DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

09 July 2008

Bala selamat di salah sebuah negara Asean

PETALING JAYA: Kehilangan misteri penyiasat persendirian P. Balasubramaniam setelah lima hari akhirnya terjawab. Menurut Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohd Bakri Zin, polis telah berjaya menjejaki Bala dengan bantuan Interpol dan beliau berada dalam keadaan selamat di salah
sebuah negara Asean.

Polis telah berjaya mengesan Bala tetapi tidak boleh menjelaskan dengan lebih terperinci di mana Bala berada dan bila beliau akan dibawa balik ke Malaysia.

Kata Mohd Bakri, Bala telah meninggalkan Malaysia secara bersendirian tanpa paksaan dari mana-mana pihak dan keadaannya kini selamat, tidak seperti spekulasi yang dibuat sebelum ini.

Semalam, Bala buat pertama kalinya juga telah menelefon anak saudaranya, R. Kumaresan. Balasubramaniam memberitahu, dia dan isterinya, S. Senthamil berada dalam keadaan selamat.

Kumaresan, 27, mendakwa mendapat panggilan itu pada pukul 11.30 malam tadi daripada bapa saudaranya itu tetapi gagal mengesan panggilan itu dari mana kerana Bala menggunakan talian telefon peribadi.

Bala, katanya, enggan mendedahkan di mana dia berada walaupun ditanya berkali-kali. Dia hanya memaklumkan kepada Kumaresan yang dia okay tetapi tidak boleh bercakap dengan lebih lanjut.

Kumaresan juga turut bercakap dengan isteri Kumaresan, Senthamil tetapi beliau juga menyatakan perkara yang sama. Semalam, Kumaresan telah mengadakan upacara menyalakan lilin di Jalan Tun Sambathan. Upacara simbolik itu diadakan sebagai desakan supaya pihak berkuasa mendedahkan kedudukan keluarga Balasubramaniam.

Keadaan tiga anaknya bagaimanapun masih belum diketahui. Penyiasat persendirian itu bersama isteri dan tiga anaknya yang berusia antara enam dan 11 tahun `hilang' sejak 3 Julai lalu.

Balasubramaniam dalam akuan bersumpah pertama pada 1 Julai lalu membuat pelbagai dakwaan yang mengaitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Bagaimanapun akuan bersumpah keduanya pada 3 Julai menarik balik semua tuduhan tersebut. Sementara itu, polis tidak menolak kemungkinan penyiasat persendirian tersebut kini berada di luar negara.

Sebelum ini Mohd Bakri memberitahu, Balasubramaniam memang dikehendaki pihak polis untuk diambil keterangan berhubung dua akuan bersumpah yang dibuatnya baru-baru ini.

Pihak polis ingin mengambil percakapan beliau terutamanya dengan akuan bersumpah yang telah dibuat baru-baru ini.

Nadi Reformis
AMK Gelang Patah

"Kerajaan yang Adil Disanjung, Kerajaan yang Zalim Dipancung "

No comments: