DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

08 September 2008

BN Gagal bawa perubahan: Bekas Ketua Gerakan Wilayah sertai KeADILan

KUALA LUMPUR 7 SEPTEMBER (SK) -BEKAS Ketua Gerakan Wilayah Persekutuan, Dr Tan Kee Kwong menyifatkan tindakan beliau menyertai parti keADILan kerana telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan dan hala tuju Gerakan, Umno dan Barisan Nasional yang di sifatkan gagal membawa perubahan dan kemakmuran kepada seluruh masyarakat berbilang kaum di negara ini..
Dr Tan, 61 merupakan anak kepada Pengasas Gerakan dan tokoh pembangkang yang disegani, Dr Tan Chee Koon pada sekitar 60 dan 70 an. Beliau pernah memegang jawatan sebagai Timbalan Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi dari 1999 hingga 2004 serta menjadi ahli parlimen Segambut selama 3 penggal berturut-turut dari 1995 hingga 2004.
“Saya telah mengantar surat untuk keluar dari Gerakan melalui fax yang dialamatkan kepada Setiausaha Agung parti itu, Chia Kwang Chye pada 5 September lalu.
Beliau berkata demikian ketika mengulas penyertaannya ke dalam keadilan pada satu sidang media yang diadakan di Ibu pejabat Parti keadilan di Merchant Square, Petaling Jaya pada 6 september lalu .
” Keputusan ini bukan senang tetapi saya percaya parti yang berasaskan satu kaum seperti Umno, MCA dan MIC sudah tidak relevan lagi ” jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika mengulas penyertaannya ke dalam keadilan pada satu sidang media yang diadakan di Ibu pejabat Parti keadilan di Merchant Square, Petaling Jaya pada 6 september lalu .
Turut hadir dalam sidang media tersebut ialah presiden keADILan, DR Wan Azizah Ismail, menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim, ketua Penerangan KeADILan, Tian Chua dan barisan pimpinan KeADILan.
Pada Mei lalu, beliau dilantik untuk menjadi pengerusi bersama pasukan khas pengurusan tanah di Selangor yang mengkaji hal-hal berkaitan berkaitan pengurusan batuan, pasir dan tanah di negeri itu.
Menurut Dr Tan, beliau keluar dari gerakan dan menyertai KeADILan kerana percaya era sistem parti yang berasaskan ras atau kaum telah pun berakhir di negara ini dan tiba masa bagi rakyat Malaysia membuat perubahan politik yang memberi manfaat kepada keseluruhan rakyat Malaysia.
” Selepas tsunami politik pada 8 Mac, Saya percaya majoriti warganegara di Malaysia mahukan parti politik yang berbilang kaum dan agama” Ujar beliau.
Katanya, KeADILan adalah sebuah parti yang mempunyai masa depan yang cerah untuk generasi berbilang kaum pada masa hadapan dan kerana itu beliau memilih platform keadilan untuk meneruskan perjuangan politiknya.
” Keadilan adalah sebuah parti politik masa depan. Saudara Anwar sedang menuju ke arah untuk menjadikan Malaysia negara yang lebih baik, kerana itu saya menyokong perjuangan beliau untuk mengenepikan para perasuah dalam Umno dan BN” ujar nya.
Dalam masa yang sama Dr Tan menyeru supaya pemimpin-pemimpin parti-parti komponen di dalam Barisan Nasional supaya mengkaji semula perjuangan parti tersebut yang telah lari dari garisan perjuangan dan matlamat yang asal untuk membela hak dan nasib rakyat.
” Tolong jujur kepada diri anda. Umno sudah jauh dari perjuangan asal. Dulu mereka mempertahankan hak nelayan, petani, guru dan sebagainya . Tapi sekarang mereka sudah menjadi parti yang menjadi tauke’” ujarnya.
Dalam sidang media tersebut, beliau turut menyentuh mengenai dasar politik perkauman yang diamalkan oleh Barisan Nasional terutamanya Umno telah menyebabkan beliau semakin hilang kepercayaan terhadap dasar parti tersebut.
” sebab utama yang menyebabkan orang cina merasa marah kepada Umno kerana pemimpin Umno menggunakan keris untuk mengugut masyarakat Cina” ujar beliau.
Ketika di tanya kenapa beliau menyertai keadialan sekarang, Dr Tan berkata, beliau yang menyertai Gerakan kerana diminta oleh bekas naib presiden parti itu, Alex Lee pada 1995 bertujuan untuk mengubah perjuangan parti itu dari dalam.
Dr Tan berkata, beliau menyertai Gerakan secara bidan terjun apabila menyertai parti berkenaan dua bulan sebelum pilihanraya umum pada tahun itu dan bertanding di kawasan Parlimen Segambut.

” Dulu saya fikir mahu menyertai Gerakan untuk mengubah Gerakan dan Barisan Nasional dari dalam tetapi setelah melepasi banyak tahun, sekarang sampai satu tahap yang mustahil” ujarnya.

Dalam masa yang sama, Dr Tan turut diminta mengulas pandangan beliau terhadap sikap Ketua Bahagian Umno Bukit Bendera, Ahmad Ismail yang mengeluarkan kenyataan berbau perkauman sehingga mengguris hati masyarakat Cina di negara ini, malahan Ahmad mendapat sokongan 13 ketua bahagian Umno di Pulau Pinang.

” Jawapan saya adalah mudah. Pemimpin sebegini tidak sayangkan negara dan mereka cuba untuk memusnahkan Malaysia, negara yang berbilang kaum” katanya.

Nadi REFORMIS
AMK Gelang Patah

No comments: