Najib Tun Razak bersumpah di Masjid Jamek Guar Perahu 22/8/08 lalu, dia tak kata dia tak kenal dan tak ada kaitan dengan Altantuya Shaariibuu. Berikut ialah sumpahnya seperti dilaporkan Bernama dalam berita bertajuk "Najib bersumpah tidak kenal dan tiada kaitan dengan Altantuya":
"Dengan nama Allah, Wallahi, Wabillahi, Watallahi, saya tidak kenal dan tidak ada kaitan dengan perempuan Mongolia"Sumpah Najib dengan mengatakan tidak mengenali Perempuan Mongolia adalah amat umum. Kita mahu dinyatakan secara khusus Altantuya Shaariibuu yang dibunuh di negara ini dan mayatnya diletupkan dengan C4.
Saya yakin ramai yang ternanti-nanti untuk mendengar Najib & Rosmah bersumpah dengan kalimah qasam seperti di atas bahawa semua yang dinyatakan dalam akuan bersumpah Raja Petra yang saya pautkan di atas tidak benar sama sekali.
Oleh kerana Najib dah membiasakan dirinya bersumpah dengan kalimah qasam yang diajarkan oleh Islam, waLlahi, wabiLlahi, wataLlahi, kita teringin sungguh nak melihat dia bersumpah dengan kalimah yang sama dan menyatakan semua yang terkandung dalam akuan bersumpah Raja Petra bertarikh 18 Jun 2008 itu semuanya tidak betul sama sekali.
Jika Zulkifli Nordin dalam kenyataan di Parlimen tempohari memuji Najib kerana berani bersumpah bahkan menyeru kita untuk berperasangka baik terhadap Najib, beliau wajar meneliti semula sumpah Najib yang terlalu umum itu.
No comments:
Post a Comment