DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

17 March 2010

WEE KA SIONG & ONG KA TING PERCATURAN BARU PIMPINAN UMNO

Ketua Pemuda MCA, Dr Wee Ka Siong masih lagi menyembunyikan isu sebenar mengenai pembabitannya dalam skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) apabila mengemukakan perintah ex parte kepada Ahli Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM, Tan Sri Robert Phang.

Perkara itu terjadi ketika cubaan Robert untuk mendedahkan mengenai penglibatan Ka Siong dengan skandal penyelewengan PKFZ kepada pemberita semasa sidang media 22 Januari lalu di Kuala Lumpur.

Tindakan Wee menghalang Robert mengaitkan dirinya dengan PKFZ, jelas menunjukkan tindakan pengecut Ka Siong untuk mendedahkan hal sebenar kepada orang awam. Tindakan Ka Siong itu hanya akan menguatkan lagi tafsiran bahawa beliau memang ada kaitan dengan isu ini. Ka Siong sewajarnya berani tampil memberi penjelasan untuk membersihkan namanya jika benar beliau tidak terlibat dalam skandal terbabit, dan bukannya menghalang pegawai SPRM daripada menjelaskan isu sebenar.

Amat jelas, ada perkara yang beliau tidak mahu orang awam tahu mengenai penglibatan syarikatnya, Hijau Sekitar Sdn Bhd dengan isu penyelewengan PKFZ.

Mungkinkah kemunculan semula Tan Sri Ong Ka Ting yang menawarkan dirinya untuk bertanding jawatan Presiden MCA pada 28 Mac ini adalah atas desakan atau campurtangan pimpinan Umno/MCA yang merasakan diri mereka terancam dengan isu skandal PKFZ ini.

No comments: