Kegiatan Ah long akan dibanteras sehabis-habisnya kerana ia bukan lagi hanya berkisar kepada aktiviti peminjaman wang tetapi berkait dengan jenayah seperti pengedaran dadah, pelacuran dan samseng, demikian kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.
Sewajarnya beliau selaku Menteri yang bertanggungjawab dalam Hal Ehwal Keselamatan Dalam Negeri mengambil langkah segera memerangi kegiatan Ah Long yang semakin mengganas kebelakangan ini bukan memancing pemikiran rakyat dengan perkataan "akan bertindak". Tindakan serta merta perlu diambil demi untuk rakyat dan mengambil langkah perlu untuk mempermudahkan peniaga2 kecil/sederhana mendapat pinjaman bank demi mengelakkan mereka2 ini meminjam dengan ceti2 haram @ Ah long.
Beliau juga sedar bahawa isu itu sudah berada pada tahap yang amat serius dan membimbangkan, seharusnya segera mengarahkan pihak polis akan terus bertindak tegas bagi menyekat kegiatan Ah long daripada terus berleluasa.
PKR Gelang Patah juga mahukan Hishamuddin bertindak tegas terhadap Kumpulan Samseng @ Gangster yang telah lama berakar umbi di Negeri Johor ini. Kejadian pergaduhan yang berlaku di Pekan Nanas bulan lepas wajar diselidiki apabila ada pihak mendakwa bahawa "balai polis Pekan Nanas sudah kena beli". Jika benar seperti yang didakwa oleh penduduk setempat, ia sebenarnya sudah cukup memalukan dan mencemarkan kreadibiliti pihak Polis. Penduduk setempat juga mendakwa bahawa beberapa pegawai Polis Pekan Nanas telahpun ditukar selepas berlakunya pergaduhan tersebut menguatkan lagi dakwaan mereka bahawa ada penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa berlaku di Balai Polis Pekan Nanas.
Dipetik dari : keadilan4gelangpatah.blogspot.com
ALLAHYARHAM RAZAK AHMAD DALAM KENANGAN
Beliau amat jujur dan ikhlas dalam perjuangannya membela nasib rakyat. Antara Pengerusi PKR Johor yang terbaik. Sanggup mengadaikan nyawanya semata-mata membantah lawatan PM Israel ke Singapura dengan membaringkan diri di landasan bagi menghalang keretapi ke Singapura. Sifatnya yang amat perihatin terhadap masalah rakyat. Pernah ditawarkan jawatan dan wang jutaan ringgit oleh Umno namun beliau tetap dengan pendiriannya. Beliau adalah pejuang rakyat yang tulen. Masih adakah anak Johor sepertinya??? Untuk perwiraku seorang Insan Mulia - Hanya Al-Fatihah mampu ku hadiahkan untukmu agar kau damai abadi di sana.
SEMANGAT REFORMASI '98
Pastinya sesiapa yang pernah terlibat didalam Gerakan Reformasi 98 akan merasa hiba dan sayu bila melihat video klip ini. Saya yang ada di sana pada hari penangkapan DSAI pada malam tersebut.
Apakah kita sanggup melihat Anwar Ibrahim dipenjarakan lagi. Jika benar kamu ini pejuang reformasi... Ayuhhhhh.... Wahai anak muda... Bangkit dari lamunan mimpi2 indah. Anwar Ibrahim hampir pasti dipenjara lagi. Ayuhhh... Kita bangkitkan semula Semangat Reformasi...
IBADAH KORBAN 1430 HIJRAH
PKR Cabang Gelang Patah akan mengadakan Ibadah Korban pada 27 dan 28 November 09 di Surau Harmoni, Taman Desa Skudai. Penyertaan masih dibuka dan dialu-alukan dengan bayaran RM400/sebahagian. Sila hubungi Nazri (019-7482937) atau En. Manan (019-7122729) untuk maklumat lanjut. Terima kasih.
05 June 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


0 komen anda tentang artikel ini:
Post a Comment