DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

24 June 2009

SEKADAR PANDANGAN DAN TEGURAN

Timbalan Perdana Menteri - Muhyiddin Yassin (Johor)

Naib Presiden Umno - Hishamuddin Hussein (Johor)

Naib Ketua Pemuda Umno M'sia - Razali Hussein (Johor)

Ketua Penerangan Umno - Ahmad Maslan (Johor)


Berdasarkan 4 pemimpin utama Umno adalah lahir dari Johor/Ahli Parlimen Johor. Apakah perancangan besar Majlis Pimpinan Negeri/AMK Negeri untuk menggempur kubu2 mereka...?? Apa pula tindakan dari Ketua2 Cabang...?? Apakah sudah cukup ampuh dan kukuh jentera di ranting, Cabang dan Negeri...?? Sudah cukupkah ilmu di dada untuk berdepan dengan puak 'lakhanat" ini...?? Apakah kita berbangga dengan ceramah 2 3 tempat seminggu, kita beranggapan bahawa kita telah menggempur sehingga lebur kubu2 Umno...?? sudah berapa kalikah kita menganalisis kekuatan dan kelemahan parti/pihak lawan...?? Berapa ramaikah ahli baru berjaya ditambah, 100 atau 1,000 atau 10,000 ahli baru berjaya ditambah setiap bulan..?? Apakah mereka yang berjawatan dalam parti baik diperingkat ranting, cabang mahupun negeri mampu/dapat menjalankan peranannya sepertimana yang dipertanggungjawabkan oleh parti..

Ketua2 Cabang perlu memberikan sepenuh komitmen kepada organisasi. Jangan mudah melatah jika ditegur dan selalulah menegur AJK yang "lemau". Perlu konsisten dan "istiqamah" dalam perjuangan. Ketua2 Cabang perlu menjadi contoh kepada AJK yang lain. Jangan mudah mengalah dengan keadaan yang mana kita terpaksa berdepan dengan AJK/Ketua2 Biro yang kaku dan lesu, tidak menjalankan peranan yang sepatutnya mereka lakukan. Jangan terlalu menyalahkan mereka. Sebagai Ketua, kita harus ada sikap membimbing dan mendidik, moga mereka2 juga akan menjadi pemimpin satu hari nanti.
Sebagai Ketua kita perlu ada iltizam perjuangan yang kuat untuk merubah sesuatu keadaan. Kita sanggup untuk dilantik sebagai Ketua, maka wajar kita tunjukan sikap kepimpinan yang matang agar menjadi contoh dan teladan kepada AJK yang lain.

Pelbagai ragam dan karenah sesetenggah Ketua Cabang dengan bersikap "ego" dan "sombong". Kesombongannya sehinggakan tidak mahu menghadiri atau turut serta dalam Program anjuran Majlis Perhubungan Negeri (MPN) mahupun Mesyuarat Perhubungan Negeri. Kesombongan dan kebodohannya kemudian menarik AJK2nya memulaukan aktiviti anjuran MPN. Inikah sikap dan sifat pemimpin yang baik. Pemimpin semacam ini sewajarnya disingkirkan dalam mana2 organisasi samada ranting, cabang mahupun negeri.

"Kera dihutan disusukan, Anak dirumah mati kelaparan" perumpamaan ini ditujukan kepada Ketua2 Cabang yang lebih sibuk berurusan dengan PKR Pusat sedangkan tanggungjawab terhadap Cabangnya diserahkan kepada Timbalannya. Inikah contoh sikap penuh tanggungjawab seorang Ketua Cabang??? Apakah beliau tidak yakin dengan kebolehan dan kelebihan yang ada padanya untuk menjadikan AJK Cabangnya menjadi contoh kepada Cabang2 lain. Kenapa mahu meminggirkan Cabangnya sendiri. Kalau Cabangnya bermasalah maka menjadi tanggungjawab kepada Ketua2 Cabang untuk menyelesaikan atau kemelut yang timbul. Bercita-cita besar ingin menjadi Menteri, Menteri Besar, Exco atau Yang Berhormat sedangkan tanggungjawab pada Cabangnya "hancur". Banggakah kita sekiranya Cabang yang kita ketuai itu umpama "hidup segan mati tak mahu".

Niat saya bukan ingin mengeji, mengutuk apatahlagi menghina. Yang saya mahukan adalah semua kepimpinan baik di peringkat ranting, cabang dan negeri bersedia sepenuhnya dengan pelbagai kelengkapan untuk menumbangkan kerajaan Umno/Bn. Kita mesti bersedia dengan strateginya, perang psikologinya, jenteranya, kemantapan organisasinya dan apa juga kelebihan untuk dijadikan senjata bagi menghadapi jentera serba lengkap Umno/Bn. Sedarlah... Umno/Bn mempunyai seribu satu macam senjata yang lengkap. Jika kita tidak dapat menandingi mereka sekurang-kurangnya kita mampu menyaingi mereka. Apakah kita cukup bersedia untuk menghadapai pilihanraya umum ke 13 jika Najib membubarkan Parlimen minggu depan??? Jika belum bersedia maka ubahlah sikap dan pemikiran untuk kita mempersiapkan jentera dan tentera kita bagi menghadapi sebarang kemungkinan. Jika kita berjiwa seorang Pemimpin maka buktikanlah bahawa kita adalah Pemimpin yang berani menghadapi sebarang risiko bukan pemimpin yang cuba lari dari medan peperangan.

Nazri Ismail
Setiausaha AMK
Cabang Gelang Patah

No comments: