DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

06 March 2010

- CATATAN CERAMAH UMUM PAKATAN RAKYAT PADA 05 MAC 2010 -

Malam tadi, seluruh penduduk Kg. Laut, Skudai merasakan inilah kali pertama mereka merasakan berada dalam keadaan cukup selamat kerana hampir 100 anggota polis pelbagai pangkat lengkap dengan senjata rifel/M16 berada dalam kampung tersebut. Setiap laluan didalam kampung tersebut dikawal oleh anggota polis.


Inilah keadaan dan tekanan yang di terima oleh Parti Keadilan Rakyat Cabang Gelang Patah apabila Ceramah Umum yang dijadualkan pada malam tadi gagal diadakan berikutan pihak polis bertindak menyekat ceramah tersebut. Hanya ceramah kelompok berjaya diadakan didalam premis Bilik Gerakan PKR Ranting Kg. Laut, pun begitu kira2 100 orang dari pelbagai kaum hadir untuk mendengar ceramah ringkas dari penceramah2 yang turut ingin bersama-sama hadirin walaupun ceramah umum tersebut dibatalkan.

Yang kami kesalkan adalah sikap pihak Polis Daerah Johor Bahru Utara yang tidak profesional kerana permohonan permit ceramah telah dihantar pada 18 Februari 2010 dan jawapan bahawa permohonan itu ditolak hanya kami terima pada 5 Mac 2010 kira2 jam 12 tengahari. Apakah terlalu sukar untuk memberi jawapan balas permohonan tersebut sehinggakan mengambil masa berhari-hari..?? Sewajarnya pihak polis menjawap surat tersebut secepat mungkin bagi kami memindahkan ceramah tersebut ke tempat lain sekiranya permohonan kami di tolak dan bukan memberi jawapan saat2 akhir seperti ini. Jawapan di saat2 akhir ini seolah-olah mahu mensabotaj program kami. Peraturan permohonan permit telah kami patuhi iaitu 14 hari dari tarikh program berlangsung namun jawapan lewat dari pihak polis amat mendukacitakan kami. Kami faham tugas pihak polis dan bersedia untuk memberi kerjasama yang terbaik. Kami bukan mahu berlawan dengan polis. Kami hanya mahu menjatuhkan Umno yang terlalu memperkudakan pihak berkuasa seperti polis demi kepentingan politik bangsat mereka.

Program terpaksa diteruskan walaupun menerima tekanan berikutan persiapan telah dibuat.
Kami juga percaya bahawa adanya campurtangan politik turut mempengaruhi kelulusan ini kerana tidak jauh dari tapak ceramah tersebut, Umno mengadakan sambutan Maulidur Rasul yang turut dihadiri oleh Ketua Umno Bahagian Gelang Patah.
Setelah perbincangan dengan Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara akhirnya beliau membenarkan majlis perasmian Bilik Gerakan PKR Ranting Kg. Laut diadakan pada malam tadi dan turut memberi jaminan bahawa pihak polis tidak akan menghalang sebarang aktiviti parti di situ pada masa akan datang kerana premis tersebut secara rasminya telah menjadi premis PKR Ranting Kg. Laut. Kami agak kehairanan apabila kami menghubungi beberapa wartawan dari akhbar cina, puluhan anggota polis yang berkawal sejak pukul 6.30 petang terus menghilangkan diri bersama 2 lori "black maria". Yang tinggal hanyalah 3 kereta polis bersama kira2 10 orang anggota.
Parti Keadilan Rakyat Cabang Gelang Patah mengucapkan jutaan terima YB Nik Nazmi yang merasmikan Bilik Gerakan PKR Ranting Kg. Laut walaupun terpaksa berjalan kaki kira2 1km ke tapak ceramah berikutan larangan pihak polis tidak membenarkan sebarang kenderaan luar masuk ke kampung tersebut.
Ucapan terima kasih kepada ADUN Skudai, Dr. Boo yang turut hadir sebagai tanda sokongan terhadap program tersebut.
PKR Cabang Gelang Patah turut mengucapkan ribuan terima kasih kepada Sdr. Hamid Jamah yang mahu juga hadir ke tapak ceramah tersebut walaupun telah dimaklumkan bahawa pihak polis telah mengarahkan ceramah tersebut dibatalkan namun atas rasa persahabatan dan sikap seorang pemimpin yang tulus beliau tetap menghadirkan diri. Bahkan dalam ucapan ringkasnya beliau mengatakan bahawa di awal tahun 2000 tekanan yang diterima oleh parti pembangkang pada ketika itu lebih hebat sehinggakan pihak polis melepaskan anjing2 untuk menghalang ceramah dari terus diadakan.
Terima kasih kepada Sdr. Faris Musa yang juga berkeras mahu hadir ke ceramah tersebut walaupun telah dimaklumkan bahawa ceramah tersebut dibatalkan akibat halangan dari pihak polis.

Jutaan terima kasih dan maaf kepada hadirin yang hadir pada malam tadi. Kepada teman2 yang bertungkus lumus menjayakan program ini dari awal2 lagi diharap tidak luntur semangat walau sedikitpun akibat dari kekangan pihak polis. Jadikan ini sebagai satu cabaran bahawa anak muda akan terus berjuang menumbangkan kebangsatan Umno/BN. Percayalah bahawa Angkatan Muda Keadilan Gelang Patah tidak pernah gentar dan luntur semangat walaupun diugut dan ditekan sebaliknya kami jadikan tekanan dan ugutan tersebut untuk menjadikan semangat juang kami lebih kental untuk melawan puak2 bangsat Umno/BN. Apa yang kami harapkan adalah sikap profesional pihak polis dalam memberikan kami ruang untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat. Kami juga mengharapkan agar pihak polis tidak terus2an menjadi kuda tunggangan kepada pimpinan Umno/BN.
Justeru Angkatan Muda Keadilan Cabang Gelang Patah wajar bertambah semangat untuk kita menumbangkan kedurjanaan Umno/BN. Ingat pesanan Ayahanda "......lagi kita ditekan.. lagi kita melawan... Lawan tetap Lawan... "

3 comments:

girder said...
This comment has been removed by the author.
girder said...

"cik ros sruh letak gamba bnyak2..."

budakbalun said...

Tahniah pejuang2 muda semua!
Memang bangsat Polis Johor yang menganggap UMNO sahaja yang boleh bagi nasi kat anak bini depa..
Hanya UMNO sahaja yang boleh ampunkan dosa depa!!

Laknat Allah pada Polis-polis tersebut!