

Inilah keadaan dan tekanan yang di terima oleh Parti Keadilan Rakyat Cabang Gelang Patah apabila Ceramah Umum yang dijadualkan pada malam tadi gagal diadakan berikutan pihak polis bertindak menyekat ceramah tersebut. Hanya ceramah kelompok berjaya diadakan didalam premis Bilik Gerakan PKR Ranting Kg. Laut, pun begitu kira2 100 orang dari pelbagai kaum hadir untuk mendengar ceramah ringkas dari penceramah2 yang turut ingin bersama-sama hadirin walaupun ceramah umum tersebut dibatalkan.


Kami juga percaya bahawa adanya campurtangan politik turut mempengaruhi kelulusan ini kerana tidak jauh dari tapak ceramah tersebut, Umno mengadakan sambutan Maulidur Rasul yang turut dihadiri oleh Ketua Umno Bahagian Gelang Patah.
Setelah perbincangan dengan Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara akhirnya beliau membenarkan majlis perasmian Bilik Gerakan PKR Ranting Kg. Laut diadakan pada malam tadi dan turut memberi jaminan bahawa pihak polis tidak akan menghalang sebarang aktiviti parti di situ pada masa akan datang kerana premis tersebut secara rasminya telah menjadi premis PKR Ranting Kg. Laut. Kami agak kehairanan apabila kami menghubungi beberapa wartawan dari akhbar cina, puluhan anggota polis yang berkawal sejak pukul 6.30 petang terus menghilangkan diri bersama 2 lori "black maria". Yang tinggal hanyalah 3 kereta polis bersama kira2 10 orang anggota.
Parti Keadilan Rakyat Cabang Gelang Patah mengucapkan jutaan terima YB Nik Nazmi yang merasmikan Bilik Gerakan PKR Ranting Kg. Laut walaupun terpaksa berjalan kaki kira2 1km ke tapak ceramah berikutan larangan pihak polis tidak membenarkan sebarang kenderaan luar masuk ke kampung tersebut.
Ucapan terima kasih kepada ADUN Skudai, Dr. Boo yang turut hadir sebagai tanda sokongan terhadap program tersebut.
PKR Cabang Gelang Patah turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada Sdr. Hamid Jamah yang mahu juga hadir ke tapak ceramah tersebut walaupun telah dimaklumkan bahawa pihak polis telah mengarahkan ceramah tersebut dibatalkan namun atas rasa persahabatan dan sikap seorang pemimpin yang tulus beliau tetap menghadirkan diri. Bahkan dalam ucapan ringkasnya beliau mengatakan bahawa di awal tahun 2000 tekanan yang diterima oleh parti pembangkang pada ketika itu lebih hebat sehinggakan pihak polis melepaskan anjing2 untuk menghalang ceramah dari terus diadakan.
Terima kasih kepada Sdr. Faris Musa yang juga berkeras mahu hadir ke ceramah tersebut walaupun telah dimaklumkan bahawa ceramah tersebut dibatalkan akibat halangan dari pihak polis.

Justeru Angkatan Muda Keadilan Cabang Gelang Patah wajar bertambah semangat untuk kita menumbangkan kedurjanaan Umno/BN. Ingat pesanan Ayahanda "......lagi kita ditekan.. lagi kita melawan... Lawan tetap Lawan... "
3 comments:
"cik ros sruh letak gamba bnyak2..."
Tahniah pejuang2 muda semua!
Memang bangsat Polis Johor yang menganggap UMNO sahaja yang boleh bagi nasi kat anak bini depa..
Hanya UMNO sahaja yang boleh ampunkan dosa depa!!
Laknat Allah pada Polis-polis tersebut!
Post a Comment