DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

05 September 2008

Upko sokong 16 September dijadikan cuti umum negara

KOTA KINABALU: Presiden Pertubuhan Pasok Momogun Kadazan-dusun Murut Bersatu (Upko) Tan Sri Bernard Dompok menyokong cadangan supaya 16 September setiap tahun dijadikan cuti umum negara ini sebagai memperingati hari pembentukan Malaysia.
Katanya sudah tiba masanya kerajaan pusat melihat semula perkara ini yang pernah dibangkitkan di peringkat kerajaan persekutuan sebelum ini, namun tidak ada keputusan dibuat.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan anggota perkhidmatan awam jabatan dan badan berkanun persekutuan di Kompleks Pentadbiran Persekutuan, Likas dekat sini hari ini.
Dompok ketika diminta mengulas cadangan penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya 16 September setiap tahun dijadikan cuti umum untuk lima negeri yang diperintah Pakatan Rakyat sebagai memperingati hari pembentukan Malaysia.
Mengenai pendirian Upko berhubung kedudukan Parti Maju Sabah (SAPP) dalam gabungan Barisan Nasional (BN) berikutan ketetapan parti itu untuk meneruskan usaha mengemukakan usul tidak percaya terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, beliau berkata tiada keperluan untuk mengemukakan usul memecat keanggotaan SAPP dalam BN. "Kalau kita teliti betulbetul jelas sekali usul tidak percaya (terhadap Perdana Menteri) ini bukan hanya masalah kepada SAPP tetapi masalah kepada ramai pemimpin yang lain.
"Malah dalam Umno sendiri pun ada pemimpin yang secara terang-terang menyampaikan mesej yang sama...jadi kita rasa tidak perlu ini dijadikan alasan untuk mendisiplinkan SAPP," kata Dompok yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
Mengenai kerisauan para pemimpin BN berhubung pertemuan yang diadakan antara presiden SAPP Datuk Yong Teck Lee dan Anwar sebelum ini, katanya Upko tidak melihatnya sebagai satu perkara yang boleh mengundang tindakan disiplin.
"Kita lihat selepas pilihan raya umum 8 Mac lepas, pihak Umno telah mengadakan pertemuan atau perbincangan dengan Pas untuk membentuk kerajaan campuran di Selangor dan mungkin juga di Perak.
"Jadi, kalau ini dilihat sebagai satu perbincangan yang baik untuk negara kita, maka saya tidak lihat anggota komponen BN yang lain perlu disekat untuk mengadakan perbincangan atau pertemuan dengan parti pembangkang dengan tujuan yang sama termasuk antara Yong dan Anwar," katanya. BERNAMA

Nadi REFORMIS
AMK Gelang Patah

No comments: