Walaupun berita mengenai penahanan dua anggota Angkatan Muda Keadilan (AMK) Gombak telah ditahan polis kerana mengedarkan risalah yang mendakwa laporan perubatan Hospital Kuala Lumpur dan Pusrawi bahawa Mohd Saiful Bukhari Azlan tidak diliwat telah merentap keberanian atau semangat juang Angkatan Muda Keadilan di Johor ini, diharap ianya hanya bersifat sementara.
Risalah penerangan terperinci dari PKR Pusat mesti dedarkan kepada rakyat agar ianya dapat memahamkan duduk perkara sebenar isu pertuduhan liwat yang kita anggap sebagai Fitnah ke-2 terhadap Dato' Seri Anwar Ibrahim bagi mematikan langkah politik beliau. Angkatan Muda Keadilan di setiap cabang di Johor tidak wajar gentar dan takut terhadap sebarang ugutan dan tekanan kerana dengan cara ini sahaja kita dapat menerangkan kepada rakyat secara "detail" bahawa pertuduhan liwat ini hanyalah rekaan semata-mata.
Ayuh anak muda... Jangan rasa takut dan gentar.. Teruskan perjuangan...
No comments:
Post a Comment