DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

18 June 2010

PERTEMUAN DENGAN DATUK CHUA JUI MENG

Perjumpaan PKR Selatan dengan Datuk Chua Jui Meng pada 15 Jun lalu mendapat sambutan yang cukup baik. 6 Cabang yang turut serta dalam pertemuan itu ialah Cabang Gelang Patah, Cabang Pulai, Cabang Johor Bahru, Cabang Tebrau, Cabang Pasir Gudang dan Cabang Pengerang.
Datuk Chua menerangakan bahawa penarikan Darjah Kebesaran yang membawa gelaran "Datuk" oleh DYMM Sultan Johor baru2 ini adalah bersifat biasa dan ianya merupakan hak baginda. Namun agak terkilan kerana tidak diterangkan sebab musabab penarikan darjah kebesaran tersebut. Beliau menerangkan bahawa Darjah Kebesaran tersebut dianugerahkan oleh Almarhum Sultan Iskandar ketika beliau menjawat jawatan Menteri Kesihatan kerana banyak membawa perubahan terhadap perkhidmatan kesihatan terutama di negeri Johor. Hospital Sultanah Fatimah, Muar yang sudah dinaiktarafkan sebagai Hospital Pakar Kerajaan antara usaha Datuk Chua semasa beliau menjadi Menteri Kesihatan.
Jika isu penderhakaan merupakan sebab penarikan darjah kebesaran tersebut, beliau menerangkan bahawa tiada apa yang beliau lakukan di negeri Johor ini sehinggakan baginda murka. Beliau tidak menjual tanah rezab melayu seperti mana dilakukan oleh pemimpin Umno, beliau juga tidak terlibat dalam penjualan pasir, beliau tidak terlibat dalam skandal sex bahkan beliau tidak pernah melakukan sebarang tindakan yang boleh mengancam keselamatan negara. Namun jika penarikan darjah kebesaran tersebut disebabkan beliau menyertai PKR, beliau rela melepaskannya demi untuk perjuangan menegakkan keadilan dan membela hak rakyat.
Semasa sesi soaljawab, seorang perwakilan menyatakan kekhuatiran jika penarikan darjah kebesaran terhadap Datuk Chua ada hubung kaitnya dengan Umno. Jika perkara ini benar berlaku maka PKR atau Pakatan Rakyat mesti berkerja lebih keras lagi jika mahu menawan negeri Johor. Pakatan Rakyat mesti menang dengan majoriti 2/3 kerusi DUN Johor jika tidak kekalutan politik di Perak bakal berlaku di Johor seandainya Pakatan Rakyat menang dengan majoriti tipis/mudah dalam PRU akan datang.
Cabaran lebih besar dan getir sebenarnya menanti Pakatan Rakyat jika berjaya menawan Negeri Johor namun jika usaha gigih dilakukan dengan semangat setiakawan dan kerjasama yang tinggi, tidak mustahil ianya akan menghasilkan kemenangan yang cukup bermakna.
PKR bukan sahaja berdepan dengan cabaran Umno/BN, namun cabaran dari dalaman parti juga menjadi salah satu lagi cabaran yang wajar dihadapi oleh setiap kepimpinan PKR samada di peringkat Pusat, Negeri, Cabang mahupun Ranting. Setiap kepimpinan perlu lebih bertanggungjawab terhadap organisasinya dan bukan mahu meruntuhkannya. Memperkukuhkan organisasi serta teguran2 yang membawa kebaikan kepada kemantapan organisasi perlu menjadi iltizam setiap kepimpinan. Kepimpinan juga bersedia untuk ditegur dan dikritik demi mematangkan pemikiran "politik" dan anggaplah kita sebenarnya masih mentah dalam berpolitik. Tiada yang lama dan tiada yang baru, kita saling memerlukan antara satu sama lain. Mungkin inilah yang dikatakan oleh DS Anwar... "Kalau Takut Dengan Risiko Usah Bicara Soal Perjuang......"

No comments: