Bermula dengan kecurian senjata sehingga terjadinya peristiwa ngeri di Bukit Jenalik walaupun ramai yang mengatakan bahawa ianya adalah perancangan pihak tertentu untuk menutup isu yang lebih besar pada ketika itu.
Beberapa bulan lepas kita di kejutkan oleh kehilangan 2 enjin jet kapalterbang milik Tentera Udara Diraja Malaysia dan 2 individu telah pun ditangkap kerana dipercayai terlibat dalam kes tersebut. Perlu diingat barangan ketenteraan jika mahu dieksport keluar dari Malaysia perlu mendapat kelulusan (A.P) dari Kementerian Pertahanan sebelum mendapat kelulusan pihak kastam Malaysia. Pastinya dokumen tersebut adalah bahan bukti penting dalam perbicaraan itu nanti dan pastinya akan terdedah siapakah dalang yang sebenar.
Dan belum pun reda isu kehilangan 2 enjin jet tersebut, hari ini kita dikejutkan oleh kenyataan Menteri Pertahanan apabila maklumat dalaman Angkatan Tentera Malaysia di dapati "bocor" dan disalurkan kepada sebuah kedutaan asing negara ini.
Apa sudah jadi...???? Satu demi satu kelemahan ketenteraan Malaysia didedahkan sedangkan ribuan juta duit rakyat sudah dibelanjakan untuk menambahkan lagi tahap keselamatan dan kecanggihan sistem ketenteraan Malaysia. Terjaminkah keselamatan rakyat Malaysia...???? kecanggihan
2 comments:
Ini semua adalah arahan Anwar kpd Zahid utk mengheboh2kan sesuatu utk mengalihkan pandangan rakyat dpd perbicaraan Anwar.
Macam man pun, hari ini Anwar dah kantoi! Lapuran Doktor dari Pusparawi yg telah dijajakan sekian lama adalah palsu!
Alahai Mohd...
Cakap jgn merapu. Cakap biar berfakta. Apakah sememangnya otak kamu sudah dibiasakan dengan fakta2 yang kurang cerdik. Fakta2 yang biasa digunakan oleh YB Mohamad Aziz. Fakta2 tepi jalan.
Jika laporan Pusrawi Palsu bagaimana pula Laporan HKL.
Kalau Mohd orang yang dah berkahwin, apakah tiada pengalaman malam pertama. Lainlah kalau Mohd terkahwin dengan Mak Janda... Sendiri mau ingatlah..
Post a Comment