Kekerapan berlakunya jenayah di kawasan Parlimen Gelang Patah kebelakangan ini amat2 merisaukan penduduk. Jenayah seperti rompakan, samun, pecah rumah, pecah kereta, ragut dan rogol antara bentuk jenayah yang berlaku di sekitar Parlimen Gelang Patah. Ada penduduk yang melahirkan kerisauan untuk membenarkan anak2 mereka melakukan aktiviti luar rumah kerana amat risau dengan berita2 berlakunya jenayah terutama di taman2 seperti Taman Universiti, Taman Teratai, Taman Sri Pulai, Taman Sri Skudai dan Taman Tun Aminah.
Hari ini, Saketeriat Pakatan Rakyat akan menghantar memorandum kepada Menteri Besar Johor di Pejabat Menteri Besar, Kota Iskandar jam 11am. Memorandum ini antara lain menuntut pihak keselamatan terutama Polis mempertingkatkan rondaan serta pengawasannya bagi mengekang peningkatan kadar jenayah.
Agak menghairankan, puluhan anggota polis yang lengkap dengan sejata M16/Rifel boleh di kerahkan untuk memantau atau menghalang ceramah2 politik oleh Pakatan Rakyat namun kadar jenayah di Parlimen Gelang Patah kerap juga berlaku. Apakah anggota polis dipergunakan oleh pihak tertentu untuk kepentingan politik mereka...??? Hanya pihak PDRM yang mampu menjawap. Kami sebagai sebuah parti politik berpendirian bahawa akibat kelekaan pihak polis memantau pergerakan dan kegiatan kami sehinggakan SB (special branch) sering menghubungi kami untuk mengetahui perkembangan parti politik kami, maka penjenayah2 ini mengambil kesempatan.
Seperti ceramah di Kg. Laut pada minggu lepas, puluhan anggota polis dikerah untuk menghalang program penerangan kami sehinggakan SB2 ini pun terperanjat dengan kehadiran ramai anggota polis seolah-olah berlakunya jenayah besar di situ.
Kritikan kami adalah dari keluhan rakyat yang semakin risau dengan tahap keselamatan di kawasan mereka. Kepada pihak2 yang mempergunakan pihak polis demi kepentingan politik mereka seperti pemimpin Umno/BN, hentikanlah. Biarlah pihak polis melaksanakan tanggungjawab mereka menjaga keselamatan dan keamanan. Bukan di kerah mengikut "bontot" pemimpin politik Pakatan Rakyat yang secara tidak langsung merendahkan kreadibiliti dan reputasi mereka sebagai anggota/pegawai polis di mata masyarakat.
No comments:
Post a Comment