Gabungan Pakatan Rakyat di Kota Tinggi dan Mersing telah bertungkus lumus sejak 2 minggu yang lalu untuk membuat persiapan terbaik. Komitmen tinggi yang diberikan oleh petugas2 telah memperlihatkan kesungguhan mereka mahukan Umno/BN di tumbangkan di bumi Johor ini.
Beberapa AJK Angkatan Muda Keadilan Negeri Johor telah diberikan amanah untuk menjaga keselamatan Dato' Seri Anwar Ibrahim sepanjang program beliau di Johor manakala selebihnya akan dikerahkan ke Mersing kerana dijangkakan suasana "panas" akan berlaku namun diharapkan Angkatan Muda Keadilan Negeri Johor menjaga keperibadian masing2 bagi menunjukkan sikap dan kematangan politik. Jangan termakan provokasi murahan dari golongan2 "bangsat" yang sentiasa mahu menggagalkan apa juga program Pakatan Rakyat di negeri Johor ini kerana mereka sudah mula gelisah dengan kebangkitan dan kesedaran rakyat Johor mengenai kepincangan petadbiran yang diterajui oleh Umno terutama kelemahan dalam urustadbir kewangan negeri.
Berikut adalah tentatif program lawatan Yang Berhormat Dato' Seri Anwar Ibrahim di Kota Tinggi dan Mersing :-
Kota Tinggi
- 07.30 mlm - DSAI bersama rombongan dijangka tiba di Kota Tinggi dan menunaikan solat Maghrib di Masjid Jamek Kota Tinggi
- 0800mlm - Jamuan Makan Malam di Public Restoran, Kota Tinggi
- Yang Berbahagia Datuk Chua Jui Meng
- Yang Berhormat Tein Chua
- Yang Berhormat Gan Pei Nei
Mersing
- 0845pm - 1200pmCeramah Perdana Pakatan Rakyat
- Yang Berhormat Dato' Seri Anwar Ibrahim
- Yang Berbahagia Datuk Chua Jui Meng
- Yang Berhormat Tein Chua
- Yang Berhormat Gan Pei Nei
- Yang Berhormat Dr. Boo Cheng Hau
- Yang Berbahagia Profesor Datuk Dr. Mahfodz Mohamed
No comments:
Post a Comment