DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

30 September 2009

PRK BAGAN PINANG - AHMAD MASLAN SI YB PONTIAN

Ahli Parlimen Pontian, Yang Berhormat Ahmad Maslan semalam ditanya mengenai pencalonan Tan Sri Isa Samad sebagai calon BN pada PRK Bagan Pinang. Antara kenyataan beliau adalah "Tan Sri Isa umpama sehelai pakaian yang kotor sedikit dan kemudiannya dicuci, dan kini beliau bersih dan adalah tidak adil untuk terus menghukum beliau...." demikianlah kenyataan dari Ketua Penerangan Umno. Ahmad Maslan mahu memperbodohkan rakyat terutamanya penduduk Bagan Pinang dengan kenyataan dangkalnya.

Jika rakyat biasa memberi atau menerima sogokkan, pastinya mereka akan dipenjarakan, dibuang kerja dan pelbagai lagi hukuman yang dikenakan namun pemimpin Umno yang korup, dengan secara terang2an menggunakan kekuatan "wang" untuk terus berpengaruh, hanya dihukum dengan menggantung keahliannya. Itu sahajakah hukuman untuk pemimpin yang korup semacam ini...??? Itu sahajakah...??? Jika rakyat biasa menerima atau memberi sogokan, pasti hukuman berat menanti tapi pemimpin "bangsat" ini masih bebas melakukan aktiviti seperti biasa kerana hanya keahlian Umnonya digantung untuk tempoh tertentu. Apakah ini cukup untuk menginsafkan mereka... Berat sangatkan hukuman yang diberikan oleh Umno kepada ahlinya yang korup... Aduh..!!!! Rakyat diperbodohkan lagi oleh Umno "lakhnat" ini. Setakat gantung keahlian...... Boleh anda bayangkan dan bezakan hukuman dengan rakyat biasa yang melakukan perkara yang hampir sama.... Walaupun dalam Umno ianya dipanggil "politik wang" namun "Rasuah tetap Rasuah"... Jika beginilah hukuman kepada pesalah2 "politik wang" dalam Umno, percayalah bahawa Umno adalah sebuah institusi yang bakal melahirkan perasuah2 tegar....

Rakyat Bagan Pinang mesti menolak pemimpin yang korup dan juga perasuah... Biar Ahmad Maslan dan Muhyiddin Yassin sahaja yang menerima pemimpin "lakhnat" ini...

PRK DUN BAGAN PINANG - CALON PR (PAS)

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah mengumumkan bahawa calon PAS pada PRK DUN Pulau Pinang adalah Tuan Hj. Zulkefly Mohamed Omar iaitu Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan. Anak watan Negeri Sembilan ini yakin dapat meneruskan dominasi kemenangan kepada Pakatan Rakyat yang sebelum ini telah memenangi 8 dari 9 pilihanraya kecil.

Pakatan Rakyat berdepan tugas yang berat untuk memenangi kerusi DUN tersebut apabila Umno/BN telah memilih Tan Sri Isa Samad (Ketua Bahagian Teluk Kemang) sebagai calonnya pada PRK tersebut. Isa Samad yang sememangnya telah dikenali oleh penduduk tempatan apatahlagi beliau adalah bekas Menteri Besar merupakan cabaran getir yang harus dihadapi oleh Pakatan Rakyat. Diberitakan lebih 10 ribu orang hadir semasa pengumuman calon BN yang mana pengumuman tersebut diadakan serentak dengan majlis rumah terbuka sempena hari raya aidilfitri.

Kesepaduan serta kesepakatan PAS-PKR-DAP perlu digembeling sebaik mungkin jika mahu menafikan kemenangan Umno/BN di DUN tersebut.

Kepada petugas2 Pakatan Rakyat tidak kira PAS-PKR-DAP perlu lebih agresif dan berkongsi idea mencari alternatif yang terbaik bagi memenangi hati pengundi DUN Bagan Pinang.

29 September 2009

PRK BAGAN PINANG : ISA SAMAD - CALON BN

Umno/BN Negri Sembilan telah menamakan Tan Sri Isa Samad sebagi calon BN pada Pilihanraya Kecil DUN Bagan Pinang. Perkara itu diumumkan oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Timbalan Presiden Umno/BN Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Tan Sri Isa Samad pernah digantung keahliannya setelah didapati bersalah oleh LEMBAGA DISIPLIN UMNO kerana terlibat dalam politik wang semasa pemilihan Naib Presiden Umno ketika Tun Abdullah menjadi Presiden Umno ketika itu. Namun sekarang, Isa Samad diangkat kembali walaupun beliau secara terang2an bersalah menggunakan kekuatan wang untuk membeli pengaruhnya walaupun BPR tindak berani bertindak mendakwa Isa Samad.

Demikianlah Umno yang masih mengiktiraf pemimpin korup untuk terus menerajui kepimpinanya. Apakah Umno ketandusan pemimpin sehinggakan tiada yang layak untuk menjadi calon di Bagan Pinang selain Isa Samad atau Isa Samad akan menggunakan kekuatan wang sekali lagi untuk memenangi PRK DUN Bagan Pinang ini.

Sesungguhnya Umno - Rasuah tidak dapat dipisahkan lagi. Umpama Lagu dan Irama. Umpama Isi dan Kuku...

28 September 2009

KEDIAMAN ANGGOTA POLIS YANG BERTUGAS DI BAGAN PINANG



Khemah yang agak selesa untuk kediaman anggota polis yang bertugas di Bagan Pinang. Yang pastinya ratusan ribu wang rakyat dibelanjakan namun yang menjadi persoalan siapakah pembekal bertuah yang mendapat projek ini dan apakah ianya diuruskan melalui proses2 yang telus ????



Jangan terkeliru dengan tarikh digambar tersebut. Jurugambar lupa nak "setkan" tarikh.....

KEBANGSATAN MANUSIA BERNAMA "IBRAHIM ALI"

Datuk Paduka Ibrahim Ali yang terkenal dengan kesombongannya lagi bongkak telah mengeluarkan kenyataan bahawa YAB Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat perlu meletak jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan adalah satu kenyataan biadap dan kurang ajar oleh seseorang yang telah dibenarkan bertanding pada PRU-12 yang lalu atas tiket PAS. Inilah bangsatnya mereka yang telah dididik dengan budaya songsang Umno. Apatah lagi bila beliau tanpa segan silu menyatakan sokongan terhapa apa juga program kerajaan Umno/BN tanpa perlu menjaga hati orang yang telah mengutip beliau dari buangan Umno. Dasar manusia yang tak mengenang budi. Umpama "Kacang lupakan kulit". Pepatah melayu juga mengatakan "Anjing kalau biasa makan tahi, kalau dah tak makan sekalipun dia akan cium juga tahi tu".... Inilah perumpamaan yang layak untuk manusia yang bernama Ibrahim Ali.

Ibrahim Ali harus sedar bahkan rakyat boleh menilai sendiri apa yang telah dilakukannya sepanjang mentadbir Kelantan selepas memenangi pilihan raya umum 1990.

Beliau sewajarnya membuka mata kerana banyak perubahan dari segi pembangunan telah dilaksanakan di Kelantan, termasuk di daerah-daerah terpencil seperti Gua Musang, Tanah Merah dan Jeli walaupun berdepan dengan kepayahan akibat beberapa sekatan peruntukan.

Mungkin Ibrahim Ali tercabar berikutan desakan Menteri Besar itu supaya Ahli Parlimen Pasir Mas itu melepaskan jawatan ekoran tindak tanduknya yang semakin bertentangan dengan parti itu walaupun telah diberi kebenaran untuk bertanding pada PRU-12 atas tiket PAS.

25 September 2009

ISTERI TIMBALAN PESURUHJAYA PAS NEGERI JOHOR MENINGGAL DUNIA

Kira2 jam 9.00am pagi ini kami menerima berita yang menyedihkan di kala syawal baru diraikan apabila isteri kepada Utz. Amirolhuda (Timbalan Pesuruhjaya (I) PAS Negeri Johor) telah kembali ke Rahmatullah awal subuh tadi.

Solat Jenazah akan dilakukan selepas Solat Jumaat hari ini di Masjid Taman Sri Skudai dan jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mahmoodiah, Johor Bahru.

Bagi yang beragama islam, marilah kita sama2 menghadiahkan Al-Fatihah kepada Allahyarhamah Dr. Asiah serta mendoakan agar roh arwah ditempatkan bersama-sama para kekasih Allah...

Salam Takziah untuk Utz. Amirolhuda dan seluruh keluarganya dari kami Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah.

SULTAN PAHANG MAHU RAKYAT SOKONG BEE END

Ampunkan kami Tuanku, Sembah Derhaka kami sembahkan...

Niat kami bukan mahu memperlekehkan titah Tuanku akan tetapi adalah lebih elok jika Sultan yang dianggap sebagai Payung Rakyat bersikap berkecuali dan biarlah rakyat yang menentukan parti mana yang lebih wajar memerintah Malaysia yang kami cintai ini.

Ampun Tuanku...

Setelah lebih 50 tahun rakyat memberi kepercayaan kepada Kerajaan Barisan Nasional namun mereka telah menderhakai amanah rakyat. Mereka membolot harta rakyat secara terang2an atau sembunyi tanpa segan silu. Gelaran Yang Berhormat yang diberikan oleh rakyat kepada mereka seolah-olah satu lesen "agung" bagi si bangsat ini memunggah harta rakyat untuk kepentingan tembolok mereka.

Ampun Tuanku...

Jika kejayaan Kerajaan Barisan Nasional membina jambatan Kuala Krau yang bernilai RM64juta sebagai sandaran untuk Tuanku meminta seluruh hamba rakyat menyokong parti ini, berapakah bilionkah pula harta rakyat yang mereka punggah untuk kepentingan perut mereka ini dan apakah wajar rakyat memaafkan mereka hanya dek kerana jambatan ini...??? Masih ramai rakyat Pahang berada dalam tahap kemiskinan.

Ampun Tuanku...

Rakyat Pahang mulai sedar betapa ruginya mereka memilih Kerajaan Barisan Nasional yang korup apabila Kerajaan Pahang telah disaman dengan nilai ratusan jutaan ringgit oleh beberapa pihak. Apakah ini melambangkan kecekapan pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional mentadbir Negeri Pahang..???

Ampun Tuanku...

Bukan niat kami untuk derhaka namun kami percaya bahawa rakyat Pahang dan seluruh rakyat yang sedar tentang kebejatan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional ini akan membuat perubahan pada Pilihanraya Umum ke-13 nanti. Hamba rakyat bukan mahu menderhaka kepada titah Tuanku namun hamba rakyat yang tiada berkepentingan dengan mana2 pihak, mahukan kerajaan yang lebih telus, adil dan amanah...

Ampun Tuanku...

24 September 2009

PANDANGAN DARI PEMBACA

Pada hari raya ke-2, saya ada menerima e mail dari seorang pembaca yang mungkin kita boleh fikirkan bersama "logik"nya pandangan penghantar e mail tersebut....

Catatan E mail dari Sdr. Jebat...

Sdr,

Sepanjang perjalanan pulang ke kampung halaman di Kluang bermula dari Johor Bahru kemudian saya sengaja mengikut jalan lama melalui Parlimen Gelang Patah, Pontian, Batu Pahat, Sri Gading, Ayer Hitam dan akhir sekali di Semberong adalah satu perjalanan yang panjang. Saya sengaja melalui jalan lama kerana ingin melihat panorama sehari sebelum raya.

Apa yang menghairankan saya, disepanjang perjalanan melalui 7 kawasan Parlimen dan beberapa kawasan DUN, saya langsung tidak melihat 'banner' atau kain rentang mahupun poster ucapan "Selamat Hari Raya" dari parti yang saya sertai 11 tahun yang lalu. Mungkinkah banner, kain rentang ataupun poster ini diletakan dikawasan2 pendalaman bukan di laluan utama. Kenapa begini...???? Mana keperihatinan kita kepada rakyat jika begini sikap kita... Mana perginya Ketua Cabang? Mana menghilangnya Ketua Penerangan? Mana sembunyinya Ketua AMK? Jika perkara "se-enteng" inipun kita tidak mampu melakukan, apakah kita akan mampu mentadbir dengan baik jika kita diberi mandat oleh rakyat untuk memerintah Johor. Inikah yang dinamakan kita telah bersedia dari segi fizikal dan mental....??? Inikah buktinya...???

Saya akui PKR Cabang Gelang Patah terutama AMKnya antara yang paling aktif di Johor namun mereka seolah-olah terkena badi "mayat", kaku dan bisu. Cabang PKR Pontian sewajarnya semakin gah apabila bekas calon Parlimen Pontian pada PRU-12 lalu di lantik sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri namun PKR Pontian terus lesu. Begitu juga Batu Pahat, Sri Gading, Air Hitam dan Semberong... Apakah pimpinan PKR Johor hanya pandai bercakap sahaja dari melakukan kerja??? Kekurangan AJKkah atau sememangnya anda sendiri tidak mahu ambil peduli dan langsung tidak bertanggungjawab...???

Inikah yang dinamakan "Johor Bangkit" seperti yang dilaung-laungkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim??? Memetik kata2 Sdr. "Anggaplah kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Johor sebagai kehadiran yang luar biasa dan kita perlu mencari dimanakah yang dikatakan "luar biasa" itu. Jika tidak, kita akan sekadar berjaya meraikan kehadiran Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Johor tanpa impak yang maksimum...."

Saya meminta maaf jika pandangan jumud saya ini agak ketinggalan. Mungkin ucapan melalui SMS lebih baik dari "kerja bodoh" menggantung banner ucapan Selamat Hari Raya untuk menghargai mereka2 yang menyokong PKR. Salam Aidil Fitri dan Salam kemaafan...

..... Terima kasih Sdr. Jebat atas teguran dan pandangan...
..... Kepada semua... "Fikirkanlah jika kita benar2 pimpinan yang bertanggungjawab...."

18 September 2009

SALAM AIDIL FITRI DARI AMK GELANG PATAH


Angkatan Muda Keadilan Cabang Gelang Patah mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada rakyat Malaysia yang berugama Islam samada didalam atau diluar negara. Ucapan juga ditujukan kepada YB Dato' Seri Anwar Ibrahim (Ketua Umum), YBhg Dato' Seri Wan Azizah Ismail serta keluarga. Salam Aidilfitri buat Ketua Cabang, Dr. Zaliha Mustaffa serta semua pimpinan PKR disemua peringkat samada diperingkat Ranting, Cabang, Majlis Pimpinan Negeri mahupun Majlis Pimpinan Pusat. Salam Aidilfitri buat semua teman2 seperjuangan, ahli2 PKR, PAS dan DAP serta seluruh rakyat Malaysia.

Semoga kehadiran Syawal kali ini dapat menginsafi kita dengan erti perjuangan yang memerlukan pengorbanan agar sirna kecemerlangan terpancar seperti terpancarnya cahaya syawal menyuluhi segenap pelusuk bumi. Ayuh anak2 muda... Beranikan diri memegang panji2 perjuangan agar dapat bersama ke medan perjuangan tanpa rasa takut dan gentar. Ingat pesanan ayahanda "Kalau Takut Dengan Risiko Usah Bicara Soal Perjuangan"...

Salam Aidilfitri dari kami :-
Ahli Jawatankuasa
Angkatan Muda Keadilan Cabang Gelang Patah

Zainal Hilmi Hussin (Pengerusi Tetap Cabang)
Azlan Ishak (Ketua AMK Cabang)
Azman Idris (Timbalan Ketua AMK Cabang)
Mohd Ramli Ahmad (Naib Ketua AMK Cabang)
Yusri Abd Hamid (Naib Ketua AMK Cabang)
Ismail Hassan (Naib Ketua AMK Cabang)
Mohamad Nazri Ismail (Setiausaha AMK Cabang)
Zulkaria Ali (Ketua Penerangan AMK Cabang)
Zainal Fitri Hussin (Bendahari AMK Cabang)
Ardie Yuzlie Tohijah (AJK AMK Cabang)
Asrol Affandi Kamri (AJK AMK Cabang)
Noor Azan Abas (AJK AMK Cabang)
Ahmad Nazree Mohamad (AJK AMK Cabang)
Zainal Hadi Hussin (AJK AMK Cabang)
Muhammad Afiq Khasly (AJK AMK Cabang)
Hasbullah Akoi (AJK AMK Cabang)
Mohd Aidil Ismail (Ketua Squad AMK Cabang)

SAMY VELLU LIABILITI BN - KATA TUN DR. M


Krisis antara Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu dan mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir asih belum berakhir apabila dr. Mahatir mengeluarkan kenyataan bahawa DS Samy Vellu akan menjadi liabiliti kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang disebabkan DS Samy telah gagal melaksanakan kepimpinannya.

Sebagaimana desakannya terhadap Pak Lah agar melepaskan jawatan Perdana Menteri kepada Najib, mantan Perdana Menteri itu melahirkan kebimbangan bahawa sokongan rakyat (terutama kaum india) terhadap BN akan merosot kerana Samy Vellu masih lagi memimpin MIC. Beliau mendesak agar DS Samy Vellu perlu melepaskan jawatan presiden MIC kerana beliau perlu bertanggungjawab terhadap kegagalan parti itu dalam pilihan raya umum yang lepas malah beliau sendiri juga kalah. Beliau turut membandingkan prestasi Pak Lah yang lebih baik dari DS Samy namun Pak Lah mengmbil keputusan untuk melepaskan jawatan Perdana Menteri ekoran pretasi buruk BN pada PRU-12 yang lalu.

Dr Mahathir seolah-olah lupa yang dirinya hanyalah bekas Perdana Menteri berkata beliau berhak menegur sesiapa pun termasuk Pak Lah apatah lagi DS Samy Vellu yang jelas gagal dalam kepimpinannya.

Siapapun liabiliti kepada BN samada Mahathir ataupun Samy Vellu yang penting Umno/BN mesti dikuburkan pada PRU-13 nanti..

SAIFUL OH SAIFUL... DIA MUNCUL LAGI

Satu berita yang menarik untuk diperkatakan sekarang ini ialah perihal keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya pasukan pendakwaraya digugurkan atas beliau tuduh mendakwa dengan prejudis dan berat-sebelah. Keputusan berkenaan telah dibuat oleh Hakim Alizatul Khair Osman Kamaruddin. Anwar sebelum ini telah memfailkan permohonan untuk menggugurkan kesemua tujuh orang pendakwaraya dari terbabit dalam pendakwaan kes beliau sekarang ini. Namun, apa yang menarik untuk diperkatakan susulan daripada keputusan hakim ini ialah "mangsa liwat" Saiful Bukhari Azlan dilihat bertambah yakin bahawa kemenangan akan berpihak kepada beliau. Tanpa mengambil kira laporan perubatan hospital yang telah mengesahkan dia masih "suci".

Saiful tiba-tiba nampak berani untuk tampil dikhalayak ramai bagi menunjukkan yang beliau berada di pihak yang benar. Biarpun seluruh rakyat melihat bahawa adengan "liwat" yang berlaku antara beliau dengan Anwar itu adalah satu "konspirasi", namun dari hati kecil Saiful beliau tetap mahu mengaku dia memang diliwat. Tanpa laporan perubatan secara klinikal, DNA bakal dijadikan bukti kukuh bagi mensabitkan Anwar dengan kes ini. Malah, ada juga puak-puak UMNO yang menyatakan memang terdapat "Air Mani" Anwar di dalam dubur Saiful.

Entah dari mana mereka mendapat maklumat tersebut agaknya. Semua ini bakal mengesahkan lagi Anwar akan menjadi "mangsa" permainan jahat musuh-musuh yang ingin menamatkan karier politik beliau selama ini.


Aksi menarik, Saiful dan bapanya di dalam Masjid Wilayah itu

Kelibat Saiful Bukhari, seolah-olah untuk mencari populariti dilihat di Masjid Wilayah baru-baru ini. Masjid yang menjadi saksi "sumpah laknat" anak muda itu, dikunjungi sekali lagi oleh Saiful untuk tujuan "bergambar dan membuat rakaman video" atas nama bersolat Tarawih. Apakah benar niat Saiful ini, atau hanya kerana untuk mencari satu lagi "publisiti murahan" selepas setahun berlalu. Kehadiran Saiful siap dengan jurugambar jelas sekali menunjukkan bahawa niat beliau sememangnya untuk "menunjuk-nunjuk".

Kononnya beliau dipihak yang benar dan sudah insaf atas segala keterlanjuran yang berlaku selama ini. Malahan kelibat beliau itu langsung tidak mendapat perhatian dari kalangan jemaah yang hadir, kerana mereka tahu siapakah Saiful sebenarnya. Saiful adalah "manusia munafik dan terkutuk" kerana sanggup membenarkan "duburnya ditusuk dari belakang" oleh orang lain. Itu pun jika ia benar-benar berlaku. Namun, ramai dikalangan rakyat sebenarnya melihat apa yang terjadi ini hanya "imiganasi Saiful Bukhari" sendiri, yang amat mengidamkan untuk popular dan hidup dalam kemewahan selepas berjaya melakukannya.

Kini, harapan beliau untuk "menuju puncak" dalam sandiwara ini sudah hampir tercapai, pabila Mahkamah Tinggi menolak permohonan Anwar baru-baru ini. Saiful bertambah yakin yang beliau pasti akan berjaya dan habuan yang dijanjikan bakal diterima bila-bila masa sahaja selepas ini agaknya

15 September 2009

SEMOGA BERBAHAGIA - MR CHOONG

Angkatan Muda Keadilan Cabang Gelang Patah mengucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Sdr. Choong Tong Yuen yang telah menamatkan zaman bujangnya pada tarikh istimewa 09.09.09 yang lalu.
Berikutan majlis beliau pada hari tersebut diadakan pada bulan puasa, maka agak sukar bagi teman2 yang berugama islam untuk hadir. Sehubungan dengan itu beliau telah berbesar hati untuk mengadakan majlis tersebut sekali lagi bagi memberi kesempatan kepada teman2 yang berugama islam agar dapat bersama bagi meraikan perkahwinan beliau. Majlis tersebut akan diadakan pada04 Oktober 09 (Ahad), di 33 Jalan Molek 1/8, Taman Molek, Johor Bahru.
Beliau amat2 mengharapkan kehadiran rakan2 terutama ahli PKR Cabang Gelang Patah hadir bagi memeriahkan majlis tersebut.

SPRM MULA SIASATAN TERHADAP KHIR TOYO

Setelah didesak oleh pelbagai pihak, akhirnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah membuat siasatan terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Mohd Khir Toyo berhubung dengan rumah agam yang dianggarkan bernilai lebih dari RM20juta. SPRM akhirnya berjaya menafikan tuduhan pimpinan Pakatan Rakyat yang sering melabelkan SPRM sebagai parti komponen BN apabila sering bertindak "pantas dan tegas" terhadap laporan yang melibatkan Pimpinan Pakatan Rakyat walaupun laporan tersebut diambil dari blog2 yang boleh dipertikaikan kesahihannya.

Namun begitu, tindakan SPRM memulakan siasatan terhadap Khir Toyo bolehlah dianggap seperti paku dan penukul atau SPRM ini boleh diibaratkan sebagai kerbau yang malas, hanya suka berkubang dilopak-lopak lumpur. Ini kerana apabila didesak barulah mereka memulakan siasatan, umpama kerbau yang malas, bila dipukul barulah ia hendak bergerak. Amat bertepatan sekali tindakan Ketua AMK Malaysia yang menghadiahkan lembu kepada SPRM apabila SPRM begitu "lembab" bertindak terhadap laporan yang dibuat oleh Pakatan Rakyat.

Khir Toyo juga mengesahkan bahawa beliau telah disiasat oleh SPRM selama 6 jam termasuk bersembang dengan pegawai SPRM. Siasatan yang begitu mesra sekali dan dalam suasana yang begitu gembira tidak seperti siasatan terhadap individu lain.

AMG Cabang Gelang Patah pula mendesak SPRM Johor membuka fail siasatan terhadap beberapa laporan yang dibuat oleh Pemuda Pakatan Rakyat Negeri Johor. Jika Sdr Zabidie telah disiasat selama lebih 5 jam oleh Pegawai SPRM atas laporan yang dibuat olehnya maka adalah tidak adil jika Muhyiddin dan beberapa pimpinan Umno Johor langsung tidk dicuit atau disiasat.

siasat... siasat... siasat

TUN MAHATHIR DIHINA OLEH PERWAKILAN MIC

"Dasar Pengampu", itulah gelaran yang layak diberikan kepada Naib Ketua Pemuda Umno Malaysia Datuk Razali Ibrahim apabila mana beliau mengecam perwakilan MIC yang dikatakan banyak mengecam bekas PM Tun Dr Mahathir pada Perhimpunan Agung MIC baru2 ini. Akhbar Utusan Malaysia pula yang dilabelkan sebagai akhbar 'rasis' oleh Presiden MIC, telah meletakkan tulisan berwarna merah pada tajuk besar akhbar berkenaan hari ini.


Perlu diingat bahawa Mahatirlah punca pepecahan orang2 melayu. Bermula dari penetangan Ku Li terhadap kepimpinan Mahathir sehingga membawa kepada penubuhan Parti Semangat 46. Pimpinan ala Diktaktor yang dibawa oleh Mahathir jelas menjadi punca awalan kepada perpecahan orang2 melayu. Kemucaknya apabila Mahathir memecat DS Anwar yang ketika itu adalah TPM dan Timbalan Presiden Umno dengan alasan pemecatan yang terlalu bodoh dan tidak masuk akal. Namun pengampu2 Mahathir tetap menyokongnya kerana khuatirkan periuk nasi mereka. Hasil dari sikap angkuh dan sombong seorang Perdana Menteri iaitu Mahathir, maka belaku perpecahan orang melayu yang amat dahsyat. Kebanyakan mereka sudah jelak dan muak dengan pimpinan Umno yang bermuka-muka telah memilih untuk memberi sokongan kepada DS Anwar.

Semasa penentangan Mahathir terhadap kepimpinan Pak Lah, beliau telah mengeluarkan pelbagai kenyataan bagi memberi tekanan kepada Pak Lah. Orang yang bertanggungjawap mempertahankan Pak Lah pada ketika itu adalah Nazri Aziz. Beliau paling banyak mengutuk, memperlekeh dan menghina Mahathir namun tiada seorangpun dari Umno mempertahankan beliau hatta Ibrahim Ali sendiri turut membisu. Akhbar Utusan Malaysia juga tidak mengutuk tidak berani mengeluarkan sebarang artikel yang mempertahankan kenyataan Mahathir.

Bukanlah satu yang pelik jika Mahathir dihina oleh perwakilan MIC kerana ruang penghinaan terhadap Mahathir telah dibuka oleh Nazri Aziz dan beberapa pimpinan Umno/BN yang lain sebelum ini.

PRK BAGAN PINANG - AJK PKR TURUT BERTANDING..???

Diberitakan bahawa seorang ahli jawatankuasa PKR Kota Lukut, Shahrudin Abdul Hamid hari ini tampil menawarkan diri sebagai calon bebas dalam pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang 3 Oktober ini.

AMK Cabang Gelang Patah memandang serius hasrat beliau yang ingin bertanding atas tiket BEBAS dan jika menjadi kenyataan beliau bolehlah dianggap telah menderhaka terhadap kepimpinan tertinggi parti yang telah bersetuju untuk meletakkan calon PAS di DUN Bagan Pinang pada PRK dun tersebut. Walaupun ianya adalah hak peribadi beliau untuk bertanding atau mencuba nasib namun beliau sewajarnya menghormati sikap setia kawan dalam Pakatan Rakyat.

Ada sumber mengatakan bahawa beliau mempunyai pertalian keluarga dengan Tan Sri Isa Samad, nama yang disebut-sebut sebagi calon BN pada PRK itu nanti dan apakah ada perancangan yang tersembunyi atau mungkinkah ahli PKR ini telah dibeli oleh pihak tertentu demi untuk memenangkan calon BN itu nanti..?? Umum amat mengenali siapakah Tan Sri Isa Samad....

Pimpinan PKR Pusat dan Negeri wajar bertindak kerana dikhuatiri disebabkan "nila setitik maka rosak susu sebelanga". Pimpinan PKR wajar bertindak secara ilmiah umpama "menarik rambut dari dalam tepung, rambut tak putus dan tepung tidak berselerak".