DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

13 March 2010

DS ANWAR IBRAHIM DI MERSING - UMNO SEMAKIN GELABAH

Kedatangan DS Anwar Ibrahim ke Mersing buat julung kalinya telah disambut hampir 10 ribu orang yang hadir dalam Ceramah Perdana anjuran Pakatan Rakyat Mersing. Jumlah tersebut agak memeranjatkan kerana kawasan Mersing merupakan kubu kuat Umno selain dikelilingi felda2 dan perkampungan nelayan yang majoriti besarnya adalah melayu.



DS Anwar Ibrahim dalam ceramahnya mencabar Najib mendakwanya atas kenyataannya berhubung komisyen pembelian Jet Sukhoi, Kapal Selam serta keterlibatan Najid dan Rosmah dalam pembunuhan Altantuya Sharibu.

Beliau juga menyeru anggota tentera atau bekas pesara tentera yang memahami erti dan nilai perjuangan agar membuat bersama-sama Pakatan Rakyat untuk membuat perubahan bagi menukar tampuk kepimpinan yang lebih baik.
DS Anwar juga berjanji sekiranya Pakatan Rakyat memerintah, hasil kekayaan negara akan dikecapi oleh seluruh rakyat sebagaimana berlakunya di negeri Selangor.
Sebelum beliau memulakan ceramah beliau, Angkatan Muda Keadilan Negeri Johor telah bertindak membakar akhbar Utusan Malaysia yang menjadi pencacai kepada Umno.

Kehadiran ribuan hadirin telah memberi isyarat kepada Umno bahawa rakyat Mersing akan membuat perubahan pada PRU-13 nanti. Kepada PKR Mersing walaupun baru di peringkat penajaan, jangan cepat berpuashati dengan kejayaan program tersebut. Lipat gandakan lagi usaha untuk Pakatan Rakyat menawan Johor.

No comments: