara terperinci mengenai prosedur pemeriksaan itu kepada Anwar dengan kehadiran peguam beliau.Beliau kemudian diperiksa oleh dua orang pakar itu mengikut prosedur klinikal tertentu semasa keseluruhan pemeriksaan berkenaan dijalankan.


Tidak pernah sama sekali kesopanan dan ketertiban beliau dinafikan sepanjang tempoh pemeriksaan itu," kata Dr Zaininah dalam kenyataan semalam.Anwar, 61, dibawa ke HKL pada malam Khamis, hari beliau ditangkap untuk menjalani ujian DNA berhubung aduan liwat oleh bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 23.Beliau kemudian dibawa balik ke Ibu pejabat Polis Kuala Lumpur pada pukul 10.34 malam selepas menjalani pemeriksaan perubatan.


Berucap di hadapan lebih 5,000 orang itu, Anwar berkata beliau enggan untuk membenarkan sampel darahnya diambil pihak HKL kerana beliau tidak percaya dalam sistem itu kerana bukti DNA yang diambil polis dalam kes liwatnya 10 tahun lepas didakwa telah dimanipulasi pihak polis.


"DNA tidak berubah, darah saya (telah) diambil (dulu), mereka usung tilam (kes 1998), ambil darah saya percik atas tilam, jadi janganlah ulang tayang cerita ini," dakwa Anwar.

No comments: