DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

08 June 2010

NAJIB "KENCING PETAI" PASAL ISU JUDI

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara yang juga pakar ekonomi, YB Tony Phua (DAP) berkata bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak harus dihadapkan ke Jawatankuasa Hak Dan Keistimewaan kerana mengelirukan Dewan Rakyat berhubung kelulusan lesen judi bola sepak yang diberikan kepada Ascot Sports Sdn Bhd. Najib yang juga Menteri Kewangan I semalam telah menyelewengkan Dewan Rakyat apabila menyatakan kerajaan masih mengkaji permintaan Berjaya Corporation Bhd berhubung lesen judi tersebut. Namun di dalam laman sesawang Kumpulan Berjaya telah mengumumkan bahawa kelulusan itu telah diberikan dan hari ini maklumat berhubung lesen judi tersebut telah dipadamkan.
Tony Phua percaya bahawa kenyataan mengarut Menteri Kewangan I semalam adalah tindakan terdesak Najib untuk menutup "keaiban" pentadbirannya, dan Tony juga percaya bahawa sebenarnya Najib sudahpun meluluskan lesen tersebut kerana berdasarkan maklumat yang diperolehinya menunjukkan Berjaya Corporation membuat pinjaman RM614 juta untuk mengendalikan operasi judi sukan ini. Pada 12 Mei yang lalu, Berjaya Corporation telah mengumumkan kelulusan lesen "judi" tersebut dan menyebabkan saham syarikat itu melonjak pada hari pengumuman tersebut.
Siapakah yang berbohong, adakah Najib atau Vincent Tan atau Tony Phua. Jika kenyataan Tony Phua itu adalah "pembohongan" maka Najib wajar mengambil tindakan terhadap Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu.
Jika benar Najib berbohong di Parlimen dan beliau sebenarnya telahpun meluluskan lesen judi tersebut, maka tindakan Najib boleh dianggap tindakan yang "biadap" kerana telah mencemarkan nama baik negara ini apatah lagi negara ini diiktiraf sebagai negara islam dan tidak keterlaluan untuk melabelkan Najib sebagai "penderhaka" kepada kesucian Islam. Apapun alasan yang diberikan oleh Najib, judi tetap haram kerana itu adalah tegahan dari Allah swt.

No comments: