DEMI RAKYAT
JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT
KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
30 December 2009
BILA CHE'GU BARD BERTINDAK.... DESAKAN SIASAT MB NEGERI SEMBILAN
SAMM telah membuat sidang media mendedahkan perkara ini, malangnya hanya sebahagian akhbar berbahasa cina sahaja yang berani mengeluarkan cerita ini sebaliknya majoriti media khususnya arus perdana tidak mengeluarkan pendedahan ini kerana arahan tangan ghaib.
Satu laporan rasmi (sila klik) telah dibuat malangnya pihak berkuasa hanya membakul sampahkan laporan tersebut dan apabila diminta respon terus tidak melayan. Kami sudah desak sehingga pertanyaan mengenai perkara ini dibangkitkan didalan DUN NS malangnya MB NS tidak menjawab dan membisu.........
Rakyat perlu disedarkan hakikat sebenar.... Rakyat perlu diselamatkan dari pengkhianatan....
Kami telah menghantar makluman kepada pihak polis Seremban (sila klik). Satu sidang media khas dan aksi anak muda akan dibuat oleh SAMM pada 31 Dis 2009 (hari Khamis) bagi mendesak perkara ini diselesaikan.
sebarang pertanyaan sila hubungi 0123696474 (Norazizi, penyelaras SAMM NS)
TUN MAHATHIR MEMANG DAH LUPA....
Tun Mahathir telah mempertikaikan kewajaran Kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh Najib yang telah bercadang untuk menamatkan perkhidmatan jet pejuang MiG-29 yang ada dalam perkhidmatan TUDM sekarang. Katanya masih banyak negara-negara lain, termasuk India, menggunakan pesawat ini.
Mahathir turut menegaskan bahawa penjualan dan pembelian pesawat oleh Kerajaan mampu memberi keuntungan besar (berjuta-juta) kepada orang tengah.
Kenyataan Mahathir tersebut seolah-olah mengiyakan "tuduhan" pimpinan Pakatan Rakyat bahawa wujudnya orang tengah dalam urusan pembelian kelengkapan sejata negara???
Dalam mempertikaikan kewajaran Kerajaan Najib menamatkan perkhidmatan MiG-29, Tun Mahathir telah terlupa tentang 40 buah Skyhawk yang telah ditinggalkan di Padang Pasir Nevada yang telah diperolehi semasa era pemerintahannya..
Melalui program pemodenan Angkatan Tentera Malaysia yang dikenali sebagai program "PERISTA", dalam tahun 1982, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) mengesahkan pembelian 80 buah skyhawk terpakai (25 model A-4C dan 63 model A-4L) yang sebelumnya digunakan oleh Tentera Laut Amerika Syarikat dengan harga RM 8 juta sebuah.
Bagaimanapun setelah melalui beberapa proses membaikpulih dan memodenkan pesawat ini. hanya 40 buah sahaja yang dapat di operasikan oleh TUDM manakala 40 buah lagi di simpan untuk kegunaan alat ganti.
Firma Grumman Aerospace di St. Augustine, Florida di beri tanggungjawab untuk membaikpulih dan memodenkan pesawat ini. Antara penambahbaikan yang dibuat adalah pendawaian semula, pemasangan komputer pengeboman Hughes ARBS, kelengkapan radio baru model AN/ARC-164 UHF , mesingan pesawat berkaliber 20mm dan keupayaan membawa lebih banyak ordnans.
A-4PTM dilengkapi dengan enjin Wright J65-W-20 yang telah diubahsuai dengan tujahan 3,465 kg dan mampu terbang pada kelajuan 1,083 kmj. Pengubahsuaian juga membolehkan pesawat ini membawa misil udara ke udara AIM-9 Sidewinder dan misil udara ke darat AGM-65 Maverick.
6 buah pesawat (A-4C/A-4L) telah diubah suai menjadi versi pesawat latihan TA-4PTM (M32-01 hingga M32-06) dan 34 buah dibaik pulih untuk versi penyerang A-4PTM dengan no pendaftaran baru (M32-07 hingga M32-40).
Kesemua 40 buah A-4PTM/TA-4PTM Skyhawk diterbangkan secara berperingkat-peringkat dari AS ke Malaysia bermula dari tahun 1985 dan yang terakhir tiba pada tahun 1986. Kesemuanya pesawat ini dikendalikan oleh Skuadron ke 6 dan Skuadron ke 9 yang berpengkalan di Kuantan.
Tidak berapa selepas digunakan, pesawat A-4 Skyhawk mengalami pelbagai masalah senggaraan dan mengalami kadar kemalangan yang agak tinggi yang berakhir dengan terkorbannya Allahyarham Leftenen Wahi bilamana jet yang dipandunya telah terhempas ke dalam Laut Cina Selatan.
Berikutan itu, pada tahun 1989 kerajaan mengumumkan untuk menamatkan perkihdmatan Skyhawk dan digantikan dengan pesawat Bae Hawk 108/208 menjelang 1994.
Baki 40 buah Skyhawk yang ditempatkan dibawah panas terik di Gurun Nevada tidak pernah di bawa balik ke Malaysia.
40 Buah Skyhawk ditinggalkan sebagai alat ganti di Gurun Nevada itu telah diuruskan oleh sebuah syarikat US sendiri dan perbelanjaan pengurusannya dibayar oleh Kerajaan Malaysia setiap tahun.
Menurut seorang General TUDM yang telah bersara pada sekitar tahun 2000 dan 2003, TUDM telah bercadang untuk membawa balik ke Malaysia semua pesawat Skyhawk tersebut dan menjualnya.
Pegawai-pegawai dari TUDM telah diterbangkan kesana untuk melihat keadaan pesawat tersebut, mereka telah menemui pesawat tersebut dan yang memeranjatkan ialah pesawat-pesawat tersebut pada ketika dan waktu itu bukanlah hak milik TUDM!
Segala surat menyurat yang melibatkan pembelian pesawat Skyhawk ini juga telah hilang dan pihak TUDM telah gagal menunjukkan sebarang bukti tentang pemilikan pesawat tersebut oleh sebab itu mereka tidak boleh membawa pulang pesawat Skyhawk tersebut ke Malaysia.
Pertikaian keatas hak milik pesawat Skyhawk ini telah berlanjutan selama beberapa tahun sehingga jelas dipastikan bahawa pemilik pesawat tidak dapat dipastikan.
Tidakkah membayar harga 80 buah pesawat Skyhawk A-4PTM tetapi hanya mendapat separuh atau memiliki 40 buah pesawat jauh lebih membazir dari menamatkan perkhidmatan MiG-29 dan menjualkan keseluruhan 16 buah dengan harga RM300 Juta?
Tidakkah dengan hilangnya hakmilik keatas 40 buah pesawat tersebut yang berharga RM8Juta sebuah itu kita juga telah hilang RM320 Juta? RM320 Juta wang rakyat yang membayar cukai?
RM320 Juta pada tahun 1982 adalah lebih tinggi nilainya jika dibandingkan dengan RM320 Juta sekarang.
Adakah menguntungkan jika kita membayar sebuah syarikat bagi menguruskan harta yang bukan milik kita setiap tahun?
Dan jika didalam proses jual beli MiG-29, Tun Mahathir mengatakan yang untung hanya kroni ,dalam proses jual beli dan menghilangkan hak milik Skyhawk ini pula siapa yang untung? Rakyatkah yang beruntung?
Nampaknya kini Mahathir mudah lupa dan bukannya Melayu mudah lupa..
PERSOALAN 2009 YANG MASIH BELUM TERJAWAB...
.... klik sini untuk selanjutnya....
KM SARAWAK TAKUT HILANG KUASA
Ketua Menteri Sarawak, Abdul Taib Mahmud mungkin sudah merasakan bahang atau angin perubahan bakal berlaku di Sarawak, telah menyelar tindakan pimpinan Pakatan Rakyat yang dituduhnya cuba menimbulkan sentimen2 tertentu untuk rakyat Sarawak membenci kerajaan yang berkuasa sekarang.
"Kalau mereka mahu berjuang untuk rakyat dan negeri belajarlah bersungguh-sungguh bagaimana hendak berkhidmat kepada rakyat dan negara sebelum menjalankan perjuangan politik," antara kandungan teks ucapan yang dibacakan Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu.
Berdasarkan kenyataan merapu beliau tersebut jelas menunjukan kegusaran beliau terhadap gerakerja pimpinan Pakatan Rakyat yang sudah mula mendapat perhatian rakyat Sarawak. Parti Keadilan Rakyat Sarawak dibawah pimpinan Sdr. Baru Bian telah memberikan satu tekanan yang hebat, apatah lagi gabungan dengan beberapa parti pembangkang lain di Sarawak menambahkan lagi kerisauan Taib yang boleh diumpamakan "tak senang duduk dan tak senang berdiri".
Ketidakpuashatian penduduk Sarawak terhadap kepimpinan Taib Mahmud bakal dijelmakan pada pilihanraya DUN Sarawak yang dijangka akan berlaku awal tahun 2010.
Isu seperti pembangunan tanah, kaum Penan dan beberapa penyelewengan dalam pentadbiran Taib Mahmud merupakan isu utama yang menimbulkan perasaan tidak puas hati sebilangan besar rakyat Sarawak.
28 December 2009
INILAH YANG DI NAMAKAN... JAHAT, CILAKA, SIAL
Inilah pelakon tambahan yang telah dicalonkan dalam Festival Filem Malaysia yang ke ..... dalam kategori Filem2 Gampang... Tajuk Filem ini adalah "... Jahat, Celaka & Sial...
22 December 2009
E MAIL DARI PELAYAR BLOG AMK GELANG PATAH
Laksamana Hang Jebat (jebat...@yahoo.com)
You may not know this sender
Sent:
Monday, 21 Dec, 2009 6: 30 PM
To:
cicit.wali9@hotmail.com
.ExternalClass DIV
{;}
Assalamualaikum...Tahniah.
Blog AMK Gelang Patah semakin panas dan sering mendapat kunjungan dari teman2 kita dari Umno. Maklumat dan pengisian perlu dipelbagaikan untuk memberi input yang terbaik kepada pembaca serta dapat membuatkan mereka terfikir dan terus berfikir, apakah wajar mereka masih berpakaian Umno sekarang ini...
Sdra...
Bila mana saya melayari blog AMK Gelang Patah, semacam ada satu perasaan bahawa penggerak PKR diseluruh Johor bermula dari AMK. AMK dilihat begitu bersemangat dan bersungguh serta memperlihatkan usaha untuk menawan Johor.
Sdra...
Saya juga mempunyai teman2 PKR di Pahang dan apa yang ingin saya ceritakan adalah untuk berkongsi idea. Pengerusi MPN Pahang, Dato' Fauzi..... boleh dikatakan setiap hujung minggu dihabiskan untuk melawat Cabang di seluruh Negeri Pahang. Beliau begitu komited dan bersungguh sehinggakan ada ahli Umno yang teruja dengan kerja2 beliau. Tiada istilah rehat di hujung minggu pada beliau. Beliau akan terus melawat Cabang dan Ranting. Mungkin beliau sudah terbiasa dengan kerja seperti ini atau inilah usaha2 keras beliau bagi memastikan Pahang berjaya ditawan pada PRU-13 nanti. Pada sebelah malam beliau akan mengadakan ceramah umum. Inilah sikap yang wajar dicontohi oleh kepimpinan AMK Gelang Patah/AMK Johor jika mahu melihat kejayaan di Johor. Jika Dato' Fauzi yang sudah agak dimakan usia mampu untuk ke setiap ceruk di Pahang, apakah AMK Gelang Patah tidak mampu untuk menjelajah seluruh pelusuk kampung dan taman di Parlimen Gelang Patah yang diibarat sebesar kangkang kera. AMK Gelang Patah wajar menjadi pendesak kepada AMK Johor untuk lebih proaktif dalam mendekati anak muda.
Fikirkan dan renungkan pandangan saya jika boleh diguna pakai untuk dijadikan panduan dalam memperhebatkan lagi gerakan AMK Gelang Patah. Teruskan perjuangan mu anak muda.
Hang Jebat....
ENJIN KAPALTERBANG TUDM HILANG
rakyat wajar bimbang terhadap tahap keselamatan negara atas kehilangan enjin pesawat bernilai kira-kira RM50 juta itu. Yang menghairankan, kenapa sekarang baru pihak terbabit sedar tentang kehilangan enjin tersebut, sedangkan ia sudah berlaku sejak tahun 2007.
Ini menunjukkan tahap keselamatan negara kita begitu lemah dan boleh dipersoalkan. Amat2 menghairankan enjin sebesar itu boleh dicuri dengan begitu mudah
Jenayah ini perlu disiasat dengan teliti dan wajar ditubuhkan Suruhanjaya Diraja untuk menyiasat kes ini kerana ianya mungkin melibatkan orang2 berkuasa. Tidak mungkin pegawai rendah melakukan jenayah ini. Jenayah ini amat memalukan negara kita di mata dunia serta memberi persepsi buruk tahap keselamatan negara terutama di kalangan pelabur asing.
Apakah segala-galanya berpunca dari "RASUAH". Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) wajar mengambil tindakan segera menyiasat jenayah ini. Kebenaran sudah diberikan untuk SPRM menyiasat melebihi waktu pejabat dan SPRM wajar mengambil peluang ini untuk membuktikan ketelusannya. Siapa Menteri Pertahanan pada 2007...???? Siasat segera....
SIRI JELAJAH KETUA AMK JOHOR KE SETIAP CABANG AMK JOHOR
Program ini diadakan bagi menerangkan beberapa isu semasa termasuk yang melibatkan kes Dato' Seri Anwar Ibrahim. Program ini juga diharap dapat merapatkan lagi hubungan dengan AMK Cabang dan pada masa yang sama dapat mengetahui permasalahan2 setiap AMK Cabang.
Jadual program telahpun dikirimkan melalui e mail setiap AMK Cabang.
Diharap program ini mendapat kerjasama sepenuhnya dari kepimpinan AMK setiap cabang untuk memantapkan lagi jentera AMK bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke-13 nanti.
Mohamad Nazri Ismail
Pengarah Program
AMK Johor
FORUM : KRITIK SOSIAL - PERANAN DAN FUNGSI ANAK MUDA DALAM PERKEMBANGAN DEMOKRASI DI MALAYSIA
Tarikh : 16 Januari 2010 (Sabtu)
Masa : 0230ptg - 0600ptg
Tempat : Hotel Kelana, Skudai, Johor
Ahli Panel : 1) Hishamuddin Rais (2) Fahmy Reza (3) Nor Azman Hashim
Satu sidang akhbar akan diadakan pada awal Januari 2010 khusus untuk program ini.
SIRI JELAJAH 40 PARLIMEN - 'KEADILAN UNTUK ANWAR'
Siri ceramah telahpun dimulakan di Alor Setar dan dijangka berakhir di Bakri, Muar pada 24 Januari 2010. Tujuan siri ceramah ini adalah untuk menjelaskan kepada ahli-ahli parti dan orang ramai tentang isu-isu semasa dan program ini dianjurkan oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) dengan kerjasama AMK Negeri. Ia akan membabitkan ceramah selama 40 hari, membabitkan seluruh negara, termasuk negeri Sabah dan Sarawak.
Parlimen Bakri yang dimenangi oleh Pakatan Rakyat (DAP) merupakan parlimen terakhir siri jelajah 40 Parlimen. Program akan berlansung pada 24 Januri 2010. Berkemungkinan besar Dato' Seri Anwar Ibrahim akan hadir ke program terakhir tersebut.
GELOMBANG OREN
“Revolusi oren di Ukraine meruntuhkan rejim yang zalim".
“Justeru, semangat revolusi oren diterjemahkan dengan warna konvensyen pada hari ini sebagai permulaan kepada perjuangan rakyat menentang rejim zalim Umno/BN,” kata Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin ketika membahaskan Dasar Pakatan Rakyat pada Konvensyen Pakatan Rakyat pada Sabtu di Dewan MBSA Shah Alam.
Kata beliau Pakatan Rakyat juga seharusnya menggunakan warna oren sebagai rasmi ikatan itu.
Konvensyen Pakatan Rakyat sulung yang berlangsung hari ini menyediakan kain rentang, logo dan buku cenderamata dengan berlatarbelakangkan warna oren.
Beliau juga mahu agar Pakatan Rakyat menggerakkan usaha untuk mendaftarkan pengundi di kalangan orang muda menjelang pilihan raya umum akan datang.
21 December 2009
PENGIKTIRAFAN ANTARABANGSA UNTUK ANWAR IBRAHIM
IAPC ditubuhkan pada tahun 1968. Ia adalah organisasi global yang profesional politik dan penasihat urusan awam yang didedikasikan untuk menggalakkan demokrasi di seluruh dunia.
Ia dianggotai oleh ahli daripada lebih 20 negara di Amerika Utara dan Selatan, Eropah, Asia, Afrika dan Australia.
Menurut satu kenyataan IAPC, setiap tahun, IAPC akan menganugerahkan pingat penghargaan kepada individu atau pertubuhan yang melambangkan komitmen untuk demokrasi melalui ucapan dan tindakan mereka.
Sebelum ini, antara penerima pingat ini adalah Morgan Tsvangerai dari Afrika Selatan dan Martin Lee dari Hong Kong.
Pada tahun 2009 Anwar Ibrahim dipilih sebagai penerima pingat ini kerana keberanian dan usaha yang tak henti-henti beliau untuk memulihkan kerajaan demokratik di Malaysia, kata kenyataan itu.
Setelah menghabiskan satu dekad berpolitik, tsunami politik berlaku di Malaysia iaitu pilihanraya umum Mac 2008. Ia telah selamanya mengubah lanskap politik Malaysia.
"Ada akauntabiliti yang lebih besar dalam kerajaan dan sudah ada kebangkitan umum dalam masyarakat Malaysia dan menemukan kembali kekuatan suara mereka," kata kenyataan itu.
Selepas ditangkap, Anwar Ibrahim kembali ke Parlimen apabila beliau menang dalam pilihan raya kecil di Permatang Pauh, Pulau Pinang pada Ogos 2008. Dia kemudiannya dilantik sebagai ketua pembangkang di parlimen Malaysia.
"Dia terus menjadi suara terkemuka untuk pembaharuan dan perubahan di negara ini," kata kenyataan itu.
Foreign Policy Magazine menamakan beliau salah seorang 100 pemikir global dan Royal Institute of Strategic Studies memasukkan beliau dalam senarai daripada 500 umat Islam paling berpengaruh di dunia.
Tokoh yang akan menyampaikan penghargaan untuk Anwar Ibrahim petang ini adalah Ahli Majlis IAPC, Robert Murdoch.
KEMELUT PKR SABAH SUDAH SELESAI, BN PULAU PINANG BERTELAGAH
Dr Jeffrey bila ditanya mengenai perkara itu, turut mengesahkan bahawa semua perkara telah selesai. PKR Sabah bergolak selepas Dr Jeffrey mengumumkanpeletakan jawatan sebagai naib presiden parti pada 28 Oktober, kerana tidak puas hati dengan pelantikan Ahmad Thamrin Jaini sebagai pengerusi perhubungan negeri, oleh pucuk pimpinan pusat parti. Ia di ikuti oleh Christina Liew yang turut meletak jawatan sebagai anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR Sabah . Bagaimanapun, PKR tidak menerima peletakan jawatan itu dan dalam laporan akhbar pada 14 Disember 09, Jeffrey mengesahkan beliau menerima pelantikannya semula.
Sementara itu, Barisan Nasional Pulau Pinang bergolak apabila Umno menuntut agar Pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang diberikan kepada Umno. Presiden Parti Gerakan merupakan Pengerusi Barisan Nasional sejak 35 tahun dahulu. Menurut Pengerusi Perhubungan Umno Negeri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, tuntutan itu sesuatu yang wajar memandangkan Umno mempunyai Adun terbanyak di peringkat BN negeri, iaitu 11 orang dan tiada wakil dari kompenen BN yang lain. Naib Presiden Umno itu turut menegaskan bahawa Umno layak mempengerusikan BN kerana hanya Adun Umno sahaja memenangi Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12) lalu.
20 SYARIKAT MENJADI PERUNDING PENTADBIRAN NAJIB
Tambah beliau lagi,"...memang kenyataan itu memukau. Bunyinya memukau namunisinya pekong busuk rasuah yang sama."
Beliau menyimpul, "kita lawan bukan kerana pertimbangan politik. Kita lawan atas keyakinan kita bahawa apa yang kita menentang itu ialah kemungkaran politik yang dahsyat yang dibawanya." hujah beliau.
Sebelum itu, Anwar turut mempersoalkan mainan isu agama Islam daripada pihak UMNO/BN, dengan menampilkan contoh keterbukaan dan kesediaan Mursyidul Am PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat yang sanggup bertemu dan ditemui Sami Hindu untuk berbincang.
"Mengapa Tuan Guru (Nik Aziz, gambar kanan) boleh buat begitu? Kerana dia yakin dengan fahaman Islamnya. Saudara tahu mengapa orang yang angkat kepala lembu tidak dapat buat begitu? Kerana tidak faham agama mereka," ujarnya.
UMNO JAHAT, CELAKA, SIAL....
Sebelum itu, Pengerusi DAP
Anwar juga membidas Umno/BN dengan mengatakan "kemudian carilah seorang tokoh seperti tokoh politik yang bekerja 20 tahun sebagai Menteri Besar. Cari di
20 December 2009
ULASAN KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT - TAHNIAH
Konvensyen itu telah memberi satu suntikan semangat kepada Pakatan Rakyat untuk lebih kuat, jitu dan bersemangat dalam menempah kejayaan bersama.
Pimpinan Umno/BN mengambarkan konvensyen ini sebagai sandiwara atau retorik pembangkang maka ia jelas mengambarkan kegusaran dan kegerunan kepada pemimpin2 Umno/BN dan sekaligus menterjemahkan bahawa konvensyen itu berjaya. Kejayaan tersebut tentulah digeruni oleh Umno/BN kerana ia boleh menjejaskan kerajaan pada pilihan raya akan datang apapatah lagi Umno/BN berada dalam keadaan kucar-kacir yang sungguh parah akibat ketamakan pimpinan mereka yang berebut kuasa. Ini jelas apabila media massa kroni dan cakap-cakap merendahkan usaha Pakatan Rakyat itu sebenarnya adalah impak besar maka hendak tidak hendak dakyah untuk meremehkannya mesti dilakukan.
Kehadiran kesemua pemimpin-pemimpin tertinggi parti berkenaan, menunjukkan kekompatan mereka. Ini ditambah lagi dengan kehadiran para peserta seramai 1,500 yang tentunya terhad itu. Ada beberapa foto kandit yang menyeronok untuk dilihat apabila pemimpin yang berlaga angin sebelum ini dapat duduk semeja, berbincang dan gelak bersama seperti pengerusi DAP, Karpal Singh dengan Mursyidul Am Pas, Nik Abdul Nik Mat.
Apa yang jelas dan mungkin dicemburui oleh Umno/BN ialah bermulanya kesepakatan lebih erat dan lebih bererti lagi dan seterusnya membawa kepada Pakatan Rakyat akan bertanding atas satu lambang pada pilihan raya umum akan datang.
Hendaknya rakyat meletakkan kepercayaan atas persepakatan yang telah termeterai semalam. Selepas ini barang kali perlu diadakan satu lagi konvenyen yang akan merancang dan membincangkan segala komprehensif dan mendalam lagi agar ia tidak menjadi masalah selepas kemenangan diraih kelak.
ZAID IBRAHIM - BERSATUPADULAH PAKATAN RAKYAT
KONVENSYEN PAKATAN RAKYAT - KESEPADUAN & KESEPAKATAN DEMI MENJAMIN KEMENANGAN
Pelbagai dasar-dasar dikemukakan, berasaskan falsafah ringkas, mengembalikan kuasa kepada rakyat. Sekian lama, kuasa rakyat terhakis kepada pihak penguasa. Tetapi berasaskan falsafah karamah insaniah, Pakatan komited memulakan proses mengembalikan kuasa kepada rakyat.
Penulis amat terharu apabila melihat pemimpin2 tertinggi ketiga-tiga parti sanggup mengetepikan perbezaan dan mencari dahulu kesepakatan seperti yang di ucapkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang.
Lagu Konvensyen, Angin Pendamai menggarap imej perjuangan keringat dan darah rakyat sehingga lahirnya Pakatan Rakyat. Saya sayu melihat gambar Allahyarham Ustaz Fadzil Noor, seorang pemimpin berpandangan jauh yang berkorban besar sehingga Pakatan Rakyat dapat mewarisi semangat Barisan Alternatif 1999.
Pada akhiran konvensyen tersebut, semua perwakilan sebulat suara meluluskan 8 resolusi yang yang merperkukuh, memperkuat dan menyatupadukan komponen Pakatan Rakyat. Inilah saat yang amat mengharukan apatah lagi keikhlasan pimpinan tertinggi parti bersetuju dan bersepakat untuk lebih berkerjasama demi kemenangan Pakatan Rakyat.JONAH MASIH DALAM TAHANAN POLIS
Saiful sebelum ini telah mendakwa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwatnya pada Jun tahun lalu. Bagaimanapun Anwar telah membawa kes tersebut ke mahkamah syariah Kuala Lumpur. Tuduhan liwat jika dibicarakan di mahkamah syariah mewajibkan penuduh (Saiful) membawa empat saksi untuk membuktikan perbuatan liwat berlaku.
Malangnya dalam jawapan Menteri Hal Ehwal Agama Islam di Dewan Rakyat minggu lalu bahawa mahkamah syariah hanya akan membicarakan kes Anwar setelah mahkamah sivil melakukannya terlebih dahulu. AMK melihat perkara itu melanggar perlembagaan peruntukan 121(1A) yang meletakkan mahkamah syariah setaraf dengan mahkamah sivil.
Oleh itu AMK melancarkan kempen ke seluruh negara mendesak agar Anwar dibicarakan di mahkamah syariah.
AMK kesal dengan tindakan polis apabila melemparkan tuduhan kununnya AMK yang akan membuat demonstrasi pada 18 Disember 09 ketika berlangsungnya Konvensyen Pakatan Rakyat dan tuduhan liar tersebut memungkinkan Jonah dan Azizi ditahan dengan lebih lama. Apakah polis masih menjadi kuda tunggangan pembesar2 Umno BN yang semakin gentar dengan kemaraan Pakatan Rakyat...???? Apa pula selepas ini....
LAGI KEZALIMAN POLIS
No I/c : 820811-14-6585
Alamat : , 70200 Seremban,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
Saya Isai Kumar a/l Sathieyananthan ingin membuat laporan polis berkenaan keganasan polis semasa saya ditahan untuk siasatan pada 6.12.09 hingga 14.12.09. Saya ditahan di Petronas, Pekan Nilai lebih kurang pukul 9.00 pagi dan dibawa ke IPK Seremban bersama kereta LIMO bernombor LIMO 2940 W. Setiba di sana, saya dibawa ke bilik siasatan tingkat bawah.
Semasa saya berada di sana, saya dipukul dan ditendang oleh enam orang pegawai polis. Sewaktu itu, seorang polis berpakaian biasa telah menyuruh saya membuka baju dan seluar. Selepas itu, dia mengambil gambar kemaluan saya. Saya telah dipukul sehingga pukul 4 petang dan tidak diberi makan dan minum. Selepas itu, mereka membawa saya menaiki van polis ke IPD Seremban.
Setiba disana, saya dibawa ke bilik siasatan tingkat bawah. Sewaktu disana, saya ditendang di muka oleh Inspektor Sobry. Selain itu, beberapa pegawai polis lain juga memukul dan menendang saya. Saya juga tidak diberi makan dan minum dan terus dihantar ke lokap nombor 13.
Keesokan hari 7.12.09, saya dibawa ke mahkamah dan mendapat reman 4 hari. Selepas itu saya dibawa balik ke IPD Seremban pada pukul 1 petang untuk memberi statement. Insp Sobry yang mengambil statement. Sebelum mengambil statement, Insp Sobry telah mengaku tuduhan terhadap saya adalah palsu dan dia sendiri mengaku repot pengadu tidak sahih. Selepas mengambil statement saya dibawa ke lokap.
Pada 10.12.09, saya dibawa ke mahkamah sekali lagi dan mendapat reman 6 hari. Sebelum pergi ke mahkamah Insp Sobry telah mengarah, supaya tidak bercakap dengan majistet semasa mengambil reman di mahkamah. Saya terus dibawa balik ke lokap IPD Seremban.
Semasa saya di lokap, saya dibawa ke bilik siasatan D7 Korporal bergari belakang dan dipaksa duduk berlutut dengan paip PVC yang diletak di belakang lutut saya. . Di sana saya mendapati pengadu yang membuat repot palsu terhadap saya berada dalam bilik siasatan. Di dalam bilik tersebut terdapat seorang polis perempuan dan tujuh orang polis lelaki. Di situ saya disoal dan semua jawapan yang saya beri tidak diterima dan dipukul bertubi-tubi. Pengadu bercakap bohong berkali-kali dan saya menyangkah segala tuduhannya.
Apabila saya membantah, saya akan terus dipukul dengan paip PVC dan paip getah yang tidak berlubang ditengah. Polis perempuan yang berada di bilik tersebut, memegang rambut saya dan menampar berkali-kali. Selepas itu, dia menendang dada saya menggunakan lututnya. Saya terus terbaring ke lantai.
Pegawai polis perempuan itu, duduk di atas dada saya dan memasukkan kasut yang dipakainya ke dalam mulut saya. Di memaksa kasut itu kedalam mulut. Saya boleh rasa kasut itu sudah sampai ke tekak saya. Sewaktu itu, pegawai polis tersebut mengatakan, mengapa saya perlu jumpa pengadu kerana dia(pegawai polis) lebih cantik dan dia cuba menanggalkan tudung dan bajunya. Dia juga memaki hamun dengan perkataan lucah keluarga saya. Saya ternampak nombor plet kereta polis perempuan itu iaitu Proton Waja No. MAS 6043.
Selepas itu, pegawai polis perempuan dan pengadu keluar bilik. Lebih kurang 15 min kemudian, pegawai polis perempuan tersebut datang balik ke bilik Korporal D7 dan terus mengoncang kepala saya dengan memegang rambut dan mengatakan pengadu itu membuat laporan palsu terhadap saya.
Selepas ini, kesemua pegawai polis yang berada di dalam bilik tersebut terus mengatakan pengadu itu membuat laporan palsu. Selepas itu saya dibawa masuk ke lokap semula. Di sana saya tidak dapat menahan sakit badan dan mendapat demam selsema. Saya meminta ubat, tetapi tidak diberi. Pegawai yang bertugas mengatakan lokap tidak mempunyai panadol atau ubat demam
Pada 11.12.09, saya masih demam tetapi masih tidak diberi ubat. Saya diberi makan, kari ikan. Selepas itu, seorang banduan di lokap itu mengatakan ikan tersebut telah basi. Saya terpaksa muntah. Saya tidak diberi makanan lagi walaupun makanan yang diberi basi. Pada waktu malam, saya diberi ubat KK tiga biji kerana masih demam.
Sepanjang di lokap, makanan yang diberi tidak mencukupi kerana di dalam lokap no 13 terdapat 7 orang. Roti yang diberi untuk sarapan pagi hanyalah 3 bungkus sahaja. Semasa mengambil statement, pegawai polis menggunakan kata-kata kesat dan lucah terhadap saya.
Saya membuat laporan polis ini kerana tidak berpuashati dengan tingkahlaku polis yang memukul dan menggunakan perkataan lucah. Saya juga tidak mahu siasatan dilakukan oleh IPD Seremban atau IPK Negeri Sembilan. Saya memohon siasatan dilakukan oleh Bukit Aman.
Pada pagi ini saya bersama peguam saya cuba untuk berjumpa Timbalan Ketua Polis mengenai kes yang amat serius ini, tetapi pintu gate ditutp dan kami dilarang berjumpa beliau. Saya amat kecewa dengan tindakan polis ini.
Ini adalah laporan saya.
17 December 2009
SUKAN SEA XXV LAOS (BOLASEPAK - FINAL) : MALAYSIA lwn VIETNAM
Apapun kita bersama mendoakan kejayan skuad bolasepak negara kita yang akan berdepan dengan Vietnam pada petang ini. Siaran langsung akan ditayangkan di TV RTM2...
SIAPAKAH YANG MENGIRIM $600,000 KEPADA ROSMAH.... UNTUK APA???
Tian Chua berkata, beliau mempunyai dokumen yang membuktikan berlakunya transaksi yang melanggar undang-undang tersebut.
Beliau bagaimanapun, tidak tahu tujuan wang itu digunakan.
Bercakap dalam satu sidang akhbar di Petaling Jaya hari ini, Tian juga mendakwa bahawa dua tokoh korporat melakukan kesalahan yang sama.
Beliau mendakwa Datuk Abu Sahid Mohamad telah menghantar RM22.2 juta ke United Kingdom antara Jun dan Ogos 2008, melalui pengurup wang Salamath Ali. Ia didakwa untuk membeli hartanah.
Syed Mohammed adalah adik kepada jutawan Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.
Tian berkata, beliau mempunyai salinan surat tunjuk sebab yang dihantar oleh Bank Negara kepada pengurup tersebut, memintanya menjelaskan mengenai pengiriman wang secara haram itu.
Ahli parlimen Batu menggesa Bank Negara supaya menyiasat orang yang menghantar wang tersebut dan bukan hanya memfokuskan siasatan kepada pengurup terbabit sahaja.
JOHOR MUFLIS DIBAWAH PENTADBIRAN UMNO/BN
- Menurut Laporan Ketua Audit Negara 2008, kecairan tunai (Liquidity Ratio) kerajaan Negeri Johor adalah rendah kerana jumlah Aset Semasa hanyalah berjumlah RM 201.53 juta (Tunai RM36.37 juta & Pelaburan RM165.16 juta) berbanding dengan Tanggungan Semasa yang berjumlah RM 943.54 juta. Dengan kata lain jumlah Aset Semasa tidak dapat menampung jumlah Tanggungan Semasa. Tahukah anda jumlah Aset Semasa Negeri Selangor adalah RM 1,424.66 juta manakala Pulau Pinang adalah RM 1,025.89 juta. Jumlah ini jauh lebih banyak dari Negeri Johor.
- Perbelanjaan/Bajet Negeri Johor lebih kurang RM 785 Juta setahun @ RM 65 Juta sebulan. Ini bermakna jika tiada pendapatan baru diterima maka jumlah Aset Semasa sebanyak RM 201.53 juta hanya membolehkan kerajaan Negeri Johor bertahan selama 3 bulan sahaja sebelum tersebam menyembah bumi...
- Keadaan kewangan kerajaan Negeri Johor adalah lemah sehinggakan bajet bagi tempoh 3 tahun berturut-turut adalah defesit iaitu perbelanjaan lebih banyak daripada pendapatan. Kekurangan atau defisit bajet adalah sebanyak RM2.04 juta (Bajet 2008), RM2.746 juta (Bajet 2009) dan RM1.5 juta (Bajet 2010).
- Hutang kerajaan Negeri Johor kepada kerajaan Persekutuan meningkat 20.6% dari RM 841.13 juta (2007) kepada RM1,010 juta atau RM1.01 bilion (2008).
- Hutang terkumpul Johor Corporation (JCorp) adalah berjumlah RM4.032 bilion. Pada tahun 2002, JCorp telah menerbitkan Bon (surat hutang) berjumlah RM4.032 bilion dengan kerajaan Negeri Johor sebagai penjaminnya. Tempoh matang bon-bon tersebut adalah pada 2007, 2009 dan 2012. Dalam Sidang DUN Johor pada 8/9/2009, JCorp telah menebus bayar sebanyak RM393.76 juta (bon yang matang 2007) dan RM694.98 juta (bon yang matang 2009). Jumlah baki bon yang perlu ditebus pada 31 Julai, 2012 adalah RM 3.58 bilion.
- Keuntungan sebelum Cukai JCorp adalah lebih kurang RM 600 juta setahun. Ini bermakna menjelang tahun 2012, adalah dijangkakan JCorp hanya mampu mengadakan sejumlah RM 1.5 bilion bagi menebus bayar bon. Persoalannya bagaimanakah JCorp hendak menampung kekurangan sebanyak RM 2 bilion atau RM 2,000 juta?
- Kerajaan Negeri Johor sebagai penjamin kepada bon-bon (surat hutang) yang dterbitkan oleh JCorp perlu membayar kekurangan berjumlah RM 2 bilion atau RM 2,000 juta tersebut pada tahun 2012.
- Kegagalan kerajaan Negeri Johor membayar RM 2 bilion atau RM 2,000 juta ini boleh menyebabkan kerajaan Negeri Johor dibawa ke mahkamah dan diisytiharkan "MUFLIS" pada tahun 2012, kecuali kerajaan negeri dan JCorp "TERPAKSA" mengambil "JALAN PINTAS" dengan menjual aset-aset ataupun hartanah strategik mereka. Tentu anda boleh agak jawapannya kenapa JCorp menjual Menara Pejabat Plaza Kotaraya kepada Iskandar Investment Berhad (IIB) dan kenapa kerajaan negeri menjual tapak CIQ di Stulang juga kepada IIB. Bukankah kedua-dua aset atau hartanah tersebut mempunyai lokasi yang sangat strategik dan sangat baik untuk disimpan sebagai pelaburan jangka panjang? Selepas ini apa pulak yang akan dijual?? Sebagai ingatan, aset atau hartanah milik kerajaan negeri dan JCorp adalah sebenarnya milik khazanah atau pusaka rakyat Johor dan bukannya milik UMNO/BN?
16 December 2009
TAHNIAH DR. SYED HUSSIN ALI
Beliau mengangkat sumpah di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Wong Foon Meng di bangunan Parlimen di Kuala Lumpur.
Syed Husin, 63, yang dilantik oleh Dewan Undangan Negeri Selangor, berkelulusan ijazah doktor falsafah daripada London School of Economics dan berkecimpung dalam bidang politik sejak 50 tahun lepas.
Ketika ditemui Bernama selepas majlis angkat sumpah itu, beliau melahirkan perasaan gembira dan berharap menyumbang idea yang dapat dimanfaatkan oleh semua pihak.AMK Cabang Gelang Patah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Timbalan Presiden PKR, Dr. Syed Hussin Ali.... Teruskan perjuanganmu...
SENARAI AHLI PARLIMEN PAKATAN RAKYAT YANG CULAS
Senarai penuh..
1~P008 Pokok Sena , PAS Mahfuz Omar
2~P016 Baling PAS , Taib Azamudden Md Taib
3~P022 Pasir Mas, PAS Ibrahim Ali
4~P043 Bagan, DAP Lim Guan Eng
5~P046 Batu Kawan, DAP P. Ramasamy
6~P049 Tanjong, DAP Chow Kon Yeow
7~P050 Jelutong, DAP Ooi Chuan Aun
8~P051 Bukit Gelugor, DAP Karpal Singh
9~P052 Bayan Baru, PKR Zahrain Mohamed Hashim
10~P057 Parit Buntar, PAS Mujahid Yusof Rawa
11~P058 Bagan Serai, PKR Mohsin Fadzli Samsuri
12~P094 Hulu Selangor, PKR Zainal Abidin Ahmad
13~P098 Gombak, PKR Mohamed Azmin Ali
14~P101 Hulu Langat, PAS Che Rosli Che Mat
14~P103 Puchong, DAP Gobind Singh Deo *
16~P109 Kapar, PKR Manikavasagam Sundaram
17~P121 Pantai, Dalam PKR Nurul Izzah Anwar
18~P122 Seputeh, DAP Teresa Kok Suh Sim
19~P124 Bandar Tun Razak, PKR Abd Khalid Ibrahim
20~P171 Sepanggar, SAPP Enchin Majimbun @ Eric
21~P190 Tawau, SAPP Chua Soon Bui
Biar sejuta alasan yang diberikan, mungkin hanya rakyat yang berhak menghukum kamu... Jika diulangi lagi pasti nama2 diatas akan terpadam terus dari hati rakyat....
15 December 2009
AHMAD MASLAN - SEMAKIN KALUT
Kenyataan kurang bijak beliau sekaligus mahu menafikan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz yang mahukan silibus kursus tersebut di rombak selaras dengan konsep 1Malaysia.
Nazri Aziz teruk di kritik oleh blogger2 Umno apabila membuat kenyataan tersebut sambil mengatakan bahawa perlakuan buruk anak beliau akibat tidak menyertai kursus BTN tersebut.
Sebenarnya Ahmad Maslan tidak perlu menafikan bahawa BTN sebenarnya adalah salah satu institusi kerajaan yang di salahgunakan oleh pemerintah apabila perasaan kebencian ditanamkan kepada perserta kursus dengan mengatakan bahawa pemimpin PAS dikatakan sesat, pemimpin PKR dituduh sebagai pencetus huru-hara, pemimpin DAP difitnah sebagai pelampau komunis dan ini semua hanya berlaku dalam program BTN. Peserta diasuh menjadi pembenci dan hanya taat pada Umno.
Selain itu, peserta kalangan Melayu dan bumiputera dihasut supaya membenci kaum lain dengan lagu 'Anak kecil main api'. Jiwa perkauman dibakar dalam dada mereka dan mereka diingatkan agar sentiasa berwaspada kepada kaum-kaum lain.
Penulis berani menyatakan demikian kerana penulis adalah salah seorang peserta BTN di Ulu Tiram, Johor semasa berkhidmat di sebuah IPT dahulu...
14 December 2009
MOHON ALLAH PANJANGKAN UMUR TUN DR MHATHIR
Dalam e mail tersebut, pengirim mendakwa bahawa Mahatirlah yang akan mengepalai jalan kemusnahan dengan kenyataan-kenyataannya yang destruktif.
Perang mulut beliau bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan kenyataannya yang menganggap parti Umno sebagai sebuah parti yang busuk, busuk sampai ke ususnya seolah-olah merujuk kepada dirinya sendiri kerana beliaulah satu- satunya perdana menteri yang memerintah paling lama, 23 tahun.
Malaysia yang dahulunya adalah negara yang sentiasa berdaya saing, maju sehingga menjadi kuasa ekonomi yang cukup gah di rantau asia tenggara namun kini Malaysia telah menjadi sebuah negara yang tidak kompetitif, kos operasi perniagaan meningkat, indeks rasuah meningkat, jauh ketinggalan dari segi pembangunan berbanding negara-negara jiran.
Tuduhan Dr Mahathir terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tali barut Amerika Syarikat adalah tidak berasas sama sekali kerana beliaulah sebenarnya yang bekerjasama rapat dengan Amerika. Malah dalam buku "Malaysian Maverick" – Mahathir Mohamad in Turbulent Times, karangan Barry Wain, mendedahkan sebuah perjanjian sulit di antara Mahathir dengan Caspar Weinberg, bekas setiausaha pertahanan Amerika, apabila perjanjian itu pada tahun 1984 untuk memberi kebenaran kepada Washington akses kepada sekolah latihan ketenteraan dalam hutan di Johor. Perjanjian itu juga membenarkan Amerika menubuhkan sebuah dermaga baikpulih kapal di Lumut dan membenarkan Amerika menyediakan kemudahan baikpulih pesawat pengangkutan ketenteraan di luar Kuala Lumpur.
Keghairahan Dr Mahathir untuk menukar Malaysia menjadi sebuah negara moden menyebabkan beliau menjadi ‘ketagih’ kepada kuasa. Beliau mahu duduk lebih lama di kerusinya serta mengukuhkan parti dominan Umno sebagai mesin wang bagi membantu mencetuskan apa yang beliau sebut "politik wang" dan "rasuah". Malahan politik dan bisnes sudah bercampur aduk dan menjadi ramuan yang baik sekali. Parti Umno kemudiannya mempunyai konglomerat yang jari-jemarinya menjangkau segala bidang ekonomi.
Inilah politik menghalalkan cara ciptaan Dr. Mahathir Mohamad.
12 December 2009
WACANA ILMU ANJURAN MAJLIS PIMPINAN NEGERI JOHOR
- Tarikh : 13 Disember 2009 (Ahad)
- Masa : 0930 pagi
- Tempat : Pulai Spring Resort, Jalan Pontian Lama, Skudai, Johor.
- Tetamu Jemputan Khas : YB Tian Chua, Sdr. Shamsul Iskandar, Dato' Chua Jui Meng
- Sepakat Sepasukan
- Merubah Kepimpinan
- Menjana Kemenangan
Kehadiran pimpinan PKR disemua peringkat amat2 diharapkan kerana wacana ini amat berguna bagi memperkasakan lagi PKR di Cabang/Ranting masing2. Kertas kerja yang akan dibentangkan nanti lebih kepada meningkatkan keyakinan dan jatidiri seorang penjawat didalam organisasi parti disemua peringkat. Setiap penjawat dalam organisasi wajar diberikan kefahaman dan pemahaman yang jelas mengenai halatuju perjuangan, misi dan visi parti bagi mempertingkatkan mutu gerakerja yang akan diimpelimentasikan di setiap Cabang/Ranting masing2. Jalinan semangat kerjasama perlu diperkukuhkan lagi.
Kehadiran dan komitmen pimpinan PKR pusat juga menunjukkan serta memperlihatkan kesungguhan pucuk pimpinan parti agar PKR Johor memperoleh kejayaan seperti yang diharap-harapkan.
Justeru, saya sebagai pimpinan Angkatan Muda Keadilan Negeri Johor menyeru serta mengajak semua pimpinan AMK di semua Cabang/Ranting agar dapat berlapang dada dan melapangkan masa untuk HADIR ke program Wacana Ilmu ini kerana jika kita hadam dengan pengisian maklumat yang dibentangkan, saya amat yakin dan percaya bahawa AMK Johor akan menuju ke arah pemantapan kerja sepasukan, peningkatan jatidiri, kefahaman misi dan visi parti serta meningkatkan keazaman untuk memenangkan parti dalam pilihanraya akan datang.
Ayuh kita serbu "Pulai Spring Resort".......
Naib Ketua AMK Johor
10 December 2009
HAAAA.... HISHAMUDDIN... EHEM2 KE...
Hishamuddin wajar membuat penafian berkaitan berita ini.
sumber berita dari selamatkanumno.blogspot.com
09 December 2009
ALAHAI MUHYIDDIN... TAKUT KE...
Kenyataan itu berhubung kait dengan perbalahan antara Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz dan Tun Mahathir Muhammad iaitu bekas Perdana Menteri Malaysia yang memerintah selama 22 tahun dan membazirkan hampir RM100 bilion dizaman pemerintahannya (sila rujuk disini...), mengenai program Biro Tata Negara. Nazri yang sebelum ini menggelar Mahathir sebagai "rasis" berikutan kenyataan Mahathir yang mahukan silibus BTN dikekalkan dan tidak perlu dirombak. Nazri pula berpendapat bahawa silibus dan program BTN wajar dirombak berikutan timbulnya ketidakpuashatian peserta kursus selepas tamat program tersebut. Nazri dilihat lebih berpijak dibumi yang nyata berbanding Mahathir dan Muhyiddin serta beberapa pemimpin Umno Johor yang mahu silibus BTN ini dikekalkan.
Ternyata Muhyiddin sudah mulai gusar dengan gerakan2 yang disusun oleh pimpinan Pakatan Rakyat sehinggakan beliau membuat tuduhan bahawa pembangkang sentiasa mencari jalan dan mengadakan agenda tertentu dengan sasaran mahu menjatuhkan institusi dan agensi kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan institusi diraja. Inilah kenyataan dari pemimpin yang bermulut "bangsat" yang menuduh tanpa mencermin keperibadian partinya sendiri.
Sebenarnya Umno/BNlah yang selama ini memperkudakan pihak Polis, SPRM, Mahkamah serta beberapa agensi kerajaan demi kepentingan politik mereka dan mengibaratkan penjawat awam seperti pencacai kepada pimpinan Umno/BN. Begitu juga dengan kedaulatan Istitusi diRaja, Umnolah pencemarnya sehinggakan berbagai-bagai dakwaan terhadap Sultan/Raja Melayu (sila rujuk disini..) sehinggakan Pemuda Umno begitu lancang dengan memberi amaran agar pihak istana tidak mencampuri urusan politik negara. Begitulah kebangsatan Umno/BN.
Jika Muhyiddin melarang pimpinan Umno/BN agar tidak berdebat secara terbuka mengenai apa juga isu yang boleh memberikan gambaran buruk terhadap Umno/BN maka kami beranggapan bahawa Muhyiddin juga "kecut telur" untuk berdebat secara terbuka dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim mengenai "SIAPAKAH SEBENARNYA PENGKHIANAT RAKYAT". Walaupun Muhyiddin mengerah dan mengarahkan Pemuda2 Umno untuk menjadi hamba suruhannya agar menjerit, menyalak dan memaki hamun Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat, hakikatnya rakyat Johor termasuk beberapa pimpinan Umno tahu bahawa Muhyiddinlah sebenarnya pengkhianat rakyat namun kerana takutkan kehilangan pangkat, jawatan dan harta benda maka mereka bertindak dengan menyokong kenyataan Muhyiddin. Inilah sikap pimpinan Umno yang sanggup berpura-pura, menjadi munafik dan ia sama sekali memperlihatkan dengan jelas sikap kebaculan mereka.
04 December 2009
EXCO PEMUDA UMNO MALAYSIA KAHWIN DI SIAM
AMK Gelang Patah menerima berita dari sumber yang dipercayai mengatakan ada Exco Pemuda Umno Malaysia terpaksa menikahi seorang wanita pilihannya di negara jiran. Exco yang diberitakan berasal dari Johor dan pernah menjadi pimpinan AMK.
Apakah benar perkhabaran ini...????
PENGAKUAN BEKAS PENGARAH BTN TERENGGANU
Bekas Pengarah BTN Terengganu, Rosli Abdullah memberitahu modul kursus yang diajar dalam BTN khususnya selepas tahun 1998, lebih menekankan pengukuhan peserta kursus kepada pada parti pemerintah itu.
“Pada masa yang sama, peserta kursus juga turut diajar memusuhi pemimpin parti-parti pembangkang, khususnya ulama dalam PAS, lebih bersifat perkauman dan berbagai lagi,”ujarnya lagi.
Katanya, tindakan pemimpin kerajaan Selangor yang menghalang kakitangannya menghadiri kursus dalam BTN sebenarnya satu langkah yang baik memandangkan setiap peserta akan diasak sedemikian rupa untuk memenuhi impinan kerajaan Umno dan BN.
Beliau yang pernah diamanahkan sebagai Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan BTN Pusat, itu seterusnya memberitahu, propaganda termasuk tuntutan Hindaf juga turut dicanang kepada peserta kursus berkenaan.
“Modul kursus BTN khususnya diawal era 90-an, berbeza khususnya sewaktu dibawah seliawan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang turut ditekankan soal pendidikan Islam.
“Sekarang ni khususnya selepas tahun 1998, kursus berkenaan bukan sahaja tidak ditekankan soal pendidikan Islam, sebaliknya lebih menjurus pada propaganda Umno, perkauman dan memburukkan ulama’ khususnya dalam PAS,”ujarnya lagi.
Sambungnya lagi, masyarakat begitu mengagumi BTN sehingga antara tahun 1991 hingga 1998 merupakan zaman kegemilangan BTN kerana modul kursus yang diperkenalkan termasuk pendidikan Islam.
Namun tambahnya, kini ianya menjadi hambar kerana lebih bersifat politik demi untuk kepentingan parti pemerintah.
Beliau yang kini Timbalan Pengarah Tabung Amanah Tok Kenali juga memberitahu, keberkesanan kursus BTN sekitar tahun berkenaan juga menyebabkan rakyat turun ke bawah akibat kesan dari reformasi yang disuntik dari semangat kursus BTN, khususnya selepas penyingkiran Anwar.
“Kini mereka ingin melakukan perkara yang sama namun lebih sistemetik demi untuk kemenangan mereka dalam pilihan raya umum akan datang,”ujarnya lagi.
Jelasnya, kursus BTN dalam tempoh lima hari amat berkesan kepada peserta kursus dengan asakan serta cara mereka menyampaikan ceramah melalui modul yang telah disediakan kepada peserta.
Jelasnya, BTN kini juga telah terpesong dari matlamat asal penubuhan iaitu untuk menguatkan bangsa Melayu itu sendiri, yang mana kini tidak menumpukan soal bangsa apa lagi agama, sebaliknya menanam semangat perjuangan Umno pada jiwa peserta kursus.
Kini telah terbukti bahawa akibat ketakutan akan pengaruh politik Anwar Ibrahim, maka seluruh jentera kerajaan telah digunakan untuk mempengaruhi atau meracuni pemikiran rakyat terutama kakitangan awam. Inilah ketakutan yang jelas semasa era pemeritahan Mahathir Muhammad dan terus diwarisi oleh pimpinan Umno/BN sehingga kini.
Pada masa yang sama beliau turut menyokong langkah kerajaan Selangor menghalang kakitangannya mengikuti kursus BTN bagi mengelak sesuatu yang tidak diingini berlaku.
Bagaimanapun, menurutnya kerajaan negeri itu perlu mengadakan satu medan kursus khas untuk kakitangannya memandangkan setiap kakitangan awam perlu mengikuti kursus untuk kenaikan pangkat mereka.
Menurutnya lagi, kursus khas di bawah Menteri Besar perlu ditubuhkan sebagai alternatif baru untuk kakitangannya mengikuti kursus.
Pada masa yang sama, sambungnya masyarakat perlu didedahkan tentang intipati yang terdapat dalam kursus BTN agar mereka selamanya tidak diperbodohkan oleh kerajaan khususnya yang mengaitkan hanya Umno mampu memerintah negara.
“Fahaman atau ajaran sesat ini sewajarnya dibuang dari minda rakyat kerana Pakatan Rakyat juga mampu memerintah,”ujarnya.
30 November 2009
KENAPA KENYATAAN NAZRI AZIZ BERCANGGAH DENGAN KENYATAAN MUHYIDDIN
Kerajaan Selangor minggu lalu memutuskan untuk melarang kakitangannya dan pelajar di pusat pengajian tinggi miliknya daripada menyertai sebarang program anjuran biro bawah Jabatan Perdana Menteri itu.
Hari ini Kerajaan Pulau Pinang pula akan mengikut jejak Kerajaan Negeri Selangor, melarang kakitangan kerajaan negeri tersebut dari menyertai sebarang kursus anjuran Biro Bawah Jabatan Perdana Menteri.
Ia berhujah program BTN menyebarkan sentimen perkauman dan menyuntik kepentingan politik BN dalam program-programnya.
Akhirnya tindakan kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang tepat. Tahniah Menteri Besar Selangor dan Ketua Menteri Pulaua Pinang. Amatlah hairan dengan sikap penulis-penulis pengampu dari akhbar media massa arus perdana yang begitu giat mempertahankan BTN. Begitu juga dengan bebrapa orang kuat UMNO yang begitu mempertahankan BTN diantaranya termasuklah Timbalan Perdana Menteri sendiri, Menteri Dalam Negeri dan Ketua Penerangan UMNO.
Ketiga-tiga pemimpin UMNO totok dari Johor itu amat dikenali sebagai pemimpin ultra-Melayu yang terlalu rasis. Dan ketiga-tiga itu tidak diperlukan dan tidak layak untuk menjadi pemimpin negara Malaysia.