Sejak jam 10 pagi semalam (22 Januari 2010), saya telah dikhabarkan bahawa Baginda Sultan Johor sedang gering di Hospital Pakar Puteri. Selepas itu pelbagai spekulasi timbul yang mengatakan Baginda telah mangkat. Kira2 jam 8.30malam, saya menerima sms mengatakan bahawa Sultan kesayangan rakyat Johor telah mangkat.
Pada jam 11malam saya bersama Naib Ketua Cabang PKR Gelang Patah telah ke Hospital Pakar Puteri namun tidak dibenarkan memasuki kawasan tersebut dan akhirnya kami menunggu di tepi jalan menuju ke istana. Jam 11.30malam, jenazah Almarhum Sultan Johor telah dibawa keluar dari hospital tersebut untuk dibawa ke Istana. Saya sempat merakamkan detik2 tersebut.
Hari ini (23 Januari 2010) jam 8.30pagi, saya bersama teman2 AMK Cabang Gelang Patah iaitu Sdr. Zainalhelmi (Pengerusi Tetap AMK G. Patah), Sdr. Ramli (Naib Ketua AMK G. Patah), Sdr. Amir (AJK AMK G. Patah) serta Sdr. Abd. Manan (Naib Ketua Cabang G. Patah) telah bertolak ke Istana bagi memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum Sultan Johor. Setiba di Istana, kami lihat rakyat sudah mula berduyun-duyun ke Istana untuk turut memberi penghormatan terakhir kepada Almarhum Sultan Johor. Suasana hiba dan sedih menyelubungi suasana. Turut kelihatan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Datuk Chua Jui Meng hadir untuk memberi penghormatan. Sesungguhnya rakyat Johor kehilangan Sultan yang sangat berjiwa rakyat bahkan masih terbayang seloroh Baginda di majlis2 yang dihadirinya. Sememangnya Almarhum Baginda Sultan amat mesra dengan rakyat jelata. Berikut adalah gambar2 yang sempat kami rakamkan untuk tatapan anda...
Sebelum itu marilah kita bersama menghadiahkan bacaan Al-Fatihah kepada Almarhum Baginda Sultan Johor, Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ibrahim Al-Masyhur.
No comments:
Post a Comment