"SELAMAT DATANG KE BLOG ANGKATAN MUDA KEADILAN CABANG GELANG PATAH JOHOR DARUL TAKZIM"

ALLAHYARHAM RAZAK AHMAD DALAM KENANGAN

ALLAHYARHAM RAZAK AHMAD DALAM KENANGAN
Beliau amat jujur dan ikhlas dalam perjuangannya membela nasib rakyat. Antara Pengerusi PKR Johor yang terbaik. Sanggup mengadaikan nyawanya semata-mata membantah lawatan PM Israel ke Singapura dengan membaringkan diri di landasan bagi menghalang keretapi ke Singapura. Sifatnya yang amat perihatin terhadap masalah rakyat. Pernah ditawarkan jawatan dan wang jutaan ringgit oleh Umno namun beliau tetap dengan pendiriannya. Beliau adalah pejuang rakyat yang tulen. Masih adakah anak Johor sepertinya??? Untuk perwiraku seorang Insan Mulia - Hanya Al-Fatihah mampu ku hadiahkan untukmu agar kau damai abadi di sana.

SEMANGAT REFORMASI '98

Pastinya sesiapa yang pernah terlibat didalam Gerakan Reformasi 98 akan merasa hiba dan sayu bila melihat video klip ini. Saya yang ada di sana pada hari penangkapan DSAI pada malam tersebut. Apakah kita sanggup melihat Anwar Ibrahim dipenjarakan lagi. Jika benar kamu ini pejuang reformasi... Ayuhhhhh.... Wahai anak muda... Bangkit dari lamunan mimpi2 indah. Anwar Ibrahim hampir pasti dipenjara lagi. Ayuhhh... Kita bangkitkan semula Semangat Reformasi...

IBADAH KORBAN 1430 HIJRAH

IBADAH KORBAN 1430 HIJRAH
PKR Cabang Gelang Patah akan mengadakan Ibadah Korban pada 27 dan 28 November 09 di Surau Harmoni, Taman Desa Skudai. Penyertaan masih dibuka dan dialu-alukan dengan bayaran RM400/sebahagian. Sila hubungi Nazri (019-7482937) atau En. Manan (019-7122729) untuk maklumat lanjut. Terima kasih.

05 June 2009

TAHNIAH KEPADA SDR. KHAIRUL FAIZI DAN SDR. SUHAIZAN KAIYAT



Angkatan Muda Keadilan Bahagian Gelang Patah mengucapkan "Tahniah" kepada Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor, Sdr. Khairul Faizi dan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Johor, Sdr. Suhaizan Kaiyat apabila dipilih sebagai Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat bagi Sesi 2009 - 2011 pada Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Pusat kali ke-50 di Taman Melewar semalam.

Salam Tahniah dan Salam Maju Jaya.

0 komen anda tentang artikel ini: