DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

30 June 2009

BLOG PARTI KEADILAN NEGERI JOHOR

AMK Cabang Gelang Patah amat2 kecewa apabila setiap kali melayari blog PKR Negeri Johor, tiada berita/maklumat terkini kerana blog tersebut tidak dikemaskinikan. Maklumat terakhir dikemaskini pada 03 April 2009.

Amatlah malang sekali kerana blog yang sepatutnya menjadi rujukan kepada semua ahli ataupun penyokong PKR Negeri Johor tidak dapat memainkan peranan sepatutnya akibat kecuaian kita.

Saya diberitahu semasa sesi soaljawab bersama Pengarah Strategik PKR Pusat (YB Tian Chua) dan PKR Negeri Johor (Sdr. Noor Azman), Sdr. Zabidie dan Sdr. Nazri yang mewakili AMK Negeri Johor membangkitkan isu blog yang tidak aktif. Blog Negeri/Cabang/Ranting yang sepatutnya menjadi media alternatif untuk menyebar maklumat kepada orang ramai bahkan ianya juga boleh dijadikan senjata bagi membongkar segala penyelewengan dan "kebobrokkan" pentadbiran kerajaan Umno/BN Johor, gagal berperanan akibat sikap sambil lewa pengendali/individu yang dipertanggungjawabkan mengendalikan blog tersebut.

AMK Cabang Gelang Patah akan terus menegur dan mengkritik demi kebaikan semua. AMK Gelang Patah mahu semua pihak serius dalam usaha untuk menumbangkan kerajaan Umno/BN Johor dan jangan sekadar "melepas batuk ditangga". Perlu diingat bahawa Barack Obama berjaya menjadi Presiden Amerika kesan dari media alternatif namun jika kita tidak mengambil peluang dalam kebangkitan era teknologi maka kita akan terus menjadi pembangkang dan terus-terusan membangkang.

Pengerusi Majlis Perhubungan Negeri Johor dan Setiausaha Majlis Perhubungan Negeri Johor wajar bertindak segera dengan mengaktifkan semula blog PKR Negeri Johor. Sewajarnya semua cabang diwajibkan mewujudkan blog sendiri yang aktif dan blog negeri bertindak sebagai "bank issue" serta bertindak menyiarkan semula isu2 diperingkat cabang dengan sedikit ulasan sejajar dengan peranannya sebagai blog negeri dan ini sedikit sebanyak dapat "menyegarkan" blog tersebut dengan isu2 terkini sekitar negeri Johor.

AMK Gelang Patah menyeru semua pihak termasuk PKR Cabang Gelang Patah sendiri membuat satu perubahan dan anjakan paradigma jika benar2 serius mahu menawan negeri Johor. Apakah kita tidak malu jika cabang kita dianggap bergantung kepada kekuatan PAS dan DAP yang sentiasa "berkerja" demi untuk satu kemenangan.

TAHNIAH YB DS ANWAR DAN YB NURUL IZZAH


Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar selamat melahirkan anak kedua beliau semalam. Ini adalah cucu kedua kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail. Bayi lelaki seberat 3.15 kg selamat dilahirkan pada 7.51 petang 28 Mac 2009.

Ucapan jutaan tahniah kepada YB Datuk Seri Anwar/Datuk Seri Wan Azizah dan YB Nurul Izzah sekeluarga daripada kami, warga AMK Cabang Gelang Patah

27 June 2009

BLOG AMK JOHOR

Johor Daily ada mengulas mengenai kritikan blog amkjohor.blogspot.com oleh AMK Gelang Patah. Berkemungkinan "penulis" blog tersebut tidak mendapat penjelasan sepenuhnya dari Sdr Zabidie. Saya selaku Ketua Penerangan AMK Cabang Gelang Patah yang bertanggungjawab secara langsung dalam pengendalian blog AMK Gelang Patah ingin menjelaskan bahawa saya tidak mengkritik kepimpinan Sdr. Zabidie bahkan tindakan saya menegur "moderator" blog amkjohor adalah untuk menjaga nama baik Ketua AMK Johor dari pelbagai kata2 sinis yang mulai kedengaran. Justeru kami meminta Sdr. Zabidie mengambil tindakan segera untuk mengaktifkan semula blog tersebut demi kebaikan semua. Saya juga telah dimaklumkan bahawa Sdr. Nazri selaku Setiausaha AMK Gelang Patah merangkap Naib Ketua AMK Johor telahpun berbincang dengan Sdr. Zabidie sebelum artikel tersebut dikeluarkan.

Justeru saya meminta Johor Daily lebih berhati-hati dan lebih bijaksana dalam memberi sebarang respond atau ulasan agar ia tidak dilihat seperti AMK Gelang Patah bermasalah dengan Ketua AMK Johor. AMK Gelang Patah sentiasa memberi komitmen dan respond yang baik pada setiap program dan apa juga tugasan yang diberikan oleh Ketua AMK Johor. Untuk pengetahuan Johor Daily, setiap artikel yang hendak disiarkan di blog AMK Gelang Patah telah disaring terlebih dahulu oleh beberapa pihak terutama Ketua AMK Cabang agar ianya dilihat sebagai Suara AMK Gelang Patah.

AMK Gelang Patah mahu semua pihak benar2 serius dalam usaha menumbangkan Umno/BN di Johor ini pada PRU-13 nanti. Gunakan apa juga senjata yang kita ada untuk berdepan dengan musuh yang cukup lengkap dengan pelbagai kelengkapan senjata. Memang kita akui bahawa kita kekurangan senjata tetapi janganlah pula senjata yang ada kita rosakkan. Berhati-hati dan cermatlah menggunakan sejata yang ada.

"Berbeza pendapat bukan bermakna kita berpecah kerana niat dan tujuan kita sama iaitu menumbangkan kerajaan Umno/BN di Negeri Johor ini". Ayuh kita gembeling tenaga yang ada agar ianya bertambah padu.

Zulkaria Ali
Ketua Penerangan
AMK Cabang Gelang Patah

26 June 2009

MESYUARAT ANGKATAN MUDA KEADILAN CABANG GELANG PATAH

Untuk makluman kepada semua Jawatankuasa Angkatan Muda Keadilan Cabang Gelang Patah bahawa satu Mesyuarat AMK Cabang Gelang Patah akan diadakan dan butiran mesyuarat adalah seperti berikut :-

Tarikh : 01 Julai 2009 (Rabu)
Masa : 09.00 malam
Tempat : Villa keADILan
d/a No. 15 Jalan PI 8/7
Taman Pulai Indah
(Hubungi Sdr Zul (Ketua Penerangan) untuk maklumat lanjut)

Agenda Mesyuarat :-

1) Kata2 aluan Pengerusi
2) Meluluskan Minit Mesyuarat yang lepas
3) Membincangkan program2 yang bakal diadakan sepanjang 6 bulan akan datang
4) Kursus Kepimpinan AMK anjuran AMK Pusat
5) Membincangkan perkara2 berbangkit
6) Lain-lain hal

Semua Jawatankuasa yang dipilih atau dilantik adalah DIWAJIBKAN HADIR.

Sekian untuk makluman.

Mohamad Nazri Ismail
Setiausaha
AMK Cabang Gelang Patah

s.k. Ketua AMK Cabang
Pemangku Ketua Cabang

LATIHAN KEPIMPINAN ANGKATAN MUDA KEADILAN

Ketua AMK Cabang
Timbalan Ketua AMK Cabang
Setiausaha AMK Cabang
Bendahari AMK Cabang
Ketua Penerangan AMK Cabang

Saudara,

JEMPUTAN SEBAGAI PESERTA DALAM LATIHAN KEPIMPINAN AMK

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Berikutan dari rumusan Rapat Anak Muda yang telah menetapkan keperluan untuk bertindak segera usaha pengkaderan, 5 kepimpinan utamaAMK di setiap bahagian dipilih di peringkat awal siri latihan ini. Objektif utama latihan ini adalah bertujuan untuk melahirkan kepimpinan muda, agar lebih dinamik dan progresif.

3. Maka dengan ini, kami dengan berbesar hati menjemput Saudara/i pimpinan utama AMK di setiap bahagian untuk menghadiri latihan tersebut yang akan dilaksanakan mengikut butir-butir seperti berikut:

Pendaftaran : 3 Julai 2009 ( 3.00 pm - 9.00 pm )
Tarikh : 4hb. -5hb. Julai 2009 (Sabtu & Ahad)
Tempat : Hotel Cartlon Holiday, Shah Alam, Selangor


4. Kehadiran adalah DIWAJIBKAN. Untuk maklumat yang lebih lanjut sila hubungi Sdr Zulfikar Ali Ariffin : 013 984 6606 atau Sdr Hasmuzair Hassan : 03-78850530 ext. 534 / 014 – 842 21555

Sokongan dan perhatian Saudara dalam menjayakan latihan ini amatlah kami perlukan.

Sekian, terima kasih.
Yang Ikhlas,

ZULFIKAR ALI ARIFFIN
Setiausaha Angkatan Muda Malaysia

MENTERI TERGAGAP JAWAP SOALAN

Persidangan Dewan Rakyat semalam kecoh ketika perbahasan mengenai isu ISA dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin tergagap-gagap menjawap beberapa soalan panas dari Ahli Parlimen Pakatan Rakyat. Kreadibiliti beliau tersebut jelas menampakkan ketidaklayakan beliau menjawat Kementerian tersebut. Itu baru soalan dari Ahli Parlimen Pembangkang... Bagaimana pula jika beliau digertak oleh Ketua2 Gangster yang sememangnya bermaharajalela di Malaysia ini. AMK Gelang Patah juga pernah mengeluarkan artikel dalam blog ini menyeru agar Menteri Dalam Negeri menyelesaikan masalah gangster di Pekan Nanas berikutan kekecohan yang berlaku beberapa bulan lalu. Baru2 ini beliau mengeluarkan kenyataan bahawa kementeriannya akan memerangi Ah Long habis2an. Adakah anda percaya bahawa Menteri Dalam Negeri ini mampu untuk memerangi Ah Long apatah lagi Gangster2 di Malaysia ini.

Berikut adalah rakaman ketika Hishamuddin menjawap soalan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat... ehsan dari GB.TV & NTV7...



(Minit 1.47 Ahli Parlimen belakang Hishamuddin tersenyum bila Hishamuddin tergagap-gagap menjawap soalan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat)

BAPA YB SALEHUDDIN AYUB MENINGGAL DUNIA

Bapa Naib Presiden Pas, YB. Salahuddin Ayub (Ahli Parlimen Kubang Kerian) telah kembali ke Rahmatullah tengah malam tadi. YB Salahuddin mendapat berita tersebut melalui adiknya ketika berada di Raub, Pahang ketika dalam perjalanan menuju ke Kota Bharu. Beliau segera membatalkan perjalanannya ke Kota Bahru dan terus bergegas pulang ke Batu Pahat bagi menguruskan jenazah ayahnya.

Menurut Sallahuddin ayahnya sakit sejak beberapa waktu lalu akibat satu kemalangan jalan raya dan pernah dimasukkan ke ward ICU.

Jenazah akan disempurnakan selepas solat Jumaat hari ini. Angkatan Muda Keadilan Cabang Gelang Patah mengucapkan Takziah kepada YB Sallahuddin serta keluarganya. Semoga roh Allahyarham dicucuhi rahmat. Al Fatihah.

25 June 2009

PROGRAM MAJLIS PIMPINAN NEGERI

Beberapa Program telah disusun oleh Majlis Pimpinan Negeri bagi memantapkan lagi organisasi di Peringkat Negeri dan juga Cabang2. Berikut adalah program2 yang memerlukan sepenuh komitmen dari Pimpinan Negeri atau Cabang :-

1) Program Penerangan Parti oleh Ketua Penerangan Pusat
  • Tarikh : 27 Jun 2009 (Sabtu)
  • Masa : 3.00 hingga 6.00 petang
  • Tempat : Pejabat JIM, 3A Taman Kelisa, Pt. Raja, Batu Pahat
  • Peserta : EXCO Majlis Pimpinan Negeri Johor/Ketua Bahagian/Ketua Penerangan Bahagian/Ketua AMK Bahagian/Ketua Wanita Bahagian/3 AJK Bahagian
  • Peserta diminta mendaftar pada jam 2.00 petang. Hubungi Sdr. Baharuddin (019-7787556) untuk keterangan lanjut.
2) Program Penerangan Bersama YB Tian Chua
  • Tarikh : 28 Jun 2009 (Ahad)
  • Masa : 10.00pagi hingga 2.00 petang
  • Tempat : Pejabat JIM, 3A Taman Kelisa, Pt. Raja, Batu Pahat
  • Peserta : EXCO Majlis Pimpinan Negeri Johor dan 3 wakil Bahagian
  • Hubungi Sdr. Baharuddin (019-7787556) untuk keterangan lanjut.
3) Program Kemasyarakatan bersama Penduduk Tanjung Labuh, Batu Pahat
  • Tarikh : 28 Jun 2009 (Ahad)
  • Masa : 3 petang hingga 6.00 petang
  • Semua dijemput hadir
4) Ceramah Umum Bersama YB Tian Chua dan YB Yaakob Sapari
  • Tarikh : 28 Jun 2009 (Ahad)
  • Masa : 0900 malam
  • Tempat : Parit Hakim (Berdepan dengan Kilang Fujitsu) Pt. Raja, Batu Pahat
  • Hubungi Sdr. Baharuddin (019-7787556) untuk keterangan lanjut.
Semua AJK Cabang yang dinyatakan diatas diharap dapat memberikan komitmen dengan hadir ke program2 yang telah disusun oleh Majlis Pimpinan Negeri Johor. Komitmen ada hadir ke Program ini membuktikan yang anda sebenarnya layak untuk menjadi pemimpin. Buktikan komitmen anda...

PENYERAHAN MEMORANDUM

Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia, Sdr. Shamsul Iskandar Mohd Akin akan mengetuai satu Penyerahan Memorandum bagi mendesak pertuduhan liwat kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim digurgurkan. Memorandum itu akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin. Penyerahan akan dibuat pada 26 Jun 2009 jam 11.ooam bertempat di Blok C3, Komplek C, Putrajaya. Sdr. Shamsul juga menyeru kepada orang ramai agar hadir beramai-ramai tanda sokongan.

Ketua Penerangan
AMK Cabang Gelang Patah

JEAN TODT (CEO FERARI)... UNTUNGNYA KAU

Menteri Pelancongan Datuk Ng Yen Yen melantik Jean Todt sebagai ‘duta’ Pelancongan Malaysia untuk tempoh setahun dalam usaha kerajaan menarik 2,000 pelancong menetap di negara ini.

YB Azmin Ali dalam soalannya di Dewan Parlimen menampilkan dokumen yang jelas menunjukkan yuran perkhidmatan Jean Todt sahaja mencecah RM593,400. Kos itu termasuk wang untuk tambang perjalanan, perbelanjaan serta wang saku.Selain itu juga kementerian turut membayar Todt RM388,000 untuk bercuti di dalam negara,

YB Azmin turut mempersoalkan mengapa sejumlah RM593,000 perlu dibayar kepada Jean Todt untuk membuat promosi ini dan berdasarkan kepada dokumen yang diterimanya, pecahan kos adalah untuk tambang kapalterbang sahaja dari Eropah ke Kuala Lumpur ke Eropah telah mencecah RM180,000 ringgit dan tidak termasuk kos penginapan yang mencecah RM80,000 untuk tiga malam.

Timbalan Menteri Pelancongan Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Taib bagaimana pun enggan menjawab pertanyaan Azmin. Azmin berkata beliau mempunyai maklumat terperinci mengenai pemborosan yang berlaku tetapi mahu memberi peluang kepada kementerian pelancongan menjelaskan perbelanjaan sebegitu besar. Beliau mahukan Kerajaan Umno/BN memberi jawapan yang tepat dengan seberapa segera dan mungkinkah ini salah satu diantara bentuk penyelewengan atau pembaziran wang rakyat oleh Kerajaan Barisan Nasional.

BLOG AMK JOHOR

Sejak 1 Jun 2009, Blog Angkatan Muda Keadilan Negeri Johor (amkjohor.blogspot.com) tidak aktif sebagaimana dahulu dengan alasan "Masalah teknikal". Rumit sangatkah masalah tersebut sehingga mengambil masa hampir sebulan untuk mengatasinya...??? Setiausaha Majlis Perhubungan Negeri dan beberapa Ketua Cabang/Ketua AMK Cabang menegur dan meminta agar blog tersebut diaktifkan semual kerana blog tersebut adalah blog rasmi kepada apa juga aktiviti dan program Angkatan Muda Keadilan Negeri Johor. AMK Cabang Gelang Patah meminta moderator yang bertanggungjawab mengendalikan blog tersebut agar mengaktifkannya semula dan dapat menjadi rujukan kepada mereka2 yang ingin tahu perkembangan Angkatan Muda Keadilan Negeri Johor.

Sama-samalah kita berganding bahu memantapkan lagi Angkatan Muda Keadilan Negeri Johor dengan satu matlamat untuk mencapai kemenangan di PRU-13 nanti.

Diharap Sdr. Zabidie sebagai Ketua AMK Negeri Johor dapat mengambil tindakan segera dan tegas bagi mengatasi masalah ini.

Berselisih pendapat bukan bermakna kita berpecah-belah kerana kita mempunyai tujuan yang sama iaitu menumbangkan Kerajaan Umno/BN di Johor ini.

Bersedialah wahai Pemimpin Muda untuk menjadi Jeneral Perang pada PRU-13 nanti.

24 June 2009

TEKS UCAPAN PERBAHASAN DUN JOHOR OLEH YB DR. BOO CHENG HAU

Berikut adalah teks ucapan YB Dr. Boo semasa membahas Ucapan Menjunjung Kasih ke atas Titah Duli Yang Maha Mulia Baginda Tuanku Sultan Johor sempena pembukaan rasmi Persidangan Penggal Kedua Dewan Negeri Johor yang Keduabelas pada 22-23 Jun 2008.

Teks Ucapan Perbahasan Sidang DUN Johor oleh YB Dr. Boo Cheng Haw

SEKADAR PANDANGAN DAN TEGURAN

Timbalan Perdana Menteri - Muhyiddin Yassin (Johor)

Naib Presiden Umno - Hishamuddin Hussein (Johor)

Naib Ketua Pemuda Umno M'sia - Razali Hussein (Johor)

Ketua Penerangan Umno - Ahmad Maslan (Johor)


Berdasarkan 4 pemimpin utama Umno adalah lahir dari Johor/Ahli Parlimen Johor. Apakah perancangan besar Majlis Pimpinan Negeri/AMK Negeri untuk menggempur kubu2 mereka...?? Apa pula tindakan dari Ketua2 Cabang...?? Apakah sudah cukup ampuh dan kukuh jentera di ranting, Cabang dan Negeri...?? Sudah cukupkah ilmu di dada untuk berdepan dengan puak 'lakhanat" ini...?? Apakah kita berbangga dengan ceramah 2 3 tempat seminggu, kita beranggapan bahawa kita telah menggempur sehingga lebur kubu2 Umno...?? sudah berapa kalikah kita menganalisis kekuatan dan kelemahan parti/pihak lawan...?? Berapa ramaikah ahli baru berjaya ditambah, 100 atau 1,000 atau 10,000 ahli baru berjaya ditambah setiap bulan..?? Apakah mereka yang berjawatan dalam parti baik diperingkat ranting, cabang mahupun negeri mampu/dapat menjalankan peranannya sepertimana yang dipertanggungjawabkan oleh parti..

Ketua2 Cabang perlu memberikan sepenuh komitmen kepada organisasi. Jangan mudah melatah jika ditegur dan selalulah menegur AJK yang "lemau". Perlu konsisten dan "istiqamah" dalam perjuangan. Ketua2 Cabang perlu menjadi contoh kepada AJK yang lain. Jangan mudah mengalah dengan keadaan yang mana kita terpaksa berdepan dengan AJK/Ketua2 Biro yang kaku dan lesu, tidak menjalankan peranan yang sepatutnya mereka lakukan. Jangan terlalu menyalahkan mereka. Sebagai Ketua, kita harus ada sikap membimbing dan mendidik, moga mereka2 juga akan menjadi pemimpin satu hari nanti.
Sebagai Ketua kita perlu ada iltizam perjuangan yang kuat untuk merubah sesuatu keadaan. Kita sanggup untuk dilantik sebagai Ketua, maka wajar kita tunjukan sikap kepimpinan yang matang agar menjadi contoh dan teladan kepada AJK yang lain.

Pelbagai ragam dan karenah sesetenggah Ketua Cabang dengan bersikap "ego" dan "sombong". Kesombongannya sehinggakan tidak mahu menghadiri atau turut serta dalam Program anjuran Majlis Perhubungan Negeri (MPN) mahupun Mesyuarat Perhubungan Negeri. Kesombongan dan kebodohannya kemudian menarik AJK2nya memulaukan aktiviti anjuran MPN. Inikah sikap dan sifat pemimpin yang baik. Pemimpin semacam ini sewajarnya disingkirkan dalam mana2 organisasi samada ranting, cabang mahupun negeri.

"Kera dihutan disusukan, Anak dirumah mati kelaparan" perumpamaan ini ditujukan kepada Ketua2 Cabang yang lebih sibuk berurusan dengan PKR Pusat sedangkan tanggungjawab terhadap Cabangnya diserahkan kepada Timbalannya. Inikah contoh sikap penuh tanggungjawab seorang Ketua Cabang??? Apakah beliau tidak yakin dengan kebolehan dan kelebihan yang ada padanya untuk menjadikan AJK Cabangnya menjadi contoh kepada Cabang2 lain. Kenapa mahu meminggirkan Cabangnya sendiri. Kalau Cabangnya bermasalah maka menjadi tanggungjawab kepada Ketua2 Cabang untuk menyelesaikan atau kemelut yang timbul. Bercita-cita besar ingin menjadi Menteri, Menteri Besar, Exco atau Yang Berhormat sedangkan tanggungjawab pada Cabangnya "hancur". Banggakah kita sekiranya Cabang yang kita ketuai itu umpama "hidup segan mati tak mahu".

Niat saya bukan ingin mengeji, mengutuk apatahlagi menghina. Yang saya mahukan adalah semua kepimpinan baik di peringkat ranting, cabang dan negeri bersedia sepenuhnya dengan pelbagai kelengkapan untuk menumbangkan kerajaan Umno/Bn. Kita mesti bersedia dengan strateginya, perang psikologinya, jenteranya, kemantapan organisasinya dan apa juga kelebihan untuk dijadikan senjata bagi menghadapi jentera serba lengkap Umno/Bn. Sedarlah... Umno/Bn mempunyai seribu satu macam senjata yang lengkap. Jika kita tidak dapat menandingi mereka sekurang-kurangnya kita mampu menyaingi mereka. Apakah kita cukup bersedia untuk menghadapai pilihanraya umum ke 13 jika Najib membubarkan Parlimen minggu depan??? Jika belum bersedia maka ubahlah sikap dan pemikiran untuk kita mempersiapkan jentera dan tentera kita bagi menghadapi sebarang kemungkinan. Jika kita berjiwa seorang Pemimpin maka buktikanlah bahawa kita adalah Pemimpin yang berani menghadapi sebarang risiko bukan pemimpin yang cuba lari dari medan peperangan.

Nazri Ismail
Setiausaha AMK
Cabang Gelang Patah

19 June 2009

BILA HOSPITAL KUALA LUMPUR LAPOR TIADA KESAN LIWAT

Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendedahkan bahawa kebanyakan bukti penting - yang diperlukan untuk mensabitkan ketua pembangkang itu dengan tuduhan liwat - tidak ada dalam laporan perubatan yang disediakan oleh Hospital Kuala Lumpur.

Dalam laporan perubatan itu yang dikeluarkan oleh hospital tersebut jelas mendedahkan bahawa tiada bukti yang menunjukkan berlaku tusukan pada dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan - pengadu di mana kes jenayah itu diasaskan. Satu salinan laporan perubatan turut disertakan bersama afidavit yang difailkan oleh Anwar semalam untuk mengetepikan tuduhan liwat terhadapnya.

Menurut salah seorang Peguam Anwar, Amer Hamzah Arshad bahawa bukti terpenting dalam tuduhan rogol atau liwat ialah menunjukkan bukti berlakunya tusukan

Laporan perubatan itu bertarikh 13 Julai 2008 dan disahkan oleh tiga pakar dari hospital kerajaan tersebut. Sebahagian daripada laporan tersebut, yang diedarkan kepada pihak media oleh peguam Anwar hari ini menyebut, tiada bukti klinikal yang konklusif yang menunjukkan berlaku tusukan di dubur dan tiada luka yang signikan pada tubuh pesakit (Mohd Saiful).

Marilah kita sama2 berdoa agar kemenangan dan kebenaran berpihak kepada Dato' Seri Anwar. Mungkinkah Saiful akan turun di Manek Urai untuk berkempen bagi Umno/Bn... Sedarlah Saiful, kau hanya dipergunakan dan diperkudakan oleh Umno/Bn demi kepentingan politik mereka.. Kau umpama "sampah" dimata mereka...

TAHNIAH UNTUK SDR. RAMLY


Ucapan tahniah kepada Sdr. Mohd Ramly Ahmad (Naib Ketua AMK Cabang Gelang Patah) dan isterinya Nurul Azwani bt. Yazid apabila pada tanggal 15 Jun 2009 jam 05.15 pagi, cahayamata yang sekian lama dinantikan telah selamat dilahirkan di Hospital Taiping, Perak. Puteri ini diberi nama Nurul Sakinatuz Zahrah binti Mohd Ramly.
Semoga dengan kehadiran Nurul Sakinatuz Zahrah menambahkan lagi keceriaan dan kebahagian Sdr. Ramly sekeluarga.
Tahniah dari kami warga PKR Cabang Gelang Patah....

18 June 2009

BEKAS PERSERTA FELCRA TEBING RUNTUH TERTIPU LAGI???

Baru-baru AMK Gelang Patah telah menerima sesalinan surat daripada Bekas Peserta Felcra Tebing Runtuh, Gelang Patah yang di tujukan kepada Penasihat Undang2 Negeri Johor dan salinan kepada Menteri Besar Johor.

Antara kandungan surat tersebut adalah :-

"Kami bekas peserta-peserta Felcra Tebing Runtuh merasakan bahawa tawaran RM1,500.00/ekar adalah terlalu rendah berbanding dengan tawaran atau keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan yang berlangsung pada 3hb April 1996 iaitu RM70,000.00/ekar."

"Iskandar Malaysia merupakan saru perancangan pelaburan yang akan membawa keuntungan berlipat kali ganda kepada Kerajaan Negeri Johor. Dari itu kami berharap kami mendapat tawaran yang seadil-adilnya. Kami merasakan bahawa Kerajaan negeri Johor akan memperjuangkan nasib kami sebagai warganegara Malaysia tanpa mengalami kerugian bagi pihak Kerajaan Johor yang berwibawa ini"

"Dengan ini kami berharap pihak Datuk akan memberi tawaran yang berpatutan untuk kami agar kami tidak akan hilang kepercayaan kepada Kerajaan Negeri Johor."

Ditandatangani oleh 51 Bekas Peserta Felcra Tebing Runtuh....

Inilah dinamakan "Kebangsatan Pimpinan Umno/Bn" yang sering memungkiri janji. Mereka sewenang-wenangnya merubah perjanjian walaupun telah dipersetujui oleh mesyuarat. Masih berharapkah kita kepada Kerajaan Bangsat Umno/Bn ini. Tunggu kisah selanjutnya yang pasti kami akan bongkar sekiranya Kerajaan Negeri tidak mengembalikan hak penduduk yang sepatutnya mereka terima.

17 June 2009

PENDEDAHAN : ROSMAH PUAKA SIRI 2 & 3

Klip video yang menceritakan siapakah dia Rosmah Mansor.... Sumber video adalah dari laman web pro Umno yang anti Najib.... Saksikan lah.

Rosmah Puaka Siri 2




Rosmah Puaka Siri 3



Anda nak percaya atau tidak... Terpulang kepada anda sendiri.

SEKADAR RENUNGAN DAN IKTIBAR

Video dibawah ini hanyalah sebagai renungan dan mungkin dapat memberi sedikit kesedaran kepada mereka2 yang mahu menubuhkan "Kerajaan Perpaduan". Sayu, pilu, hiba, marah dan dendam pasti menusuk disegenap tubuh bila melihat dan mendengar ulasan mengenai "Peristiwa Memali". Bukan niat kami ingin membangkitkan sentimen kemarahan kepada pihak tertentu namun kami ingin mengimbau kembali peristiwa dan dosa yang dilakukan oleh mereka2 (pimpinan BN) yang mungkin terpaksa dilupakan demi sebuah "Kerajaan Perpaduan" ... Fikirkanlah...

HUJAH DI TV9 : KEBANGSATAN 2 SYED

Hujah di TV9 malam semalam (16 Jun 2009) jelas menampakkan kecetekan dan ketandusan idea 2 pemimpin Umno iaitu Syed Ali Al-Habshee dan Syed Hamid Albar. Mungkin 2 Syed ini bernasib baik kerana tiada pimpinan Pakatan Rakyat yang dijemput sebagai ahli panel pada malam itu. Jika ada pasti lebih menarik, namun sesekali bila Dr. Agus yang bertindak sebagai moderator mencelah ketika mereka memberi pandangan, kedua-dua Syed ini tergagap-gagap untuk menjawap. Layaknya seperti Ketua Umno Cawangan sahaja.

Tajuk "Kerajaan Perpaduan" terus dilacurkan oleh kedua-dua syed ini. Mereka terus memainkan sentimen perkauman dan pada ucapan penggulungan oleh Syed Ali Al-Habshee beliau berkata "mengapa penyokong2 dan pimpinan PAS Perak sanggup berdemontrasi, baring di jalanraya sedangkan kerusi PAS jauh lebih sedikit dari DAP. Hujahnya, beliau beranggapan DAP dan PKR telah mempergunakan PAS". Inilah hujah dangkal lagi bebal yang lahir dari pemikiran Ketua Umno Bahagian Cheras, yang jelas masih mempunyai minda perkauman yang menebal. Mungkin beliau masih terbawa-bawa lagi zaman arab jahiliah dan beliau lupa bahawa rakyat di Malaysia sekarang tidak memandang warna kulit dan keturunan.

Pada pemimpin Umno yang lain, usahlah mempergunakan isu "Kerajaan Perpaduan" ini sebagai senjata untuk menembak Pakatan Rakyat dengan mengupah penembak curi yang lapuk dan tidak mampu membidik dengan tepat. Walaupun apa hujahnya "KEBANGSATAN" Umno tetap tidak dapat dibersihkan lagi selagi Umno dipimpin oleh mereka2 yang punya palitan dosa. Sedarlah bahawa Umno umpama mangkuk najis yang telah puluhan tahun tidak dibersihkan. Jijik, geli dan kotor dan tidak boleh dibersihkan lagi. Jika demikian Umno itu diumpamakan, maka adakah penyokong2 Umno masih mahu bersama dengan Umno.... Jangan hampiri Umno, jika anda tidak terkena cebisan najis yang yang dibawa oleh pemimpin2 Umno, pasti baunya yang meloyakan melekat pada diri anda... Fikir2kan lah...

TAHNIAH KEPADA KEPIMPINAN DEWAN PEMUDA PAS PUSAT

AMK Gelang Patah mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada kepimpinan Dewan Pemuda PAS Pusat terutama kepada pimpinan Dewan Pemuda PAS Johor iaitu Sdr. Khairul Faizi bin Ahmad Kamil yang dilantik sebagai Penolong Setiausaha Dewan Pemuda PAS Pusat dan Sdr. Suhaizan bin Kayat yang dilantik sebagai Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Pusat.

Semoga dengan lantikan tersebut kita dapat lagi memperkukuhkan lagi jentera Pakatan Rakyat di Johor dalam usaha menawan Negeri Johor.

Sekali lagi AMK Cabang Gelang Patah mengucapkan Tahniah kepada kepimpinan Dewan Pemuda PAS Pusat.

Berikut adalah senarai Kepimpinan DPP Pusat yang terkini:

Ketua : Ustaz Nasrudin Hassan Tantawi
Timbalan Ketua : Ustaz Azman Shafawi Abd Rani
Naib Ketua : Ahmad Sabki Yusof

Setiausaha : Kamaruzaman Mohamad
Penolong Setiausaha : Khairul Faizi Ahmad Kamil
Bendahari : Mohd Adram Musa
Ketua Penerangan : Suhaizan Kaiat
Pengarah Pilihan Raya : YB Firdaus Jaafar

Ahli Jawatankuasa dipilih
1 Ustaz Riduan Mohd Nor
2 Ustaz Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz
3 Ustaz Nazri Chik
4 YB Nasir Zakaria
5 Ustaz Kamal Shaari
6 Abdullah Karim
7 Dr Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakub

Ahli Jawatankuasa dilantik
1 Zuraidin Abdullah
2 Sanusi Mohd Nor
3 Zamakhshari Muhammad
4 Anuar Ali
5 Yusainee Yahya
6 Mohd Sani Hamzan
7 Wan Sukhairi Abdullah
8 Dr. Mohd Zohdi Marzuki
9 Mohd Nazri Din
10 Mohd Fuad Othman


Salam Maju Jaya

KONGRES KHAS PKR

Pada 13 Jun 2009 (Sabtu) Parti Keadilan Rakyat telah mengadakan Kongres Khas bagi meminda beberapa perkara dalam Perlembagaan Parti. Angkatan Muda Keadilan Cabang Gelang Patah ingin memberi pandangan mengenai perkara 19.16 Perlembagaan Parti Keadilan Rakyat yang menyebut "Had umur anggota Angkatan Muda Keadilan adalah 35 tahun pada 31hb Disember tahun berkenaan tetapi seseorang pemegang jawatan dalam Majlis Pimpinan Angkatan Muda yang mencapai usia melebihi 35 tahun ketika memegang jawatan berkenaan boleh terus memegang jawatan itu sehingga penggal tersebut berakhir kecuali beliau berhenti atau diberhentikan".

AMK Gelang Patah berpendapat dan memperakui bahawa pindaan tersebut adalah baik untuk masa hadapan bagi kita menyediakan pemimpin2 muda yang cemerlang dalam kepimpinan, aktif, agresif, vokal serta berpendirian. Pada mulanya kami juga terkejut kerana di Negeri Johor hampir 60% Ketua2 AMK Cabang yang aktif adalah terdiri dari mereka yang berumur lebih dari 35 tahun. Jika perkara ini diimplimentasikan dalam masa terdekat, dikhuatiri AMK di Negeri Johor akan lesu dan lumpuh kerana kegagalan dalam proses transformasi kepimpinan. Namun jaminan yang diberikan oleh Datuk seri Presiden sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada AMK kerana masih ada ruang untuk kami mendidik dan memimpin pemimpin muda ini menjadi lebih baik dari kami.

Pembahas ada mengatakan bahawa mereka yang berumur 35 tahun ke atas takut dan khuatir atas perubahan ini kerana jawatan mereka akan terlucut sama sekali. AMK Gelang Patah menafikan sekeras-kerasnya. Bukan jawatan yang kami risaukan akan tetapi adalah ketandusan kepimpinan akan berlaku sekiranya perkara ini dijalankan serta merta. Pembahas dari Selangor dan Pulau Pinang mempersoalkan kenapa kepimpinan AMK menolak perkara 19.16 pindaan Perlembagaan. Berkemungkinan di Selangor atau Pulau Pinang mahupun di Negeri2 yang dikuasai oleh Pakatan Rakyat tidak menghadapi masalah untuk mencari pemimpin2 muda dibawah 35 tahun. senario itu berbeza di Johor, dan ianya adalah cabaran bagi kami. Cabaran yang cukup hebat. sekurang-kurangnya mereka yang hendak kami tampilkan sebagai Ketua AMK Cabang mahupun Negeri mempunyai pengalaman politik atau akademik yang baik bagi menghadapai jentera Umno/Bn yang serba lengkap.

Bersediakah Ketua2 Cabang atau MPN mahupun MPP memperuntukan 30% kepada bekas pimpinan AMK yang telahpun melewati umur 35 tahun ini duduk dalam AJK/EXCO Negeri atau MPP pada masa akan datang. Dikhuatiri mereka2 ini diletakkan di jawatan Pemeriksa Kira2 sahaja. Bukan hendak merendahkan jawatan tersebut, namun jika selama ini mereka lantang bersuara namun selepas umur mereka lebih dari 35 tahun, suara mereka2 ini terpadam terus dalam memperjuangkan hak rakyat.

Draf Perlembagaan telah pun diluluskan, AMK Cabang Gelang Patah meminta Ketua AMK Pusat dan EXCOnya terutama individu yang telah dipertanggungjawabkan di Biro Latihan dan Biro Penerangan agar dapat mengadakan beberapa Kursus Kepimpinan dan Pidato bagi melahirkan pemimpin yang benar2 berkualiti. Jika tiada tindakan serta usaha2 yang drastik dari AMK Pusat bagi melahir, melatih dan mendidik pemimpin2 muda ini, dikhuatiri Angkatan Muda Keadilan akan terumbang ambing umpama "kolek ditengah lautan di pukul badai yang menggila". Jika faktor umur menjadi persoalan, AMK Gelang Patah menekankan bahawa perlunya kita menyedarkan mereka2 yang berjawatan agar melakukan kerja yang sepatutnya. Janganlah "glamour" dengan jawatan yang disandang, namun tiada gerak kerja yang dilakukan. Sedarlah bahawa anda2 yang berjawatan, sebenarnya anda memikul amanah rakyat yang mahukan pembelaan.

16 June 2009

ISU CHIN PENG

Bila mana Dato' Seri Anwar Ibrahim memperkatakan isu Chin Peng, maka berpusu-pusulah akhbar dan bloggers yang tidak bermaruah memutarbelitkan isu itu agar pembaca akhbar dan blog berkenaan terpengaruh dengan tulisan dan kenyataan akhbar terbabit. Inilah standard penulisan akhbar arus perdana yang terang2 menjadi pencacai najis Umno/Bn. Langsung tak bermaruah. Isu rakyat yang sepatutnya diketenggahkan agar rakyat dapat menilai kepimpinan pemimpin mereka, dipandang 'enteng' oleh akhbar2 seperti ini.

Anwar jelas dalam kenyataannya memberitahu bahawa atas dasar perikemanusiaan meminta Kerajaan Malaysia menimbangkan agar bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng, patut dibenarkan pulang ke Malaysia. Chin Peng telahpun berumur dan ingin pulang ke kampung halamannya namun ianya terpulang kepada kerajaan pemerintah. Anwar berkata demikian selepas berakhirnya Kongres Nasional Khas pada Sabtu lalu.

Anwar turut menjelaskan bahawa ketika berada dalam kerajaan dahulu, beberapa pemimpin Umno, termasuk beliau sendiri pernah berkunjung ke China dan bertemu dengan pemimpin Parti Komunis China. Beberapa perjanjian damai dan membawa pulang beberapa tokoh PKM iaitu Shamsiah Fakeh dan beberapa (pemimpin) yang lain.

Merujuk kepada sejarah Islam,ketika pembukaan Mekah, Rasulullah memaafkan semua kafir Quraish yang menyerang, membunuh dan melakukan keganasan terhadap Islam dan penyokong Rasulullah. Inilah perdamaian.

Anwar menjelaskan pendiriannya mengenai Chin Peng itu adalah atas "alasan kemanusian" dan bukannya kerana beliau menyokong PKM kerana sewaktu masa mudanya, beliau menentang keras fahaman komunisme. Walaupun atas dasar kemanusiaan Anwar meminta Kerajaan Malaysia mempertimbangkan hajat Chin Peng, namun ia tidak bermakna kita bersetuju dengan kesemua kesilpan dan kezaliman yang telah dilakukannya.

Inilah penjelasan sebenar Dato' Seri Anwar Ibrahim mengenai Chin Peng yang telahpun diputarbelitkan oleh media pencacai Umno/Bn.

11 June 2009

TERJAMINKAH KESELAMATAN RAKYAT.....

Berikut adalah Akuan Bersumpah dari 3 orang Pegawai Polis DiRaja Malaysia yang mengaitkan beberapa Pegawai Atasan Polis bersengkongkol dengan "Ah Long" dan gangster2 dalam beberapa kegiatan haram ;-

* salinan Kenyataan bersumpah ASP Hong Kin Hock (G/10990)
* salinan Kenyataan bersumpah ASP Md. Yusof Bin Ahmad (G/10608)
* salinan kenyataan bersumpah Sarjan Mohd. Yasin Bin Malik (RF/89379)

Angkatan Muda Keadilan Bahagian Gelang Patah mendesak agar Menteri Dalam Negeri menggantung tugas beberapa Pegawai Atasan PDRM termasuk Ketua Polis Negara sendiri yang mana nama beliau dilibatkan sama dalam Akuan Bersumpah ini. Tindakan SEGERA dan TEGAS perlu diambil terhadap mereka2 yang terlibat demi menjaga nama PDRM dan mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap peranan pihak Polis. Suruhanjaya Bebas perlu dibentuk bagi menyiasat dakwaan ini.
**** Akuan bersumpah dipetik dari blog Malaysia-Today.net

10 June 2009

ROSMAH PUAKA

Berikut adalah pengakuan beberapa individu yang cukup rapat dengan Rosmah Mansor termasuk adik kandungnya sendiri.... Nilai dan andailah sendiri. Mungkinkah tangkal yang diletakkan dibawah meja mesyuarat Pak Lah semasa beliau masih lagi menjawat Perdana Menteri adalah kerja Rosmah...

08 June 2009

BENARKAH DS HARUSSAINI PENDUSTA???

Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Ahmad Awang mendedahkan bahawa Mufti Perak, Datuk Seri Harusaini Zakaria telah menjadi barua Umno untuk memujuk PAS supaya membentuk kerajaan bersama-sama Barisan Nasional (BN) itu di Perak beberapa hari selepas Kerajaan Pakatan Rakyat dibentuk.

Menurut Ustaz Ahmad, Mufti Perak itu juga cuba memperdayakannya supaya mempersetujui pembentukan kerajaan apabila beliau menipu Ustaz Ahmad kononnya Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang mempersetujui pembentukan kerajaan dengan Umno itu.

Tetapi, Ustaz Ahmad yang lebih mengenali Mursyidul Am PAS berbanding mufti pembohong itu menyatakan beliau tahu bahawa Tuan Guru Nik Abdul Aziz tidak mungkin bersetuju dengan pembentukan kerajaan sedemikian.

Inikah sikap mufti yang perlu kita hormati. Seseorang ulamak perlu berani berkata benar walaupun pahit bukan mengikut telujuk pihak tertentu yang berkepentingan.

Saya mencabar agar DS Harussaini mengambil tindakan undang2 jika kenyataan Ustaz Ahmad Awang ini dusta.

05 June 2009

AH LONG - TINDAKAN SEGERA KDN DITAGIH

Kegiatan Ah long akan dibanteras sehabis-habisnya kerana ia bukan lagi hanya berkisar kepada aktiviti peminjaman wang tetapi berkait dengan jenayah seperti pengedaran dadah, pelacuran dan samseng, demikian kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Sewajarnya beliau selaku Menteri yang bertanggungjawab dalam Hal Ehwal Keselamatan Dalam Negeri mengambil langkah segera memerangi kegiatan Ah Long yang semakin mengganas kebelakangan ini bukan memancing pemikiran rakyat dengan perkataan "akan bertindak". Tindakan serta merta perlu diambil demi untuk rakyat dan mengambil langkah perlu untuk mempermudahkan peniaga2 kecil/sederhana mendapat pinjaman bank demi mengelakkan mereka2 ini meminjam dengan ceti2 haram @ Ah long.

Beliau juga sedar bahawa isu itu sudah berada pada tahap yang amat serius dan membimbangkan, seharusnya segera mengarahkan pihak polis akan terus bertindak tegas bagi menyekat kegiatan Ah long daripada terus berleluasa.

PKR Gelang Patah juga mahukan Hishamuddin bertindak tegas terhadap Kumpulan Samseng @ Gangster yang telah lama berakar umbi di Negeri Johor ini. Kejadian pergaduhan yang berlaku di Pekan Nanas bulan lepas wajar diselidiki apabila ada pihak mendakwa bahawa "balai polis Pekan Nanas sudah kena beli". Jika benar seperti yang didakwa oleh penduduk setempat, ia sebenarnya sudah cukup memalukan dan mencemarkan kreadibiliti pihak Polis. Penduduk setempat juga mendakwa bahawa beberapa pegawai Polis Pekan Nanas telahpun ditukar selepas berlakunya pergaduhan tersebut menguatkan lagi dakwaan mereka bahawa ada penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa berlaku di Balai Polis Pekan Nanas.

Dipetik dari : keadilan4gelangpatah.blogspot.com

TAHNIAH KEPADA SDR. KHAIRUL FAIZI DAN SDR. SUHAIZAN KAIYAT



Angkatan Muda Keadilan Bahagian Gelang Patah mengucapkan "Tahniah" kepada Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor, Sdr. Khairul Faizi dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor, Sdr. Suhaizan Kaiyat apabila dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat bagi Sesi 2009 - 2011 pada Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Pusat kali ke-50 di Taman Melewar semalam.

Salam Tahniah dan Salam Maju Jaya.

LAMAN WEB AMK MALAYSIA LESU

Menghampakan!!!! Itulah perasaan pengunjung Laman web Angkatan Muda Keadilan Malaysia yang kelihatan 'lesu" berikutan tiada berita terkini yang disiarkan. Berita terakhir adalah pada 6 Mei 2009 jam 7:38 pm berkaitan dengan Isu Perak. Sewajarnya Exco yang bertanggungjawab sentiasa mengemaskini laman web tersebut agar boleh dijadikan rujukan kepada mereka yang memerlukan maklumat terkini.

Berita berkaitan dengan kemenangan YB Dr. Mansor di Penanti tidak disiarkan. Maklumat mengenai program2 yang melibatkan Ketua AMK Malaysia dan Exco juga tidak dikemaskini. Maklumat mengenai kongres khas pada 13 Jun 2009 juga tidak ada dalam blog AMK Malaysia.

Sewajarnya laman web AMK Malaysia menjadi contoh kepada yang lain dan jika sukar mendapatkan berita2 terkini, dicadangkan agar Exco yang bertanggungjawab membuat "copy n paste" dari laman web/blog AMK Negeri/Bahagian dari seluruh Malaysia.

Saya menyeru agar mereka2 yang bertanggungjawab mengemaskini laman web AMK Malaysia agar mengambil tindakan segera dengan mengemaskini laman web tersebut. Kami dahagakan maklumat terkini.

SYARIKAT TERIMA 26 KONTRAK PEMBINAAN SEKOLAH - SPRM SEGERA SIASAT

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) digesa supaya menjalankan siasatan terhadap sebuah syarikat pembinaan yang mendapat kontrak membina sebanyak 26 sekolah.

Siasatan mesti disegerakan agar dapat mengetahui punca sebenarnya kepada masalah tersebut. Disebabkan tender tersebut di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran, sewajarnya mereka bertindak dan menjalankan siasatan bagi mengetahui penyebab utama pemberian kontrak terlalu banyak kepada sebuah syarikat.

Kementerian Pelajaran wajar bertindak dalam menangani kes ini yang mungkin berlakunya penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa pihak tertentu. Sekiranya siasatan terperinci dibuat, berkemungkinan masalah yang dialami seperti bangunan sekolah dibina tidak dapat disiapkan mengikut jadual dapat dikenal pasti dari awal2 lagi.

Pendedahan yang dibuat oleh Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi dengan menyatakan terdapat syarikat pembinaan mendapat kontrak membina 26 sekolah berjumlah kira-kira RM300 juta. Bagaimana pun syarikat terbabit tidak dapat menyiapkan projek mengikut tempoh masa yang ditetapkan.

Perkara ini semestinya dipandang serius oleh pihak kementerian terbabit memandangkan ia melibatkan pusat pembelajaran pelajar sekolah dan kami mendesak agar siasat dengan segera perlu dilakukan secepat mungkin.

02 June 2009

STADIUM GONG BADAK RUNTUH

Dimanakah silapnya sehinggakan Stadium yang baru sahaja di rasmikan oleh Baginda Sultan Terengganu sempena Sukma 2008. Pelbagai persepsi mungkin akan timbul selepas ini dan yang paling hangat ialah Menteri Besar yang meluluskan projek ini. Tidak Mungkin Dato' Seri Tuan Guru Haji Hadi tetapi Idris Jusoh dan Ahmad Said akan berdepan dengan pelbagai soalan. Mungkinkah kejadian ini menambahkan lagi koleksi "kehaprakkan" pentadbiran Umno/Bn di Terengganu...










APAKAH BENAR NAJIB AKAN DITANGKAP OLEH INTERPOL MONGOLIA JIKA KELUAR DARI MALAYSIA

Dikirim pada Mei 18, 2009 oleh HermanSamsudeen

Pendedahan 11 media antarabangsa terhadap Najib berhubung kes pembunuhan Altantuya memungkinkan beliau ditangkap oleh Interpol Kerajaan Mongolia jika beliau keluar dari sempadan negara. Kes Altantuya menjadi satu isu penting diluar negara.

Najib kini telahpun ditabalkan untuk Perdana Menteri namun hampir tiada kedengaran mana Kerajaan luar yang mengirimkan ucapan tahniah atau delegasi khas untuk mengucapkan salam tahniah buat beliau. Ini juga mengundang persoalan terhadap persepsi dunia kepada kepimpinan Najib. Adakah mereka memprotes Najib?

Pertuduhan 11 media itu amat berat dan boleh menjadi alasan untuk Polis Mongolia membuka kes terhadap beliau memandangkan mangsanya adalah rakyat mereka.

Sehingga kini Najib hanya berani membuat lawatan ke Indonesia dan Brunei. Setakat itu sahaja yang diboleh buat masa ini. Jika Najib ke melawat lain pula, tidak mustahil Kerajaan diluar negara akan menimbangkan untuk Najib di ektradisi ke Mongolia.

Kedudukan ini amat bahaya selagi Najib tidak membersihakan nama beliau. Tidak dapat kita bayangkan jika Najib ditahan dipenjara mongolia dan disoal siasat disana. Mampukah beliau hadapi semua itu. Dengar kata penjara disana teruk, makanannya tak sama dengan makanan hotel 5 bintang yang biasa Najib santap. Tak boleh nak bayanglah keadaan Najib nanti.

Jika Altantuya itu rakyat Amerika yang terkenal sebagai Negara Polis dunia, mungkin pada masa ini Najib sudah ditahan di penjara Guatanamo Bay dan disoal siasat. Mujurlah dia hanya seorang rakyat Mongolia, jadi proses itu lambat dan belum berlaku, tetapi tidak mustahil akan berlaku.

Maka wajarlah Najib menyaman 11 media itu jika ternyata laporan mereka itu tidak benar bagi melindungi diri beliau terutamanya bila berada diluar Malaysia.

Timbalan Presiden Pas, Ust Nasaruddin Mat Isa dalam Ceramahnya di Stadium Melawati baru-baru ini menyebut bahawa;

Presiden PAS, Dato’ Seri Abdul Hadi Awang telah memenangi kes saman ke atas Daily Mirror, sebuah akhbar tempatan berbahasa Inggeris berhubung kes laporan palsu ke atas beliau.

Katanya, akhbar tersebut secara terang-terangan menyiarkan gambar Dato’ Seri dan mengaitkan beliau sebagai perancang beberapa siri pengeboman di United Kingdom termasuk sebuah pusat membeli-belah di Kent.

Beliau juga telah dituduh sebagai orang ketiga dalam pertubuhan Al- Qaeda, dan sedang di tahan di Guantanamo Bay.

Menurut beliau, Daily Mirror telah mengakui kesilapan di atas laporan palsu tersebut dan telah menyiarkan permohonan maaf tersebut di akhbar dan web mereka.

“Tetapi perkara ini tidak dilakukan oleh Najib, kenapa Najib tidak saman akhbar tersebut. Kalau Presiden boleh saman satu akhbar, Najib ada 11 akhbar kalau menang banyak dapat…, walaupun jumlahnya tak sebanyak komisyen kapal selam, tapi banyak juga tu..”

Saya setuju dengan pandangan Ust Nasharuddin, Najib perlu contohi ketegasan dan keberanian Presiden Pas dan menyaman media berkenaan untuk membersihkan nama beliau. Jika beliau tidak melihat perkara itu perlu bagi diri beliau, Najib wajar memikirkan maruah rakyat dan negara ini. Sesungguhnya kedudukan beliau sebagai Perdana Menteri secara tidak langsung menjadikan Negara dan rakyat Malaysia sebagai mangsa hinaan dan cercaan kerana memiliki Perdana Menteri yang penuh skandal sepertinya.

Najib perlu saman, jika tidak rakyat Malaysia yang terasa terhina atau dicerca oleh rakyat asing boleh menyaman Najib kerana beliaunya yang menjadi punca mereka turut terpalit dengan isu berkenaan seolah-olah rakyat negara ini bersekongkol dengan Najib yang terus berdiam diri.

Najib perlu saman 11 media itu segera dan memenangi saman itu untuk pulihkan keadaan. Itu sahaja.

p/s-Kalau Najib menang, pastinya populariti beliau akan melonjak naik, tapi kalau kalah macam mana? Polis Malaysia boleh buka fail kes ker?

Difailkan dalam: Antarabangsa,


01 June 2009

KRITIKAN KEPADA KEPIMPINAN : WAJARKAH IANYA DILUAHKAN DI DALAM BLOG

Walaupun dalam Parti Keadilan Rakyat kita lebih bersikap terbuka dalam mengkritik kepimpinan manakala pimpinan harus pula bersedia untuk dikritik namun perlulah kita fahami dan memahami erti keterbukaan tersebut.

Wajarkah pimpinan termasuk Ketua AMK Johor dikritik secara terbuka di blog2... Bukankah AMK Johor mengadakan Mesyuarat EXCO dan Ketua2 AMK Bahagian setiap bulan. Setiap AJK Bahagian yang tidak berpuashati tentang kepimpinan Negeri wajar menyuarakan kepada Ketua AMK Bahagian agar ketidakpuashatian tersebut dapat diselesaikan melalui meja mesyuarat serta mengikut saluran yang betul.

Perlu diingat bahawa tanggungjawab yang digalas oleh Ketua AMK Negeri amatlah besar dan memerlukan sokongan dari setiap Ketua dan AJK AMK Bahagian. Jika Umno berbangga dengan Ketua Pemuda Negerinya... Jika PAS juga amat menghormati kepimpinan mereka... Sewajarnya AMK mesti berbangga dengan kepimpinan Negeri.

Dalam hal mengkritik kepimpinan adalah perlu bagi memperbetulkan keadaan tapi harus mengikut saluran. Setiap apa juga masalah pasti ada penyelesaian.

Maka dalam hal ini, AMK harus bersikap dewasa dalam mengkritik kepimpinan. Manakala pengendali blog perlu bersikap profesional dalam menjelaskan sesuatu isu agar ianya tidak "bias". Setiap artikel wajar dan perlu mendapat kelulusan dari Ketua AMK Johor terlebih dahulu agar "moderator" tidak "syok sendiri" dengan ulasan dan pandangan peribadinya bukan pandangan dari Ketua AMK Johor itu sendiri, apatah lagi ulasan serta pandangan yang melibatkan isu2 sensitif. Blog Diari Ketua AMK Johor perlu dikendali dengan sebaiknya dan saya mengingatkan bahawa setiap artikel perlu mendapat kelulusan dari Ketua AMK Johor atau Setiausaha AMK Johor. Ini dapat mengelakan persepsi negatif AJK AMK Bahagian terhadap Ketua AMK Negeri dan EXCO AMK Johor.

Saya menyeru kepada diri saya sendiri, AJK AMK Bahagian Gelang Patah dan semua teman2 AMK disemua Bahagian bahawa kita ingin menjatuhkan "lawan" bukan "kawan". Kita diibarat berdepan dengan "tentera" yang cukup lengkap dari segi senjatanya, tentera udara, laut dan darat telah bersedia, kewangan dan apa jua kelengkapan telah mereka siapkan untuk berdepan dengan kita yang begitu kerdil. Namun kita punya "Semangat Juang" yang kuat walaupun kelengkapan serba daif. Tapi jika kita terus bercakaran dalam isu2 yang remeh, apakah kita bisa menumbangkan mereka. Kita perlu "fokus" tujuan dan matlamat asal kita.

Setiap AJK AMK disemua peringkat perlu menghormati kepimpinan yang telah dipilih dan dilantik. Perlu patuh kepada arahan Ketua selagi arahan itu tidak bertentangan dengan undang2 parti atau undang2 negara.

"Lawan tetap Lawan"

Azlan Ishak
Ketua AMK Bahagian Gelang Patah

PRK DUN PENANTI : KEMENANGAN RAKYAT

YB Dato' Seri Anwar Ibrahim dan YAB Lim Guan Eng
turut meraikan kemenangan Dr. Mansor


Sekalung Tahniah kepada Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pulau Pinang, Dr. Mansor Othman yang memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Penanti semalam dan akan mengangkat sumpah sebagai Timbalan Ketua Menteri I negeri itu Rabu ini. Ia diumumkan sendiri oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Majlis angkat sumpah tersebut akan diadakan pada sebelah pagi.

YAB Lim Guan Eng turut mengucapkan tahniah kepada Mansor dan beranggapan bahawa kemenangan beliau itu adalah kemenangan rakyat. Malah kemenangan Dr. Mansor itu turut dinyatakan oleh Penasihat DAP, YB Lim Kit Siang dalam laman blognya.

Dr. Mansor Othman, 59, memenangi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti dengan majoriti 5,558 undi.

Kami warga Parti Keadilan Rakyat Bahagian Gelang Patah mengucapkan "Tahniah" kepada YB Dr. Mansor Othman. Teruskan perjuangan membela nasib rakyat.