DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

26 January 2010

GHANI OSMAN & NAIB CANSELOR UTHM PERLU JAWAP PENDEDAHAN INI

AMK Gelang Patah telah menerima sesalinan surat dari seorang pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang dipercayai daripada UMNO Johor kepada Naib Canselor UTHM.

Surat dari Menteri Besar Johor kepada Naib Canselor UTHM berkaitan pemberian peruntukan sebanyak RM20,000.00 kepada kumpulan Pro Aspirasi bagi menghadapi Pilihanraya kampus pada 28 Januari 2010. Peruntukan dipercayai untuk gerakerja bagi menjamin kemenangan Pro Aspirasi pada pilihanraya kampus tersebut.

25 January 2010

UNTUK PENGENDALI BLOG ADUKA TARUNA : JANGAN BIADAP

Angkatan Muda Keadilan Cabang Gelang Patah mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pengendali Blog Aduka Taruna yang menghina Almarhum Sultan Iskandar yang telah mangkat pada 22 Januari 2010 yang lalu.

Walaupun pengendali blog tersebut telah meminta maaf namun kebiadapan dan keceluparannya telah menyebabkan keluarga Almarhum Sultan Iskandar murka di saat kesedihan menyelubungi seluruh keluarga dan kerabatnya. Seluruh rakyat Johor juga merasa kecewa dengan tindakan pengendali blog tersebut.

Buat pengendali blog Aduka Taruna, fikirkanlah jika Ibubapa anda di buat sedemikian rupa dihari kematian mereka.... Apa perasaan anda...

Jangan biadap...

DEMOKRASI UNTUK MAHASISWA : 9 PENUNTUT IPTA DITAHAN POLIS

Sabtu (23 Januari 2010) : Sembilan pelajar universiti awam yang mengambil bahagian dalam perhimpunan mahasiswa di ibu negara pagi tadi ditahan polis. Mereka mula berkumpul di sekitar Dataran Merdeka dan Jalan Tuanku Abdul Rahman sejak pukul 10 pagi lagi.

Himpunan dan perarakan ini diadakan oleh Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), menuntut mengembalikan demokrasi kampus dan kebebasan akademik di kampus yang telah mula dicemari dan dinodai oleh beberapa Pegawai/Kakitangan IPTA yang pro kepada parti politik tertentu. Ini termasuk bantahan penuntut2 IPTA terhadap sistem pengundian elektronik (e-voting) semasa pilihan raya kampus kerana dibimbangi ada campur tangan dari pihak tertentu untuk memenangkan calon pilihan mereka menggunakan sistem ini.

Mereka ditahan di kawasan berhampiran kompleks Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan kemudiannya mereka dibawa ke Balai Polis Daerah Dang Wangi.

Mereka ditahan dibawah Seksyen 28(A) Kanun Prosedur Jenayah pelajar-pelajar berkenaan seharusnya diberikan akses kepada peguam pilihan mereka.

Mereka yang ditahan terdiri daripada Mohammad Za’im Mustapha, Ahmad Shukri Kamarudin, Ahmad Syukri Ab. Razab, Mohd Idris Mohd Yussoff, Mohd. Fikhri Harun, Muhammad Hilman Idham, Syahriul Ismail, Mohd Aizat Mohd Salleh dan Mohd. Rudhuan Muhammad Jamil.

AMK Gelang Patah menyeru supaya Mahasiswa/i bangkit mempertahankan hak mereka sebagai pelajar. Mahasiswa/i perlu lebih vokal menyuarakan pandangan mereka kerana masa depan negara adalah ditangan anda. Mahasiswa/i adalah pewaris kepimpinan negara namun apakah mereka akan mewarisi kepimpinan yang korup...??

Justeru AMK Gelang Patah amat2 mengharapakan suara dan pandangan mahasiswa/i ini perlu didengari oleh semua pemimpin tanpa mengira fahaman politik. Kritikan mereka perlu dikaji kerana masa depan negara terletak di tangan2 mereka. Apa akan terjadi kepada negara sekiranya pandangan, suara dan kritikan mereka yang terpelajar ini disekat......???

NAZREE (GERAK) SERTAI PKR

Bekas Pengerusi Gerakan Rakyat Integriti dan Anti Korupsi (GERAK Malaysia), Mohd Nazree Mohd Yunus secara rasmi menyertai PKR semalam.

Mohd Nazree berkata beliau memilih PKR kerana perjuangan parti itu selari dengan prinsipnya untuk melawan rasuah dan membina integriti sepertimana sebelum ini, ketika beliau menjadi pengerusi Gerak.

Penyertaan Nazree disambut oleh Ketua Angkatan Muda Keadilan Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Bekas pemimpin Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya dan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) sebelum ini menggariskan bahawa parti yang bakal disertainya harus mengamalkan prinsip keadilan, keterbukaan dalam memberi pandangan dan memperlihatkan sifat-sifat futuristik

Kemasukan beliau itu juga adalah disebabkan ketokohan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mewujudkan Malaysia baru dalam landskap politik Malaysia.

Di samping itu, katanya, penyertaan beliau dalam PKR itu bagi mengisi kekosongan generasi muda untuk terus berjuang bersama Anwar untuk membina masyarakat madani dan urustadbir yang lebih baik.

Angkatan Muda Keadilan Cabang Gelang Patah mengharapkan kemasukan Sdr. Nazree ke dalam PKR dapat menambahkan keyakinan dan memberi dimensi baru kepada anak2 muda untuk turut sama menyertai PKR.

23 January 2010

SEMUA PROGRAM CERAMAH DITUNDA

Makluman dari Setiausaha Majlis Pimpinan Negeri meminta semua ceramah/aktiviti luar parti ditunda ke tarikh lain dalam masa tempoh berkabung atas kemangkatan Almarhum Sultan Iskandar semalam. Tempoh berkabung bagi seluruh rakyat Johor adalah 7 hari bermula dari semalam (22 Januari 2010).

Sehubungan dengan itu, Cabang2 yang akan mengadakan apa juga program adalah diminta mrujuk kepada Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Johor ataupun setiausaha Majlis Pimpinan Negeri Johor terlebih dahulu bagi mengelakan sebarang kemungkinan berlaku.

TUNKU IBRAHIM DITABAL MENJADI SULTAN JOHOR KE-5

Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar dimasyhurkan sebagai Sultan Johor yang baru hari ini. Pemasyhuran itu, berdasarkan Undang-Undang Tuboh Kerajaan Johor 1895. Tunku Ibrahim Ismail, 51, mengangkat sumpah sebagai Sultan Yang Dipertuan Jajahan Johor Darul Takzim dan segala takluknya.

Tunku Ibrahim Ismail yang menikahi Raja Zarith Sofiah pada 1982 dikurniakan lima putera dan satu puteri, iaitu Tunku Ismail Idris Abdul Majid Abu Bakar Iskandar, Tunku Amina, Tunku Idris, Tunku Abdul Jalil, Tunku Abdul Rahman dan Tunku Iman.

Diputerakan pada 22 November 1958 di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, putera sulung daripada 10 adik-beradik itu dilantik sebagai pewaris takhta Negeri Johor apabila ditabalkan sebagai Tunku Mahkota Johor pada 3 Julai 1981.

JOHOR BERDUKA ATAS KEMANGKATAN BAGINDA SULTAN ISKANDAR

Sejak jam 10 pagi semalam (22 Januari 2010), saya telah dikhabarkan bahawa Baginda Sultan Johor sedang gering di Hospital Pakar Puteri. Selepas itu pelbagai spekulasi timbul yang mengatakan Baginda telah mangkat. Kira2 jam 8.30malam, saya menerima sms mengatakan bahawa Sultan kesayangan rakyat Johor telah mangkat.

Pada jam 11malam saya bersama Naib Ketua Cabang PKR Gelang Patah telah ke Hospital Pakar Puteri namun tidak dibenarkan memasuki kawasan tersebut dan akhirnya kami menunggu di tepi jalan menuju ke istana. Jam 11.30malam, jenazah Almarhum Sultan Johor telah dibawa keluar dari hospital tersebut untuk dibawa ke Istana. Saya sempat merakamkan detik2 tersebut.

Hari ini (23 Januari 2010) jam 8.30pagi, saya bersama teman2 AMK Cabang Gelang Patah iaitu Sdr. Zainalhelmi (Pengerusi Tetap AMK G. Patah), Sdr. Ramli (Naib Ketua AMK G. Patah), Sdr. Amir (AJK AMK G. Patah) serta Sdr. Abd. Manan (Naib Ketua Cabang G. Patah) telah bertolak ke Istana bagi memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum Sultan Johor. Setiba di Istana, kami lihat rakyat sudah mula berduyun-duyun ke Istana untuk turut memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum Sultan Johor. Suasana hiba dan sedih menyelubungi suasana. Turut kelihatan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Datuk Chua Jui Meng hadir untuk memberi penghormatan. Sesungguhnya rakyat Johor kehilangan Sultan yang sangat berjiwa rakyat bahkan masih terbayang seloroh Baginda di majlis2 yang dihadirinya. Sememangnya Almarhum Baginda Sultan amat mesra dengan rakyat jelata. Berikut adalah gambar2 yang sempat kami rakamkan untuk tatapan anda...

Sebelum itu marilah kita bersama menghadiahkan bacaan Al-Fatihah kepada Almarhum Baginda Sultan Johor, Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ibrahim Al-Masyhur.










22 January 2010

NOTIS MESYUARAT PKR CABANG GELANG PATAH BIL. 1/2010

Mesyuarat bulanan Parti Keadilan Rakyat Cabang Gelang Patah akan diadakan berdasarkan butiran berikut :-

Tarikh : 26 Januari 2010 (Selasa)
Masa : 08.30 malam
Tempat : Pejabat PKR Taman Teratai

Semua Ahli Jawatankuasa yang dipilih/dilantik untuk sesi 2007/2010 adalah diwajibkan hadir.

Sekian, terima kasih.

DI SEBALIK MISTERI PEMBUNUHAN ALTANTUYA OLEH CHE'GU BARD


Buku yang menyingkap misteri di sebalik pembunuhan seorang model wanita dari Monggolia iaitu Altantuya Sharibu yang telah menggegar iklim politik Malaysia.

Yang jelas buku nukilan Che'gu Bard ini akan membuatkan anda menilai sendiri watak2 yang terlibat dalam "misteri" pembunuhan kejam ini... Yang pastinya buku ini bukanlah tulisan "hentam keromo" Che'gu Bard, tapi inilah buku yang akan membuatkan "pemimpin yang terlibat" akan jadi cacing kerawit yang kepanasan...

Buku ini dijual dengan harga RM15/senaskah. 100 keluaran pertama yang ditempah melalui internet akan mendapat harga istimewa iaitu RM10/senaskah (tidak termasuk kos kiriman pos).

21 January 2010

PENGUGURAN KES AKTIVIS SUARAM

Kes Aktivis Suaram Johor Bahru, Sdri. Cheng Lee Whee yang didakwa dibawah Kanun Keseksaan Seksyen 182 akibat tindakan membuat laporan polis untuk mempertahankan hak-hak penduduk Kampung Baru Plentong Tengah (KBPT), telah digugurkan sepertimana surat dari Jabatan Peguam Negara yang ditandatangani oleh Mohamad Hanafiah b. Zakaria, Timb. Ketua Bahagian Pendakwaan (rujukan : PN.PRM 152/4/5/7) bertarikh 11 Januari 2010.

Dalam kandungan laporan Polis yang dibuat oleh Sdri. Cheng Lee Whee beliau dengan tegas menyatakan bahawa tindakan pihak polis yang menggunakan gerombolan pasukan yang terlampau besar untuk membantu pihak pemaju menjalankan perobohan rumah dan pengusiran paksa adalah satu tindakan yang salah. Mengikut prosedur undang-undang, sebelum perbicaraan dan keputusan tentang kes rayuan penangguhan perobohan rumah dibuat oleh Mahkamah Tinggi Johor Bahru, pemaju tidak dibenarkan untuk melaksanakan perintah mahkamah untuk merobohkan rumah.

Tindakan Sdri. Cheng yang membuat aduan di Balai Polis merupakan satu tindakan yang mempraktiskan hak demokrasi serta melaksanakan kewajiban sebagai seorang rakyat Malaysia. Tindakan beliau tidak berniat buruk dan tidak bermotifkan kemudaratan mana-mana pihak. Yang amat membanggakan ialah tindakan Sdri. Cheng membela penduduk Kampung Baru Pelentong Tengah yang 100% Melayu serta merupakan antara cawangan Umno yang terkuat dalam dunia. Namun demi perikemanusiaan dan mahukan kebenaran, beliau mengetepikan sentimen itu dan apa yang beliau mahu hanyalah sebuah keadilan.

Sewajarnya Angkatan Muda Keadilan menjadikan isu ini sebagai pembakar semangat dan memberi kesedaran untuk terus memperjuangkan nasib rakyat yang kian terhimpit dek kerakusan pemimpin. Jika Sdri. Cheng, seorang wanita yang berketurunan cina sanggup berjuang untuk kaum melayu serta merelakan dirinya untuk ditangkap serta didakwa, apakah kita tidak terpanggil untuk berjuang untuk rakyat....???

18 January 2010

IBRAHIM ALI : MANA KAU BERSEMBUNYI...


Selalunya beliaulah antara individu yang tampil dengan suara yang lantang apabila isu2 Melayu, Raja2 dan Agama Islam menjadi isu hangat dalam negara. Beliau akan mengeluarkan beberapa kenyataan yang mencabar pihak2 tertentu (selalunya Pakatan Rakyat) agar tidak mempermain-mainkan isu ini sedangkan sebenarnya beliau dipergunakan oleh Umno untuk dilihat sebagai "hero" bagi menyelesaikan isu2 ini. Akan tetapi bila isu penggunaan nama "ALLAH" ini hangat diperkatakan dan menjadi isu besar negara, nama Ibrahim Ali terus menyepi....

Kenapa... Ibrahim Ali Membisu
Mengapa... Ibrahim Ali Menyepikan diri
Dimana... Ibrahim Ali mengasingkan diri

Sedang betapakah beliau... Sedang sakitkah beliau... Sedang bercuti diluar negarakah beliau... atau... ????

Jangan diulang peristiwa lalu...


15 January 2010

JANGAN LEBIH SUDAH.....

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada dua hari lepas diberitakan menerima satu lagi permohonan yang telah difailkan untuk menuntut gereja2 di Malaysia dibenarkan membawa masuk bahan bacaan dan penerbitan dari luar yang jelas menggunakan nama 'ALLAH' sebagai nama Tuhan yang punya anak.

Thenutgraph.com, sebuah media siber tempatan membuat kenyataan bahawa penggunaan nama ALLAH bagi Kristian sepatutnya dibenarkan diseluruh Malaysia dan tidak hanya terhad ke Sabah/Sarawak sahaja dengan alasan ada Kristian Sabah/ Sarawak yang tinggal dan bekerja di Semenanjung yang tidak faham bahasa selain Melayu.

Apakah benar berita ini...???

Jika benar, AMK Cabang Gelang Patah menyeru cendikiawan islam yang ada di negara ini mencari penyelesaian yang sempurna bagi menjaga kemakmuran di negara ini. Para cendikiawan harus bangun dari kerusi empuk dan meninggalkan bilik berhawa dingin untuk keluar mencari jalan penyelesaian kepada isu ini. Inilah masanya para cendikiawan islam mengambil pendekatan yang bijaksana dan paling halus dalam menyelesaikan isu ini. Percayalah bahawa isu ini tidak akan selesai dengan cara berdemonstrasi. Biarlah mereka yang benar2 pakar/ahli dalam bidang tersebut menyelesaikannya.

AMK Cabang Gelang Patah menuntut tindakan segera dari pihak2 yang bertanggungjawab untuk menyelesaikan isu ini akan ia tidak berlarutan dan dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab...

Kami khuatir ada pihak yang tidak bertanggungjawab itu akan mengambil kesempatan memporak perandakan keamanan di negara ini.

CERAMAH UMUM 16/1/2010 - DITUNDA

Dukacita dimaklumkan bahawa Siri Ceramah Umum yang dijadualkan pada 16 Januari 2010 di Pejabat PKR Negeri Johor, Taman Teratai, Skudai, Johor terpaksa ditunda ke satu tarikh yang belum ditetapkan berikutan beberapa masalah yang tidak dapat dielakan.

Walaubagaimanapun Forum Anjuran Solidariti Anak Muda Johor (SAM-J) dan Anwar Ibrahim Club (AIC) akan diteruskan mengikut jadual yang telah ditetapkan (Sila rujuk pada ruangan Aktiviti AMK Gelang Patah).

Pihak PKR Gelang Patah memohon maaf atas perkara tersebut.

SERANGAN KE ATAS GEREJA : KOTA TINGGI SASARAN KE 10

Serangan ke atas gereja oleh pihak yang cuba menimbulkan keadaan tegang antara orang islam dan penganut kristian telah menular hingga ke Johor. Awal pagi semalam sebuah gereja di Kota Tinggi telah disimbah cat merah.

Diharap semua pihak berfikiran waras dan jangan bertindak keterlaluan sehinggakan menimbulkan kekacauan.

Ini adalah tindakan dari orang yang cuba mengambil kesempatan untuk menimbulkan suasana huru-hara dalam negara. Perbuatan khianat ini juga dilihat sebagai tindakan bodoh serta mencemar imej agama islam itu sendiri.

Tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab ini "umpama tikus membaiki labu..."

14 January 2010

B***H LA HISHAMUDDIN....

Nah kau..!!!! Umno semakin kelam kabut dengan permainan politik bangsatnya. Beliau memberi amaran kepada Anwar Ibrahim agar tidak mempolitikan isu serangan ke atas gereja2 yang berlaku selepas keputusan mahkamah membenarkan penggunaan nama "Allah" dalam majalah "Herald". Bagaimanapun keputusan tersebut telah ditangguhkan.

Cuma ingin bertanya kepada Menteri Dalam Negeri yang cukup tegas ini "Bagaimana pula jika puak2 Gerombolan (pinjam ayat Hishamuddin Rais) ini mempolitikkan isu ini...??? Apakah pihak Menteri Gerombolan akan berdiam diri atau menutup mata jika puak2 gerombolan yang mempolitikkan isu ini...???

13 January 2010

BIL ELEKTRIK MUNGKIN NAIK JUGA...


2009 Mereka mampu bertahan, namun 2010 bakal menjadikan barangan keperluan akan naik harga termasuk kadar tarif elektrik yang bakal dinaikan.

1Malaysia... Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan. Mahu melihat logo paling layak untuk 1Malaysia... Sila klik di (sini)

EZAM "KUDA BANGSAT" UMNO

Ezam menyalak lagi. Kali ini beliau mengaitkan bahawa kejadian atau ketidaktentuan situasi setelah mahkamah tinggi pada awalnya membenarkan kalimah "Allah" di gunakan di gereja2 katolik sebagai permainan politik Anwar Ibrahim.
Kenyataan "budak tadika kemas" oleh Ezam jelas menunjukan bekas Ketua AMK Malaysia ini ketandusan idea. Tampil dalam akhbar yang telah hilang kredibilitinya iaitu Utusan Malaysia, yang hanya mahukan publisiti murahan.
Kesalahan wajar diletakan kepada parti pemerintah berikutan tidak meneliti kelemahan undang2 sehinggakan ada ruang yang boleh mencabar kedaulatan Islam.
Penulis kurang arif dalam bab undang2 namun jika benar negara ini sebuah negara Islam, mengapakah tuntutan dari Majalah Herald itu tidak dibicarakan di Mahkamah Syariah yang selama ini dikatakan menjaga kepentingan orang2 islam. Apakah Mahkamah Syariah di Malaysia ini digunakan untuk membicarakan kes khalwat, cerai, pembahagian harta, kesalahan sosial yang dilakukan oleh orang2 islam sahaja. Jika benar negara ini sebuah negara islam maka Mahkamah Syariah wajar diletakkan sebagai Mahkamah Tertinggi di negara ini.
Penulis berani mengatakan bahawa isu penggunaan nama "ALLAH" ini adalah permainan politik bangsat Umno yang sudah hampir rebah nazak, hanya menunggu "sakaratulmaut" datang menjemput. Bahkan rata2 orang Umno sendiri mengatakan bahawa isu ini adalah permainan Umno dan mereka sendiri merasa muak dengan politik murahan. Umno akan menggunakan tiga talian hayat yang bisa menyambung hayatnya iaitu (1) Membangkitkan Isu Perkauman. (2) Membangkitkan Isu Raja2 Melayu (3) Membangkitkan Isu Agama. Setelah itu mereka akan menunjukkan bahawa merekalah pembela kepada ketiga-tiga isu tersebut sedangkan Umnolah sebenarnya Pengkhianat kepada Bangsa, Raja2 dan Agama.
Pembaca renungkanlah... Jika benar perkara ini bukan mainan politik bangsat Umno, percayalah ALLAH s.w.t. akan menerbitkan kebangkitan disetiap jiwa orang Islam seperti yang berlaku di Ambon, Indonesia. Penentangan atau bantahan datang dari seluruh umat islam di negara ini tanpa mengira fahaman politik bukan bantahan "main2" yang cuba dijuarai oleh sesetenggah pihak. Fikirkanlah...

08 January 2010

GEREJA DIBAKAR : ADA PUAK AMBIL KESEMPATAN TIMBULKAN KEKECOHAN

Sebuah gereja di pinggir ibu negara dibakar tengah malam tadi ketika pihak berkuasa memberi amaran agar tiada mana-mana pihak mengambil kesempatan termasuk mengadakan perhimpunan haram di sebalik polemik keputusan mahkamah membenarkan akhbar mingguan Katolik, Herald menggunakan perkataan "Allah".

Gereja Metro Tabernacle A/G, yang terletak di Jalan 4/4C Desa Melawati dekat Setapak di sini dibakar, dipercayai oleh beberapa lelaki, kira-kira 12 tengah malam tadi.

Ia tiada hubungan dengan Gereja Roman Katolik yang mencabar keputusan Kementerian Dalam Negeri melarang Herald menggunakan perkataan "Allah" pada tahun 2007.

Pihak polis belum mengenal pasti mereka yang melakukan perbuatan itu dan tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab atas kejadian tersebut.

Beberapa saksi mendakwa mereka ada melihat tiga atau empat orang yang menaiki dua motosikal berhenti di hadapan gereja berkenaan.

"Kemudian mereka memecahkan cermin tingkat bawah bangunan gereja sebelum membaling cecair yang dikatakan mengakibatkan kebakaran di gereja itu," kata kenyataan yang dikeluarkan oleh pengurusan gereja.

Gereja itu terletak di bangunan kedai tiga tingkat dengan ruang pejabat di bahagian bawah.

Pengurusan gereja sudah membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

Sebelum kejadian itu, laman web mahkamah iaitu http://www.mahkamah.gov.my pula telah digodam oleh pihak bertanggungjawab.

Semalam Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan memberi amaran kepada mana-mana pihak yang berhasrat untuk berhimpun bagi membantah isu penggunaan kalimah Allah hari ini agar membatalkannya sebelum tindakan tegas diambil.

Beliau yang memantau secara serius perkara itu berkata polis tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mengeruh dan menjejaskan keselamatan negara.

"Jangan buat sesuatu tindakan yang boleh mengusutkan keadaan, kita perlu bertenang kerana ia melibatkan isu agama yang menjadi isu sensitif," kata beliau.

Beberapa Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang dijangka berhimpun bagi membantah penggunaan kalimah "Allah" oleh Herald di beberapa masjid di ibu negara selepas solat Jumaat.

Beliau berkata polis tidak mengeluarkan permit kepada mana-mana permohonan untuk berhimpun meskipun ia adalah perhimpunan secara aman.

Laporan sebelum ini menyebut selain Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) merancang mengadakan bantahan di seluruh negara hari ini.

Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) juga akan menganjurkan bantahan yang sama.

Bantahan yang dinamakan “Satu hati mempertahankan kesucian Islam” diadakan selepas solat di Masjid Negara.

Dua NGO Islam berpengaruh Angkatan Belia Islam Malaysia dan Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia akan berhimpun di masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur pada waktu yang sama.

Musa berkata semua pihak perlu bertenang dan memberi ruang kepada mahkamah untuk menyelesaikan isu itu dan jangan membuat kenyataan yang boleh menaikkan semangat serta kemarahan orang ramai.

Kelmarin, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Lau Bee Lan menangguhkan pelaksanaan perintah yang membenarkan penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan itu setelah Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail yang mewakili Menteri Dalam Negeri dan peguam mewakili Herald mencapai kata sepakat supaya perintah itu ditangguh sementara menunggu rayuan.

Pagi semalam Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata semua pihak perlu menyerahkan kepada Mahkamah Tinggi bagi menyelesaikan isu semasa.

"Kita perlu mengambil sikap bahawa perkara ini perlu diselesaikan melalui mahkamah secara baik..kita sepatutnya tidak menaikkan tahap ketegangan di negaraini.

"Tapi walau apapun, pihak berkuasa sentiasa bersedia dan saya berharap jika ada orang yang mahu menunjuk perasaan, ia tidak akan merebak sehingga menjadi sesuatu yang amat serius... moga-moga ia hanya tunjuk perasaan yang minimum," katanya.

Najib juga berkata kerajaan tidak akan menghalang para penunjuk perasaan jika mereka mahu berhimpun di sekitar kawasan masjid selagi ia di dalam lingkungan batas kawasan itu.


07 January 2010

JAMIL KHIR BAHAROM PERLEKEH MAHKAMAH SYARIAH

Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menyerahkan afidavit di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur bagi mendakwa bekas seorang pembantunya atas kesalahan melakukan qazaf atau tuduhan palsu berhubung kes liwat yang dihadapinya.

Permohonan itu bagi mendapatkan perintah mahkamah supaya mendakwa Mohd Saiful Bukhari Azlan bawah Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997 kerana membuat tuduhan palsu. Ia adalah susulan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom di Parlimen pada Oktober tahun lalu.

Qazaf itu kesalahan jenayah syarie yang tidak mempunyai persamaan dengan mana-mana kesalahan atau undang-undang bawah kanun jenayah yang digunakan di mahkamah sivil. Dato' Seri Anwar terkejut dengan kenyataan Jamil Khir yang menyebut kes qazaf itu hendaklah menunggu selesai perbicaraan kes liwat yang dihadapinya (Anwar) di mahkamah sivil.

Anwar menganggap bahawa kenyataan Menteri tersebut amat dangkal dan boleh di anggap sebagai campur tangan politik dalam perjalanan mahkamah syariah. Yang lebih berat lagi, kenyataan Menteri tersebut jelas menghina kedudukan dan kewibawaan mahkamah syariah yang seolah-olah mahkamah syariah harus tunduk dengan keputusan mahkamah sivil.

Anwar juga menjelaskan, kes qazaf yang difail olehnya berbeza daripada kes liwat terhadapnya di mahkamah sivil. Jamil Khir turut dinamakan sebagai responden dalam afidavit berkenaan, selain Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan dan pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Anwar juga berkata beberapa dokumen seperti laporan polis, sumpah laknat yang dibuat oleh Mohd Saiful dan laporan perubatan terhadap pemuda itu dikemukakan kepada Jawi.

Tokoh pembangkang itu turut menyenaraikan beberapa individu sebagai saksi yang berada bersamanya ketika kejadian liwat itu didakwa berlaku pada dua tahun lalu.

Permohonannya akan didengar pada 13 Januari di depan hakim syarie Mohd Shukor Shabudin, jelas peguamnya Kamar Ainiah Kamaruzaman yang hadir di sidang media tersebut.

PRESTASI YB DI NEGERI PAKATAN RAKYAT ADALAH RUJUKAN RAKYAT JOHOR UNTUK MEMILIH CALON PAKATAN RAKYAT PADA PRU - 13

Antara syarat pertama Pakatan Rakyat menang di Johor pada PRU 13 ialah kebolehan kerajaan Kelantan, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor menunjukkan prestasi yang terbaik dalam urus tadbir, bersikap pro-rakyat, bebas dari rasuah, nepotism dan kronism dalam pentadbirannya.

ADUN dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat wajib rajin dan peka dengan masalah semasa rakyat. Suasana dan hubungan antara komponen parti dalam Pakatan Rakyat hendaklah aman dari sebarang pertikaian antara satu sama lain. Rakyat mahu gabungan yang harmoni bagi menyakinkan mereka bahawa Pakatan Rakyat bukan sahaja mampu mentadbir negeri dengan baik bahkan Pakatan Rakyat mampu mengambil alih tampuk pemerintahan negara dari Barisan Nasional.

Walaupun hakikatnya rakyat telah diperbodohkan oleh BN selama lebih 50 tahun, namun belum tentu rakyat memberi peluang kepada pimpinan Pakatan Rakyat tempoh yang panjang untuk membuktikan manifesto atau janji yang dihamburkan semasa kempen pilihanraya yang lalu wajar ditunaikan. Jika janji2 tidak dapat ditunaikan sebelum PRU-13 menjelma, maka situasi sekarang pasti akan berubah, apatah lagi manipulasi dari media pencacai BN yang sentiasa memutarbelitkan fakta2 bagi mengubah pemikiran rakyat.

Pihak berkuasa Tempatan merupakan imej hadapan kerajaan negeri. Maka cara tadbir PBT di bawah pentadbiran kerajaan negeri hendaklah cemerlang dengan tidak menyusahkan rakyat. Urusan kebersihan, keindahan, kemudahan awam, parking hendaklah diurus dengan cekap dan bijak.

Manakala mereka yang kini bergelar Yang Berhormat wajar menunjukkan sikap pekerti, kepimpinan serta keperihatinan mereka terhadap apa juga permasalahan rakyat. Banyak aduan atau cakap2 kedai kopi mengenai prestasi buruk beberapa Yang Berhormat dari Pakatan Rakyat yang mula lupa diri. Sehinggakan ada sumbangan2 dari Yang Berhormat dipulangkan semula oleh rakyat akibat ketidakpuashatian mereka terhadap kepimpinan Yang Berhormat tersebut. Ada pula Yang Berhormat dari Pakatan Rakyat sibuk menguruskan keluarga sehingga tanggungjawab sebagai Yang Berhormat dan mula terabai. Mereka yang dahulunya merupakan penyokong kuat kini menjauhkan diri.

Siapakah harus dipersalahkan jika rakyat menolak kepimpinan Pakatan Rakyat hanya kerana segelintir Yang Berhormat dari Pakatan Rakyat mula lupa akan tanggungjawab mereka, lupa diri, angkuh dan sombong..???

Benarlah kata pepatah melayu "akibat nila setitik maka rosak susu sebelangga.....

PEGAWAI BAWAHAN BOLEH MEMPERDAYA SISTEM KESELAMATAN NEGARA

Apakah tanggapan pembaca bila membaca tajuk artikel diatas..??? Manakala gambar diatas adalah 2 orang yang dituduh terlibat dalam kes kehilangan 2 enjin jet F5 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). N Tharmendran, 42 tahun, seorang yang berpangkat Sarjan daripada Pangkalan Udara TUDM Subang, manakala seorang lagi yang merupakan Pengarah sebuah syarikat pembekalan, K Rajandran Prasad yang berusia 38 tahun.

Tharmendran didakwa bersubahat dengan Laskar Udara Mohamad Shukri Mohamad Yusop, untuk melakukan kecurian dua enjin pesawat F5 jenis J85-21 itu di Bangunan Material Processing Shed MATRA 1, Pangkalan Udara TUDM Sungai Besi.

Inikah yang kita harapkan setelah ribuan jutaan ringgit dilabur dan dileburkan bagi meningkatkan lagi kecanggihan sistem ketenteraan negara. Namun kehebatan dua insan diatas ini dapat membocori kecanggihan sistem keselamatan dan ketenteraan negara membuat rakyat terfikir, betapa "haprak"nya sistem keselamatan negara sehinggakan seseorang yang hanya berpangkat Sarjan mampu memperdayakan mereka2 yang begitu pakar dan arif dalam bidang mereka. Kalau seorang staf bawahan boleh mencuri barang keselamatan yang besar, mahal dan memerlukan pelbagai prosedur untuk mengeluarkan barangan tersebut, maka sebenarnya tahap kecanggihan tentera kita terlalu lemah jika dibandingkan dengan negara jiran kita yang mungkin isu ini menjadi bahan ketawa atau gurauan mereka.

Dahulu Al-Maunah berjaya mencuri senjata, kemudian Sirul dan Azilah berjaya melarikan bom C4 untuk membunuh model Monggolia dan kini enjin pesawat F5 jenis J85-21 yang bernilai puluhan juta ringgit berjaya dicuri. Apakah pula selepas ini....????

PERJUMPAAN KHAS AMK CABANG GELANG PATAH

Makluman

Satu perjumpaan khas AMK Cabang Gelang Patah akan diadakan bagi membincangkan beberapa program yang telah disusun sepanjang Januari 2010. Maklumat perjumpaan adalah seperti berikut :-

Tarikh : 08/01/2010 (Jumaat)
Masa : 0900 malam
Tempat : Pejabat PKR Negeri Johor, Taman Teratai, Skudai, Johor.

Ahli Jawatankuasa AMK Cabang Gelang Patah adalah diwajibkan hadir.

Terima kasih.

Setiausaha AMK
Cabang Gelang Patah

06 January 2010

PERASMIAN & PELANCARAN "SOLIDARITI ANAK MUDA - JOHOR"

Angkatan Muda Keadilan Cabang Gelang Patah dengan kerjasama beberapa NGO akan mengadakan siri Ceramah Umum bagi bulan Januari 2010. Dalam pada masa yang sama, Solidariti Anak Muda - Johor (SAM-J) akan dirasmikan dan dilancarkan. Berikut adalah butiran rasmi program tersebut :-

Tarikh : 16 Januari 2010 (Sabtu)
Masa : 0900 malam
Tempat : Tingkat 3, Pejabat PKR Negeri Johor, Taman Teratai, Skudai, Johor.
Penceramah Undangan : 1) Sdr. Hassan Karim (Bekas Presiden PRM). (2) Tn. Hj. Dzulkifli Ahmad (YDP Pas Kaw. Gelang Patah). (3) YB. Dr. Boo Cheng Hau (ADUN Skudai). (4) Sdr. Badrul Hisham Shahrin @ Che'gu Bard (MPP PKR Pusat)

Kami amat2 mengalu-alukan kehadiran tuan/puan ke program tersebut.

Terima kasih

Biro Penerangan, IT & Media
AMK Gelang Patah

KEHILANGAN ENJIN JET F5E - KEYAKINAN RAKYAT PERLU DIPULIHKAN

Penjelasan Peguam Negara bahawa siasatan Polis mendapati tiada pegawai tinggi terlibat dalam skandal kehilangan dua enjin pesawat pemintas F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) adalah meragukan. Logikkah kehilangan aset TUDM dengan nilai 100 juta ringgit itu hanya dilakukan pegawai rendah dan anggota biasa...? Yang hilang bukan alatganti enjin pesawat tersebut akan tetapi sebuah enjing kapal terbang yang tidak mungkin dapat disorok didalam poket.

Ianya juga menunjukkan bahawa sistem keselamatan negara berada ditahap yang cukup lemah. Dahulu Al-Maunah kononnya berjaya melarikan sejumlah senjata ke Bukit Jenalik sebelum mereka berjaya dipujuk apabila lagu P Ramlee yang di kumandangkan telah meruntum hati Anggota Al-Maunah ini untuk menyerah diri. Kemudian kes pembunuhan Al-Tantuya gadis Monggolia yang didakwa dibunuh dengan kejam kemudian diletupkan dengan menggunakan bom C4 yang dipercayai diseludup keluar oleh 2 pegawai polis yang sedang menanti hukuman bunuh. Kita juga pernah dikejutkan dengan kehilangan dadah yang bernilai jutaan ringgit dari simpanan polis.

Apakah ada pihak tertentu cuba memadamkan dan menghilangkan bukti dan fakta kes memandangkan tempoh siasatan sangat lama sehingga menjangkau 16 bulan. Kemungkinan ini mungkin berlaku kerana beberapa kes berprofil tinggi seperti kes kematian Altantuya yang mana dokumen perjalanan masuk ke Malaysia yang sepatutnya berada dalam simpanan Imegresen telah hilang.

Kenyataan awal Kementerian Pertahanan dan Panglima Tentera yang tidak konsisten berhubung kehilangan enjin jet itu juga menimbulkan seribu satu pertanyaan. Kenyataan awal bahawa ada pegawai pangkat Breged Jeneral dan berbagai pangkat telah di ambil tindakan di berhentikan kerana terlibat dalam kes ini tetapi kemudian di nafikan dengan kenyataan mengatakan mereka di berhentikan kerana kes yang lain seolah-olah ada yang tidak kena.

AMK Gelang Patah berpendapat bahawa Suruhanjaya Diraja perlu dibentuk bagi menyiasat kes kehilangan enjin pesawat pemintas F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Kenyataan Peguam Negara tidak dapat mengubati kecurigaan rakyat terhadap kelemahan keselamatan negara.

Apakah persepsi anda apabila mlihat gambar dibawah ini....



02 January 2010

APA DAH JADI DENGAN PEMUDA UMNO


Inilah gambar yang terdapat dalam web mykmujohor.com yang jelas menceritakan segalanya. Apakah Pemuda Umno Johor tidak merestui perlantikan Tn. Hj. Khairi Jamaluddin (Hj. KJ) sebagai Ketua Pemuda Umno Malaysia. Bahkan Ketua Pemuda Umno Bahagian Gelang Patah turut disebut sebagai proksi Hj. KJ dan dipulaukan oleh pimpinan pemuda Umno yang bukan proksi kepada Hj. KJ.

Hj. KJ dan Zahid Hamidi telah digelar sebagai Petualang dan cuba merosakan imej Umno dan Najib sekarang. Menurut penulis di web mykmujohor, Hj. KJ dan Zahid Hamidi adalah dalang utama kepada pendedahan kehilangan 2 enjit jet tersebut.

Dan isu paling hangat ialah kenyataan Zahid Hamidi di Janda Baik ialah jika beliau dilantik sebagai PM pada jam 1250, Hj. KJ akan beliau lantik sebagai TPM pada 1251. Kenyataan tersebut mencerminkan keakraban mereka dan sekaligus menyindir pentadbiran Najib apabila Hj. KJ langsung tidak tersenarai dalam Kabinet Pentadbiran Najib sedangkan Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Pelajaran.

Zaid Hamidi juga dituduh cuba memecah belahkan atau memporak perandakan BN Pulau Pinang apabila beliau mencadangkan agar Umno Pulau Pinang diberikan hak sebagai Pengerusi BN Pulau Pinang yang sekarang ini dikuasai oleh Gerakan. Kenyataan beliau itutelah memberi impak yang besar kepada BN dan Najib terutama dari perspektif sokongan masyarakat Cina adalah amat buruk sekali.

Pada kami, inilah sikap sebenar pimpinan Umno/BN yang senentiasa tamakan kuasa dan pangkat agar dapat membolot kekayaan melalui jawatan yang dipegang oleh mereka. Mereka tidak insaf dengan peristiwa yang berlaku 8 Mac 2008 dimana rakyat menolak sikap "kebobrokan" pemimpian Umno.

01 January 2010

MANTAN MENTERI PENERANGAN MENINGGAL DUNIA

Mantan Menteri Penerangan Tan Sri Mohamed Rahmat meninggal dunia di kediamannya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur pagi ini.

Allahyarham yang berusia 71tahun dilaporkan meninggal dunia dalam tidur. Allahyarham menghidap penyakit buah pinggang sejak 10 tahun lepas dan perlu menjalani rawatan dialisis setiap hari.

Beliau adalah bekas Setiausaha Agung Umno dari tahun 1988 hingga 1996 telah menerbitkan sebuah buku Umno: Akhir Sebuah Impian yang mengisahkan pergolakan politik parti itu dalam mengekalkan kuasa.

Beliau mula menjadi Ahli Parlimen pada tahun 1969 dan kawasan Parlimen terakhir yang dimenanginya sebelum bersara adalah parlimen Pulai dan kini diwarisi oleh anaknya Datuk Nur Jazlan sejak tahun 2004.

Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara di sini selepas Asar.

Al-Fatihah untuk Allahyarham Mohamed Rahmat dan Salam takziah buat keluarganya.

LAGAK "SENTENG" EXCO PEMUDA UMNO

Seorang Exco Pemuda Umno Malaysia berasal dari Johor yang bergelar Ustaz telah bertindak menyaman sebilangan penduduk kampung hanya kerana tindakan penduduk kampung menghantar memorandum yang menyatakan ketidakpuashatian mereka terhadap perjalanan pengurusan & pentadbiran masjid di kampung tersebut disamping beberapa Ahli Jawatankuasa Masjid yang tidak mampu menjalankan amanah yang telah dipertanggungjawapkan.

Ustaz muda tersebut yang merupakan Pengerusi masjid di kampung berkenaan mendakwa bahawa penduduk kampung tersebut telah memalukan dan menjatuhkan maruahnya apabila penduduk kampung menghantar memorandum yang menyatakan ketidakpuashatian mereka terhadap pengurusan masjid berkenaan. Ustaz muda tersebut memberi tempoh seminggu bermula dari tarikh surat peguam yang dihantar kepada 126 penduduk kampung tersebut untuk penduduk kampung tadi memohon maaf.

Namun baru-baru ini kami dimaklumkan oleh penduduk kampung tersebut bahawa Ustaz muda ini telah memohon maaf atas tindakan beliau dan menarik balik surat peguam yang dihantar kepada 126 penduduk kampung tersebut. Kami juga dimaklumkan bahawa Tuan Mufti Johor sendiri akan bertemu dan bermesyuarat dengan penduduk/kariah masjid tersebut kerana terdapat dakwaan bahawa perlantikan AJK Masjid tersebut adalah tidak sah.

Penduduk kampung terbabit merasa amat2 kesal dengan tindakan biadap Uztaz muda tersebut yang egois dan sombong. Sepatutnya memorandum itu diteliti dan difahami apa maksud serta tujuannya dan bukan bertindak untuk saman penduduk kampung.