DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

13 March 2010

KENDERAAN TIAN CHUA TERLIBAT DALAM KEMALANGAN

Kenderaan yang dinaiki oleh Ahli Parlimen Batu YB Tian Chua telah mengalami kemalangan apabila kereta yang dipandu oleh sahabatnya itu berlanggar dengan sebuah motorsikal malam tadi (12 Mac 2010). YB Tian Chua yang dalam perjalanan ke Mersing bagi menghadiri program ceramah bersama DS Anwar Ibrahim, terpaksa membatalkan kehadiran beliau ke program tersebut berikutan beliau dikehendaki memberi keterangan kepada pihak polis.
Kemalangan dipercayai berlaku apabila penunggang motorsikal terbabit yang merupakan seorang anggota tentera cuba memotong sebuah bas yang menghala ke kota Tinggi lalu bertembung dengan kereta yang dinaiki oleh Tian Chua.
Mangsa meninggal dunia akibat kecederaan parah dan kehilangan banyak darah akibat tangannya yang terputus manakala rakannya (pembonceng) mengalami kecederaan.
Jalan yang gelap kerana tiada lampu jalan serta keadaan jalan yang bengkang bengkok memberi sedikit kesukaran kepada pemandu yang tidak biasa melalui jalan tersebut.
Bapa mangsa yang ditemui di Balai Polis Kota Tinggi redha dengan kemalangan tersebut dan sempat berpelukan dengan Tian Chua dan menganggap kemalangan tersebut sebagai takdir.
Namun sedikit kekesalan apabila sekumpulan pemuda Umno yang cuba bertindak agresif terhadap Tian Chua namun ianya berjaya ditenangkan oleh beberapa AJK AMK Johor dan orang ramai yang segera bergegas ke tempat kejadian. Mereka kemudiannya berkumpul di hadapan balai polis terbabit sebelum diarah beredar oleh anggota polis yang bertugas.
Sifat tenang, budi bahasa dan perlakuan sopan Tian Chua semasa memperjelaskan situasi sebenar kepada bapa mangsa telah menarik perhatian beberapa anggota polis yang turut memuji sikap Tian Chua. Bahkan suasana sebak bila mana bapa mangsa sanggup memeluk Tian Chua dan sebagai reaksi balas Tian Chua bersalam dan mencium tangan bapa mangsa. Inilah sikap terpuji dari seorang pemimpin.
Pemandu/rakan beliau masih ditahan di balai polis berkenaan sehingga esok untuk siasatan lanjut.

Kepada keluarga mangsa, kami ucapkan takziah diatas kehilangan insan tersayang.

No comments: