Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menuntut supaya agar kerajaan segera membatalkan kontrak perkhidmatan Apco Inc dan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan diRaja bagi menyiasat skandal yang disifatkan sebagai mencalar maruah negara yang berstatus negara islam.
Sikap kerajaan yang membisu terhadap dakwaan penglibatan Apco yang secara tidak langsung mendedahkan kerahsiaan strategik negara telah terjejas apabila kerajaan melantik syarikat perunding komunikasi itu.
Umno/BN dalam satu masa berdemo kononnya anti-Israel, menentang Zionis dan kezaliman oleh Israel terhadap orang Islam di Palestin dan sebagainya namun dalam masa sama merekalah yang membenarkan serta bersengkongkol dengan negara yahudi tersebut. Apa kurangkah kepakaran anak2 jati tempatan. Bercakap soal melayu dan bumiputera namun menjadi petualang negara apabila membenarkan syarikat yahudi menjadi perunding telekomunikasi negara. Ianya amat jelas mendedahkan beberapa maklumat penting kepada Kerajaan yahudi Israel yang dicurigai hampir seluruh dunia.
Penglibatan S/usaha Akhbar Najib, Datuk Tengku Sharifuddin bin Tengku Ahmad yang menjadi saksi semasa proses menandatangani perjanjian. Kebiasaannya perjanjian tersebut ditandatangani oleh pegawai kerajaan.
Penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyiasat dakwaan ini amat bertepatan sekali namun mereka2 yang dilantik nanti bukanlah atas nasihat pihak pemerintah kerana dicurigai Ahli Panel Suruhanjaya yang dibentuk atas nasihat kerajaan boleh "dibeli".
Najib wajar akur dengan cadangan DS Anwar dan penubuhan suruhanjaya siasatan adalah tindakan paling "relevan" sekali bagi membuktikan kebenaran. Najib tidak perlu bersumpah dahulu untuk menafikan dakwaan ini, biarlah suruhanjaya siasatan yang bakal dibentuk nanti menyiasat isu ini secara menyeluruh...
No comments:
Post a Comment