Antara syarat pertama Pakatan Rakyat menang di Johor pada PRU 13 ialah kebolehan kerajaan Kelantan, Pulau Pinang, Kedah dan Selangor menunjukkan prestasi yang terbaik dalam urus tadbir, bersikap pro-rakyat, bebas dari rasuah, nepotism dan kronism dalam pentadbirannya.
ADUN dan Ahli Parlimen Pakatan Rakyat wajib rajin dan peka dengan masalah semasa rakyat. Suasana dan hubungan antara komponen parti dalam Pakatan Rakyat hendaklah aman dari sebarang pertikaian antara satu sama lain. Rakyat mahu gabungan yang harmoni bagi menyakinkan mereka bahawa Pakatan Rakyat bukan sahaja mampu mentadbir negeri dengan baik bahkan Pakatan Rakyat mampu mengambil alih tampuk pemerintahan negara dari Barisan Nasional.
Walaupun hakikatnya rakyat telah diperbodohkan oleh BN selama lebih 50 tahun, namun belum tentu rakyat memberi peluang kepada pimpinan Pakatan Rakyat tempoh yang panjang untuk membuktikan manifesto atau janji yang dihamburkan semasa kempen pilihanraya yang lalu wajar ditunaikan. Jika janji2 tidak dapat ditunaikan sebelum PRU-13 menjelma, maka situasi sekarang pasti akan berubah, apatah lagi manipulasi dari media pencacai BN yang sentiasa memutarbelitkan fakta2 bagi mengubah pemikiran rakyat.
Pihak berkuasa Tempatan merupakan imej hadapan kerajaan negeri. Maka cara tadbir PBT di bawah pentadbiran kerajaan negeri hendaklah cemerlang dengan tidak menyusahkan rakyat. Urusan kebersihan, keindahan, kemudahan awam, parking hendaklah diurus dengan cekap dan bijak.
Manakala mereka yang kini bergelar Yang Berhormat wajar menunjukkan sikap pekerti, kepimpinan serta keperihatinan mereka terhadap apa juga permasalahan rakyat. Banyak aduan atau cakap2 kedai kopi mengenai prestasi buruk beberapa Yang Berhormat dari Pakatan Rakyat yang mula lupa diri. Sehinggakan ada sumbangan2 dari Yang Berhormat dipulangkan semula oleh rakyat akibat ketidakpuashatian mereka terhadap kepimpinan Yang Berhormat tersebut. Ada pula Yang Berhormat dari Pakatan Rakyat sibuk menguruskan keluarga sehingga tanggungjawab sebagai Yang Berhormat dan mula terabai. Mereka yang dahulunya merupakan penyokong kuat kini menjauhkan diri.
Siapakah harus dipersalahkan jika rakyat menolak kepimpinan Pakatan Rakyat hanya kerana segelintir Yang Berhormat dari Pakatan Rakyat mula lupa akan tanggungjawab mereka, lupa diri, angkuh dan sombong..???
Benarlah kata pepatah melayu "akibat nila setitik maka rosak susu sebelangga.....
No comments:
Post a Comment