DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

11 March 2010

SELAMATKAH KAMI...???

Kekerapan berlakunya jenayah di kawasan Parlimen Gelang Patah kebelakangan ini amat2 merisaukan penduduk. Jenayah seperti rompakan, samun, pecah rumah, pecah kereta, ragut dan rogol antara bentuk jenayah yang berlaku di sekitar Parlimen Gelang Patah. Ada penduduk yang melahirkan kerisauan untuk membenarkan anak2 mereka melakukan aktiviti luar rumah kerana amat risau dengan berita2 berlakunya jenayah terutama di taman2 seperti Taman Universiti, Taman Teratai, Taman Sri Pulai, Taman Sri Skudai dan Taman Tun Aminah.


Hari ini, Saketeriat Pakatan Rakyat akan menghantar memorandum kepada Menteri Besar Johor di Pejabat Menteri Besar, Kota Iskandar jam 11am. Memorandum ini antara lain menuntut pihak keselamatan terutama Polis mempertingkatkan rondaan serta pengawasannya bagi mengekang peningkatan kadar jenayah.
Agak menghairankan, puluhan anggota polis yang lengkap dengan sejata M16/Rifel boleh di kerahkan untuk memantau atau menghalang ceramah2 politik oleh Pakatan Rakyat namun kadar jenayah di Parlimen Gelang Patah kerap juga berlaku. Apakah anggota polis dipergunakan oleh pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka...??? Hanya pihak PDRM yang mampu menjawap. Kami sebagai sebuah parti politik berpendirian bahawa akibat kelekaan pihak polis memantau pergerakan dan kegiatan kami sehinggakan SB (special branch) sering menghubungi kami untuk mengetahui perkembangan parti politik kami, maka penjenayah2 ini mengambil kesempatan.
Seperti ceramah di Kg. Laut pada minggu lepas, puluhan anggota polis dikerah untuk menghalang program penerangan kami sehinggakan SB2 ini pun terperanjat dengan kehadiran ramai anggota polis seolah-olah berlakunya jenayah besar di situ.
Kritikan kami adalah dari keluhan rakyat yang semakin risau dengan tahap keselamatan di kawasan mereka. Kepada pihak2 yang mempergunakan pihak polis demi kepentingan politik mereka seperti pemimpin Umno/BN, hentikanlah. Biarlah pihak polis melaksanakan tanggungjawab mereka menjaga keselamatan dan keamanan. Bukan di kerah mengikut "bontot" pemimpin politik Pakatan Rakyat yang secara tidak langsung merendahkan kreadibiliti dan reputasi mereka sebagai anggota/pegawai polis di mata masyarakat.

08 March 2010

CERAMAH ROYALTI MINYAK KELANTAN




BUKTI KEBANGSATAN UMNO MEMPERKUDAKAN POLIS



Rasanya tidak perlu penulis mengulas lanjut mengenai video ini. Namun sebagai anak muda yang berjuang menegakkan keadilan dibumi Malaysia ini, semangat juang untuk "membunuh" UMNO dari muka bumi Malaysia ini semakin membara.
Kita diperlihatkan sekali lagi Polis diperkudakan oleh pemimpin Umno Bangsat untuk menggagalkan apa juga program Pakatan Rakyat.

Ayuh teman2 Angkatan Muda Keadilan di seluruh Negeri Johor.. Perkukuhkan organisasi kamu dan kita serang Umno/BN habis2an. Jika ada pimpinan AMK di mana-mana Cabang masih mahu berpeluk tubuh dan berdiam diri, saya menyeru kepada ahli2 yang lain... Singkirkan mereka pada pemilihan akan datang kerana sikap pemimpin seperti inilah yang akan menyebabkan AMK lemah dan mereka ini juga tidak ubah seperti cerminan Umno/BN.

Reformasi...Reformasi...Reformasi...

ZULKIFLI NORDIN DIPECAT DARI PKR


Parti Keadilan Rakyat Cabang Gelang Patah mengucapkan setinggi-tinggi TAKZIAH kepada YB (Yang Berhormat / Yang Bangsat... 2 2 boleh guna) Zulkifli Nordin kerana berjaya menyakinkan Jawatankuasa Disiplin PKR untuk bertindak memecatnya kerana disiplinnya yang sering menimbulkan masalah kepada parti.

Alhamdulillah....

06 March 2010

- CATATAN CERAMAH UMUM PAKATAN RAKYAT PADA 05 MAC 2010 -

Malam tadi, seluruh penduduk Kg. Laut, Skudai merasakan inilah kali pertama mereka merasakan berada dalam keadaan cukup selamat kerana hampir 100 anggota polis pelbagai pangkat lengkap dengan senjata rifel/M16 berada dalam kampung tersebut. Setiap laluan didalam kampung tersebut dikawal oleh anggota polis.


Inilah keadaan dan tekanan yang di terima oleh Parti Keadilan Rakyat Cabang Gelang Patah apabila Ceramah Umum yang dijadualkan pada malam tadi gagal diadakan berikutan pihak polis bertindak menyekat ceramah tersebut. Hanya ceramah kelompok berjaya diadakan didalam premis Bilik Gerakan PKR Ranting Kg. Laut, pun begitu kira2 100 orang dari pelbagai kaum hadir untuk mendengar ceramah ringkas dari penceramah2 yang turut ingin bersama-sama hadirin walaupun ceramah umum tersebut dibatalkan.

Yang kami kesalkan adalah sikap pihak Polis Daerah Johor Bahru Utara yang tidak profesional kerana permohonan permit ceramah telah dihantar pada 18 Februari 2010 dan jawapan bahawa permohonan itu ditolak hanya kami terima pada 5 Mac 2010 kira2 jam 12 tengahari. Apakah terlalu sukar untuk memberi jawapan balas permohonan tersebut sehinggakan mengambil masa berhari-hari..?? Sewajarnya pihak polis menjawap surat tersebut secepat mungkin bagi kami memindahkan ceramah tersebut ke tempat lain sekiranya permohonan kami di tolak dan bukan memberi jawapan saat2 akhir seperti ini. Jawapan di saat2 akhir ini seolah-olah mahu mensabotaj program kami. Peraturan permohonan permit telah kami patuhi iaitu 14 hari dari tarikh program berlangsung namun jawapan lewat dari pihak polis amat mendukacitakan kami. Kami faham tugas pihak polis dan bersedia untuk memberi kerjasama yang terbaik. Kami bukan mahu berlawan dengan polis. Kami hanya mahu menjatuhkan Umno yang terlalu memperkudakan pihak berkuasa seperti polis demi kepentingan politik bangsat mereka.

Program terpaksa diteruskan walaupun menerima tekanan berikutan persiapan telah dibuat.
Kami juga percaya bahawa adanya campurtangan politik turut mempengaruhi kelulusan ini kerana tidak jauh dari tapak ceramah tersebut, Umno mengadakan sambutan Maulidur Rasul yang turut dihadiri oleh Ketua Umno Bahagian Gelang Patah.
Setelah perbincangan dengan Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara akhirnya beliau membenarkan majlis perasmian Bilik Gerakan PKR Ranting Kg. Laut diadakan pada malam tadi dan turut memberi jaminan bahawa pihak polis tidak akan menghalang sebarang aktiviti parti di situ pada masa akan datang kerana premis tersebut secara rasminya telah menjadi premis PKR Ranting Kg. Laut. Kami agak kehairanan apabila kami menghubungi beberapa wartawan dari akhbar cina, puluhan anggota polis yang berkawal sejak pukul 6.30 petang terus menghilangkan diri bersama 2 lori "black maria". Yang tinggal hanyalah 3 kereta polis bersama kira2 10 orang anggota.
Parti Keadilan Rakyat Cabang Gelang Patah mengucapkan jutaan terima YB Nik Nazmi yang merasmikan Bilik Gerakan PKR Ranting Kg. Laut walaupun terpaksa berjalan kaki kira2 1km ke tapak ceramah berikutan larangan pihak polis tidak membenarkan sebarang kenderaan luar masuk ke kampung tersebut.
Ucapan terima kasih kepada ADUN Skudai, Dr. Boo yang turut hadir sebagai tanda sokongan terhadap program tersebut.
PKR Cabang Gelang Patah turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada Sdr. Hamid Jamah yang mahu juga hadir ke tapak ceramah tersebut walaupun telah dimaklumkan bahawa pihak polis telah mengarahkan ceramah tersebut dibatalkan namun atas rasa persahabatan dan sikap seorang pemimpin yang tulus beliau tetap menghadirkan diri. Bahkan dalam ucapan ringkasnya beliau mengatakan bahawa di awal tahun 2000 tekanan yang diterima oleh parti pembangkang pada ketika itu lebih hebat sehinggakan pihak polis melepaskan anjing2 untuk menghalang ceramah dari terus diadakan.
Terima kasih kepada Sdr. Faris Musa yang juga berkeras mahu hadir ke ceramah tersebut walaupun telah dimaklumkan bahawa ceramah tersebut dibatalkan akibat halangan dari pihak polis.

Jutaan terima kasih dan maaf kepada hadirin yang hadir pada malam tadi. Kepada teman2 yang bertungkus lumus menjayakan program ini dari awal2 lagi diharap tidak luntur semangat walau sedikitpun akibat dari kekangan pihak polis. Jadikan ini sebagai satu cabaran bahawa anak muda akan terus berjuang menumbangkan kebangsatan Umno/BN. Percayalah bahawa Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah tidak pernah gentar dan luntur semangat walaupun diugut dan ditekan sebaliknya kami jadikan tekanan dan ugutan tersebut untuk menjadikan semangat juang kami lebih kental untuk melawan puak2 bangsat Umno/BN. Apa yang kami harapkan adalah sikap profesional pihak polis dalam memberikan kami ruang untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat. Kami juga mengharapkan agar pihak polis tidak terus2an menjadi kuda tunggangan kepada pimpinan Umno/BN.
Justeru Angkatan Muda Keadilan Cabang Gelang Patah wajar bertambah semangat untuk kita menumbangkan kedurjanaan Umno/BN. Ingat pesanan Ayahanda "......lagi kita ditekan.. lagi kita melawan... Lawan tetap Lawan... "

05 March 2010

CERAMAH UMUM PAKATAN RAKYAT

Parti Keadilan Rakyat Cabang Gelang Patah akan menganjurkan Ceramah Umum Pakatan Rakyat pada malam ini (5 Mac 2010) di Kampung Laut, Skudai, Johor. Dengan Menampilkan beberapa pimpinan muda dari Pakatan Rakyat seperti Sdr. Farim Musa (Timbalan Ketua AMK Malaysia), YB Nik Nazmi bin Nik Ahmad (ADUN Sri Setia/Setiausaha MB Selangor), YB Chang Lih Kang (ADUNTeja, Perak), YB Dr. Boo Cheng Haw (ADUN Skudai) dan Sdr. Hamid Jamah (Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Johor).

Antara isu2 yang yang mungkin menjadi topik utama dalam ceramah tersebut adalah seperti Isu Yayasan Basmi Kemikinan Negeri Selangor yang sering di manipulasikan oleh Umno Selangor untuk memburuk-burukan Kerajaan Pakatan Rakyat. Selain dari itu isu2 berkaitan Negeri Perak juga akan dikupas oleh YB Chang Lih Kang (ADUN Teja). Isu berkaitan Fitnah ke-2 terhadap Dato Seri Anwar Ibrahim akan disentuh. Manakala 2 penceramah dari Johor iaitu Sdr. Hamid Jamah (PAS) dan YB dr. Boo Cheng Haw akan menyentuh isu2 yang berkaitang dengan ketidakcekapan kerajaan negeri mentadbir negeri Johor.

Saudara2 adalah dijemput hadir bagi menilai sendiri kebenaran yang ada.

PEMUDA PR PULAU PINANG AJAK NAJIB BERDEBAT ISU MELAYU PULAU PINANG

Saketeriat Pemuda PR Pulau Pinang semalam menghantar surat jemputan kepada Pemuda Umno Malaysia untuk berdebat dengan tajuk 'Melayu Islam Pulau Pinang: Antara Provokasi dan Kebenaran' pada 7 Mac ini di Tapak Ekspo, Seberang Jaya, pada jam 8.45 malam. Turut dijemput Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dan Ketua Penerangannya Datuk Seri Rizal Merican Naina Merican yang sebelum ini sering mendakwa bahawa kaum Melayu di Pulau Pinang dipinggirkan oleh pimpinan Pakatan Rakyat yang dipimpin oleh YB Sdr. Lim Guan Eng sebagai Ketua Menteri. Najib Razak turut dijemput sebagai tetamu kehormat dalam debat tersebut.

Ahli Majis Pimpinan Pusat PKR Badrul Hisham Shahrin (Che'gu Bard) turut hadir bersama beberapa pimpinan PR daripada Pulau Pinang mengharapkan agar jemputan/pelawaan dari Pakatan Rakyat disambut baik oleh Pemuda Umno kerana segala persiapan telah dibuat, termasuk mendapat kerjasama mendapat daripada kerajaan negeri. Bahkan Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat sebagai pendokong kerajaan Pakatan di Pulau Pinang hendak cari penyelesaian dan jika tuduhan meraka itu benar, maka debat ini secara langsung dapat menegur kerajaaan negeri.
Pemuda Umno yang sebelum ini hanya berani bersuara di media2 sekarang wajar menyahut cabaran ini jika mereka dipihak yang benar. "Berani kerana benar, Takut kerana salah..."
Selepas Pemuda PR Pulau Pinang, debat ini akan diteruskan dan negeri seterusnya berkemungkinan JOHOR dan Angkatan Muda Keadilan Negeri Johor sudah bersedia dan amat2 berharap kesudian Pemuda Umno untuk berdebat secara terbuka mengenai pelbagai isu di Johor ini terutama kegagalan kerajaan negeri dibawah pimpinan Ghani Othman menguruskan kewangan negeri sehingga menyebabkan Johor ke arah "muflis" dan penjualan beberapa aset kerajaan negeri akibat dari permasalahan tersebut. Juga akan disentuh adalah isu Wilayah Pembangunan Iskandar yang meletakan tanah Johor kepada pemilikan asing.

Untuk Pemuda Umno Pulau Pinang "Jika kamu tidak mahu dilabel sebagai Pemuda Umno yang "BACUL", sahutlah cabaran debat dari Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang.... Kepada Rizal Mareecan, sekarang adalah masanya untuk membuktikan dakwaan bahawa orang melayu Pulau Pinang benar2 dipinggirkan oleh Sdr. Lim Guan Engg..

02 March 2010

- CERAMAH UMUM PAKATAN RAKYAT -

Parti Keadilan Cabang Gelang Patah akan mengadakan siri Ceramah Umum Pakatan Rakyat yang akan diadakan pada hari Jumaat (05 Mac 2010) di Bilik Gerakan PKR Kg. Laut, Skudai. Ceramah akan bermula jam 9 malam. Antara penceramah jemputan adalah Sdr. Hamid Jamah (Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Johor), YB. Dr. Boo Cheng Hau (ADUN Skudai, Johor), YB. Chang Lih Kang (ADUN Teja, Perak), YB. Nik Nazmi Nik Ahmad (Setiausaha Menteri Besar Selangor/ADUN Sri Setia) dan Sdr. Faris Musa (Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia).

Kehadiran orang ramai adalah amat dialu-alukan.


24 February 2010

KITA RAKYAT JOHOR TAK "JEALOUS" KE....??? TAK KAN TENGOK JE...

Ketua Umum PKR yang juga Penasihat Ekonomi Negeri Selangor dalam ucapannya malam tadi berkata bahawa Kerajaan Negeri Selangor telahpun mengagihkan sejumlah RM49 juta kepada rakyat Selangor tanpa mengira bangsa, agama atau fahaman politik. Pada majlis tersebut, kira-kira 400 anak negeri yang layak telah menerima bantuan kewangan, antaranya kanak-kanak baru lahir, warga tua dan penuntut universiti.

Rata-raya penerima sumbangan daripada program-program MES menunjukkan perasaan gembira mereka terhadap skim-skim bantuan yang diperkenalkan kerajaan Pakatan Rakyat selepas mengambil alih kerajaan dua tahun lalu.

Program kebajikan yang menjadi teras kepada MES ialah Tabung Anak Warisan Selangor, Skim Mesra Usia Emas, Hadiah Anak Masuk Universiti dan Tabung Kebajikan Anak-anak Pekerja Ladang.

Menurut kenyataan daripada pejabat penasihat ekonomi Selangor, sejak dilancarkan pada Jun 2008, sebanyak RM49 juta telah dibelanjakan bagi tujuan kebajikan di negeri itu.

Berbeza dengan Johor yang diberitakan hampir "muflis" berikutan ketidakcekapan kerajaan negeri pimpinan Umno/BN mengurus tadbir kewangan negeri.

Selama tiga tahun berturut-turut negeri itu mengalami defesit sebanyak RM2.04 juta (bajet 2008), RM2.746 juta (bajet 2009) dan RM1.5 juta (bajet 2010). Dalam masa yang sama katanya, hutang kerajaan negeri kepada Kerajaan Persekutuan meningkat 20.6 peratus daripada RM841.13 juta pada 2007 kepada RM1,010 juta atau RM1.01 bilion pada 2008.

Bahkan laporan dari Ketua Audit Negara 2008, kecairan tunai (Liquidity Ratio) kerajaan Johor adalah rendah kerana jumlah aset semasa hanyalah berjumlah RM201.53 juta (Tunai RM36.37 juta dan pelaburan RM165.16 juta) berbanding tanggungan semasa yang berjumlah RM943.54 juta.

Perbelanjaan negeri Johor lebih kurang RM785 juta setahun atau RM65 juta sebulan dan ini bermakna jika tiada pendapatan baru diterima, maka jumlah aset semasa sebanyak RM201.53 juta hanya membolehkan kerajaan Johor bertahan selama tiga bulan sahaja sebelum diisytiharkan muflis.

Hutang terkumpul Jcorp pula berjumlah RM4.032 bilion.

Pada 2002, melalui Pelan Induk Penstrukturan Semula Korporat di bawah Bank Negara, Jcorp telah menerbitkan bon (surat hutang) berjumlah RM4.032 bilion dengan kerajaan negeri sebagai penjaminnya.Tempoh matang bon-bon tersebut adalah pada 2007,2009, dan 2012.

Dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada 2009, Jcorp telah menebus bayar sebanyak RM393.76 juta (bon yang matang 2007) dan RM694.98 juta (bon yang matang 2009).Oleh itu, jumlah baki bon yang perlu ditebus pada 31 Julai 2012 ialah RM3.58 bilion.

Beliau juga mempersoal kemampuan Jcorp menampung kekurangan sebanyak RM2 bilion atau RM2,000 juta memandangkan purata keuntungan sebelum cukai Jcorp adalah lebih kuran 600 juta setahun.

Ini bermakna menjelang tahun 2012, Jcorp hanya mampu mengadakan lebih kurang RM1.5 bilion bagi menebus bayar bon.

Beliau tidak menolak kemungkinan Jcorp dan kerajaan negeri Johor akan mengambil jalan pintas dengan cara menjual aset-aset ataupun hartanah strategik milik mereka.

CEO Iskandar Investment Berhad (IIB) juga telah membuat kenyataan baru-baru ini bahawa IIB telah membeli Menara Pejabat Plaza Kotaraya daripada Jcorp dan tapak CIQ di Stulang daripada kerajaan Johor.

Apakah rakyat Johor masih sanggup dibebani hutang akibat kebodohan dan ketidakcekapan kerajaan negeri pimpinan Umno/BN yang ternyata gagal dalam menguruskan kewangan negeri dengan baik...??? Berbangga bila adanya orang melayu tersenarai dalam antara orang paling kaya di Malaysia namun dia tidak sedar dan tidak terfikir "apa yang aku dapat".....
Sedangkan kedua-dua aset atau hartanah tersebut mempunyai lokasi yang sangat strategik dan sangat baik untuk disimpan sebagai pelaburan jangka panjang.

18 February 2010

PERJUMPAAN DENGAN DATUK CHUA JUI MENG


Satu perjumpaan tertutup AJK Cabang, AMK dan Wanita PKR Gelang Patah bersama Datuk Chua Jui Meng akan di adakan berdasarkan butiran berikut :-

Tarikh : 19 Februari 2010
Masa : 0830 malam
Tempat : Pejabat PKR Taman Teratai.

Semua AJK yang dipilih dan dilantik adalah DIWAJIBKAN hadir.

Terima kasih.

Abdul Manan bin Othman
Pemangku Ketua Cabang
PKR Gelang Patah

12 February 2010

DATUK SERI ZAHRIN MOHD HASHIM KELUAR PKR

Datuk Seri Zahrin bin Mohd Hashim (gambar) telah mengumumkan untuk keluar parti (PKR) hari ini. Dalam Sidang Akhbarnya pagi ini, beliau mendakwa bahawa tindakan beliau adalah kerana ketidakpuashatian terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau juga mendakwa bahawa tindakan beliau adalah tindakan peribadi dan beliau akan menjadi ahli parlimen bebas yang tidak "mesra" BN. Turut hadir dalam sidang akhbar adalah bekas S/Usaha Agung PKR.

Beliau pernah menuduh Ketua Menteri Pulau Pinang, Sdr. Lim Guan Eng sebagai seorang diktator, cauvanis dan berfikiran komunis.

Kepada Datuk Seri Zaharin Mohd Hashim, Selamat Maju Jaya.

Kepada mana-mana pimpinan PKR yang memakai baju PKR namun peluh masih berbau Umno.. Ikutlah jejak beliau. Tidak perlu menyalahkan orang lain jika diri itu penuh dosa...

"Jadilah benih yang baik kerana benih yang baik jika di campak ke darat akan menjadi gunung dan jika di campak ke laut akan menjadi pulau"....

11 February 2010

ORANG PARIT SELANGOR, PONTIAN TERLIBAT DALAM PEMBUNUHAN ALTANTUYA???

Belum pun reda dengan isu perkauman yang menyebabkan kemarahan kepada kaum India dan Cina sehinggakan lebih dari 50 laporan polis dibuat terhadap Datuk Nasir Safar, beliau kini dikaitkan pula dengan keterlibatannya dalam kes pembunuhan model Monggolia, Altantuya Sharibu seperti mana yang didakwa oleh Penyiasat Persendirian (PI) P Balasubramniam.

Nasir yang sebelum ini merupakan bekas ADUN Pulai Sebatang, Pontian adalah anak jati Pontian dan kampung beliau adalah di Parit Selangor, kira-kira 10 kilometer dari Bandar Pontian. Menurut sahabatnya dalam Umno dahulu yang kini telah menyertai PKR Gelang Patah mendakwa bahawa Nasir bercita-cita membuka Restoran 1Malaysia di Pontian, namun akibat "ketidakcerdikan" beliau mengeluarkan pendapat dan hujah, Nasir kini menjadi kecaman dan makian penduduk setempat akibat "keceluparan" beliau. Dan yang terkini, terdapat penyokong2 beliau menubuhkan Kelab Penyokong Nasir Safar di Facebook bagi mempertahankan kenyataan Nasir Safar.

Bala dalam Akuan bersumpahnya mendakwa bahawa dia berada di tempat kejadian apabila polis membawa Altantuya dengan sebuah kereta di luar rumah kekasihnya, Abdul Razak Baginda, yang juga seorang lagi pegawai Najib. Beberapa minit sebelum Altantuya dibawa ke kereta, Bala mendakwa “sebuah Proton Saga biru yang dipandu oleh seorang lelaki Melayu melalui jalan itu secara perlahan. Tingkap pemandu tidak dinaikkan dan pemandu itu memandang ke arah kami.” Bala tidak tahu siapa lelaki Melayu itu tetapi berjaya memberitahu polis mengenai raut wajah lelaki itu ketika disoal siasat.

Menurut Sidhu (Peguam PI Bala), polis yang menyoalnya cuma memberitahu lelaki itu adalah jiran Abdul Razak (bawah, tengah). Bagaimanapun, Bala mengecam pemandu Melayu yang berkereta biru itu sebagai Nasir apabila melihat wajahnya di Internet, kata Sidhu.

Jika benar dakwaan PI Bala, apakah ini wajah dan sikap pimpinan Umno yang sanggup melakukan apa sahaja demi "WANG". Nasir Safar yang penulis amat kenali sebelum ini merupakan orang yang cukup beradab, bersusila bila bertutur bahkan cukup sederhana perwatakannya. Namun ketika beliau memegang jawatan tertinggi di Sebana Beach Resort, penulis sudah tidak lagi bersua dengan beliau.

Datuk Nasir Safar kini jauh berbeza.

09 February 2010

KETUA CABANG PKR GELANG PATAH DI MASUKAN HOSPITAL PAKAR


Dr. Zaliha binti Mustaffa telah dimasukkan ke wad 202 di Johor Specialist Hospital Johor Bahru hari ini dan mengikut kenyataan Doktor yang bertugas, Dr. Zaliha akan dibedah pada khamis 11 Februari 2010.

Sehubungan dengan itu marilah kita mendoakan agar Dr. Zaliha diberikan kekuatan dan segera pulih untuk kembali memimpin PKR Cabang Gelang Patah yang sekarang semakin aktif dengan pelbagai aktiviti.

Kami dari Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah mendoakan kesejahteraan dan kesihatan Dr. Zaliha.

UNTUK ZULKIFLI NORDIN : BERAMBUS KAU


KAU SEMEMANGNYA TAK FAHAM BAHASA
SEKARANG BERAMBUS KAU DARI PKR.....


AMK GELANG PATAH MENDESAK PIMPINAN TERTINGGI PARTI MEMECAT ZULKIFLI NORDIN. LEBIH BAIK HILANG 1 AHLI PARLIMEN DARI HILANG KEPERCAYAAN RAKYAT.

MB PERAK : PUAK GEROMBOLAN MENANG

Zambry Kundeta dari Puak Gerombolan telah di tabalkan oleh Mahkamah Persekutuan sebagai Memanda Menteri Besar yang dikategorikan "SAH" bukan lagi "HARAM" sekaligus menafikan kemenangan awal Dato' Seri Nizar Jamaluddin. Inilah hakikatnya dimana Umno/BN sebenarnya takut untuk menyerahkan keputusan kepada rakyat sebagai penentu.


Hakikatnya rakyat Perak akan bermenteri besarkan Zambry Abd Kadir sehingga PRU-13. Umno/BN tidak akan berani membubarkan DUN Perak walaupun mereka diberikan kemenangan oleh mahkamah.


Berbeza dengan Pakatan Rakyat Perak bahawa jika kemenangan berpihak kepada Pakatan Rakyat, Nizar berjanji akan membubarkan DUN Perak dan seterusnya menyerahkan kepada rakyat Perak untuk membuat keputusan siapakah sebenarnya yang layak menjadi "Menteri Besar Perak".

Nasib kome ler yobbb....