DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

15 March 2010

HARIAN METRO - SATU LAGI AKHBAR PENCACAI UMNO

"Berita yang sengaja diputar belitkan" demikianlah kenyataan ahli keluarga Allahyarham Mohd Salleh yang terkorban dalam kemalangan yang membabitkan kereta yang dinaiki oleh YB Tian Chua, Ahli Parlimen Batu pada 12 Mac 2010.


Semalam (14 Mac 2010), Ketua Angkatan Muda Keadilan Negeri Johor bersama beberapa pimpinan AMK Cabang yang lain termasuk Ketua AMK Cabang Gelang Patah telah menziarahi keluarga mangsa. Kami disambut dengan baik bahkan layanan yang diberikan seolah-olah keluarga ini sudah lama mengenali kami. Turut sama dalam lawatan tersebut adalah

Kehadiran kami menziarahi keluarga tersebut telah menarik Ketua Blok untuk turut serta. Dengan mengucapkan terima kasih atas kehadiran kami dan sempat juga beliau menyeru kepada kami untuk menyokong gagasan 1Malaysia yang membuat kami tersenyum.

Kenyataan Metro "Difahamkan, selepas majlis makan malam itu Anwar diiringi Tian Chua dalam kereta berasingan bergegas ke Mersing untuk menghadiri satu majlis di daerah berkenaan pada malam sama".

Jelas petikan dari metro ini adalah satu pembohongan kerana Tian Chua bersama 2 orang rakannya telah bertolak lebih awal ke Mersing berikutan beliau adalah penceramah ke 2 terakhir sebelum DS Anwar Ibrahim. Selepas kira2 45 minit Tian Chua meninggalkan jamuan makan malam tersebut barulah DS Anwar Ibrahim bertolak ke Mersing dan beliau berhenti ditempat kejadian untuk mengetahui keadaan sebenar dan kemudiannya terpaksa meneruskan perjalanan ke Mersing untuk program di sana. Selesai sahaja program tersebut beliau bergegas untuk ke Balai Polis Kota Tinggi namun dalam perjalanan ke sana beliau dimaklumkan bahawa urusan di balai polis tersebut telah selesai.

Bahkan keluarga mangsa amat kecewa apabila beberapa kenyataan yang tidak pernah sama sekali diucapkan oleh mereka namun ianya di tokok tambah dalam berita tersebut dengan tujuan untuk dipolitikkan.

Semalam juga dikhabarkan bahawa Ketua Pemuda Umno Tenggara dan Ahli Parlimen Kota tinggi turut mengutuk Tian Chua yang dilabel sebagai tidak bertanggungjawab. Hanya pihak keluarga dan Tian Chua sahaja yang mengetahui apa yang berlaku selepas kejadian tersebut.

Semoga kejadian ini menjadi iktibar dan pengajaran kepada semua pihak agar lebih berhati-hati ketika memandu di jalanraya. Ianya juga pengajaran yang amat berguna Majlis Pimpinan Negeri Johor agar bertindak pantas sekiranya berlaku sesuatu yang tak di duga seperti ini sebelum ianya dimanipulasi oleh pihak tertentu. Sekiranya DS Anwar diberikan nombor telefon keluarga mangsa, pasti DS Anwar akan menghubungi keluarga mangsa dengan segera. Namun pihak MPN dan PKR Kota Tinggi gagal berbuat demikian sehingga berita ini dimanipulasikan oleh media pencacai Umno/BN yang sentiasa menunggu berita bagi memburuk-burukkan pimpinan Pakatan Rakyat.

Sekiranya Majlis Pimpinan Negeri merasa keberatan untuk bertindak, arahkan sahaja Angkatan Muda Keadilan Negeri Johor (AMK Johor) untuk bertindak. Kami sentiasa bersedia.

No comments: