Ahli Majis Pimpinan Pusat PKR Badrul Hisham Shahrin (Che'gu Bard) turut hadir bersama beberapa pimpinan PR daripada Pulau Pinang mengharapkan agar jemputan/pelawaan dari Pakatan Rakyat disambut baik oleh Pemuda Umno kerana segala persiapan telah dibuat, termasuk mendapat kerjasama mendapat daripada kerajaan negeri. Bahkan Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat sebagai pendokong kerajaan Pakatan di Pulau Pinang hendak cari penyelesaian dan jika tuduhan meraka itu benar, maka debat ini secara langsung dapat menegur kerajaaan negeri.Pemuda Umno yang sebelum ini hanya berani bersuara di media2 sekarang wajar menyahut cabaran ini jika mereka dipihak yang benar. "Berani kerana benar, Takut kerana salah..."
Selepas Pemuda PR Pulau Pinang, debat ini akan diteruskan dan negeri seterusnya berkemungkinan JOHOR dan Angkatan Muda Keadilan Negeri Johor sudah bersedia dan amat2 berharap kesudian Pemuda Umno untuk berdebat secara terbuka mengenai pelbagai isu di Johor ini terutama kegagalan kerajaan negeri dibawah pimpinan Ghani Othman menguruskan kewangan negeri sehingga menyebabkan Johor ke arah "muflis" dan penjualan beberapa aset kerajaan negeri akibat dari permasalahan tersebut. Juga akan disentuh adalah isu Wilayah Pembangunan Iskandar yang meletakan tanah Johor kepada pemilikan asing.
Untuk Pemuda Umno Pulau Pinang "Jika kamu tidak mahu dilabel sebagai Pemuda Umno yang "BACUL", sahutlah cabaran debat dari Pemuda Pakatan Rakyat Pulau Pinang.... Kepada Rizal Mareecan, sekarang adalah masanya untuk membuktikan dakwaan bahawa orang melayu Pulau Pinang benar2 dipinggirkan oleh Sdr. Lim Guan Engg..
No comments:
Post a Comment