Bekas Ketua AMK Malaysia, Mohd Ezam Mohd Noor akan mengadakan Ceramahnya di Rimba Terjun, Pontian pada malam ini (12/3/2010) anjuran Umno Cawangan Rimba Terjun (Parlimen Tanjung Piai). Secara kebetulan ataupun telah dirancang, Program Dato' Seri Anwar Ibrahim di Kota Tinggi/Mersing juga akan diadakan pada tarikh yang sama.
Namun begitu, perkhabaran dari teman2 di Pontian mengatakan bahawa SMS palsu dan khabar2 angin mula disebarkan dengan mengatakan bahawa Dato' Seri Anwar Ibrahim akan hadir ke ceramah "Mat Ezam" sebelum ke program rasmi beliau.
Mungkinkah pihak penganjur khuatir sambutan dari penduduk setempat kurang memuaskan serta populariti "Mat Ezam" yang semakin menurun apatah lagi kebencian rakyat terhadap kepimpinan Umno semakin meluap-luap, maka "aura" Dato Seri Anwar Ibrahim digunakan untuk menarik kehadiran orang ramai.
Begitulah "kebacinan" Umno Caw. Rimba Terjun di dalam Parlimen Tanjung Piai apabila terpaksa menggunakan nama Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk programnya. Kepada Datuk MOY (pemilik majalah UJANG) adalah lebih bermaruah jika gunakan kartunis2 Datuk untuk menarik orang ramai datang ke ceramah Mat Ezam dari menghantar SMS palsu.
"BANGSAT PUNYA UMNO"
No comments:
Post a Comment