Mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat yang akan berlansung pada 4 April ini akan memuktamadkan siapakah calon yang paling layak untuk bertanding di Pilihanraya Kecil P94 Hulu Selangor.
Pengerusi PKR Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak menolak kemungkinan memilih calon yang berasal dari Hulu Selangor untuk bertanding mewakili PKR dan beliau menegaskan ianya adalah salah satu strategi PKR untuk mendapatkan sokongan pengundi, sekali gus mempertahankan kerusi Parlimen Hulu Selangor.
Pengarah Pilihan Raya PKR Selangor Abdullah Sani pula menegaskan bahawa gerakerja telah dimulakan dan mendapat kerjasama penuh dari pimpinan PAS dan DAP.
Pastinya akan berlaku sandiwara dari "pelakon2 politik" yang telahpun menyiapkan skrip dari awal2 lagi bagi mendapat imbuhan "besar" dari Umno/BN. Mereka yang terlalu bertuhankan duit pasti akan mengadai maruah mereka hanya kerana "duit". Selayaknya mereka2 ini di gelar "pelacur Politik". Kita nantikan "pelakon2 politik" yang akan muncul satu persatu seperti cendawan tumbuh selepas hujan.
No comments:
Post a Comment