DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

10 September 2008

Surat terbuka Paksi untuk Anwar

Ya, syabas dan tahniah Dato’ Seri Anwar!
Surat tahniah ini ditulis khas buat Sdr di waktu orang di sana sini sibuk bertanya ‘betulkah?’, ‘betulkah?’; dan kami mengambil kesempatan ini bukanlah untuk mengganggu kelancaran usaha dan perancangan Sdr.
Tidak sekali-kali. Bahkan kami menjulang idealisme keadilan dan kerakyatan yang Sdr bawa itu. Hanya kami sekadar ingin mengingatkan kepada perkara yang selalu dilupakan itu.
Seperti Sdr pernah sebut bahawa waktu lapang yang banyak ketika dalam penjara di SungaiBuloh membolehkan Sdr membaca berulang kali karya-karya agung Shakespeare.
Maka begitulah - sesuatu yang bernilai agung seperti itu juga, kami percaya, perlu dan boleh dilahirkan dari bumi kita ini. Hanya kita perlu memberi perhatian kepadanya, dan sanggup meluangkan juga waktu untuknya - untuk memikirkan hal-hal kesenian, kesusasteraan, kebudayaan.
Memang politik dan ekonomi itu agendanya selalu membangkitkan kesibukan dan suasana ‘urgent’. Kesenian, kesusasteraan, kebudayaan pula selalu berada di luar daerah sibuk dan’urgent’ tersebut.
Tetapi seperti disebut di atas, bangsa yang melupakannya akan melahirkan masyarakat yang kebengongan, seperti masyarakat kita sekarang, sampaikan sanggup membuang bahasa kebangsaannya yang sudah terbukti mampu menjadi bahasa pengantar Matematik dan Sainsitu, dan mengambil semula bahasa Inggeris. Sebab apa, kalau bukan sebab kebengongan?
Maka dengan semangat surah al-’Asr, kita berpesan-pesan, agar pimpinan Sdr Anwar tidak akan memberi alasan ’sibuk dengan soal-soal politik dan ekonomi yang urgent’ hingga terpaksa meminggir atau menangguhkan terus program kesenian, kesusasteraan, kebudayaan, khasnya (dan urgent) mengenai kedaulatan bahasa kebangsaan, bahasa Melayu.
Kami kumpulan Seniman Paksi Rakyat (PAKSI) percaya bahawa golongan budayawan-seniman-cendekiawan mempunyai peranan dan tanggungjawab tertentu dalam kehidupan dan upaya pembangunan bangsa dan negara. Hanya selama ini golongan ini tidak diiktiraf dan diberi peluang untuk mereka berperanan dan bertanggungjawab sewajarnya.
Kerajaan selalu lebih mengutamakan bidang sukan misalnya, dengan memperuntukkan perbelanjaan yang besar dan perancangan bertaraf kebangsaan, tanpa memikirkan bahawa kalau peruntukan yang besar dan perancangan bertaraf kebangsaan begitu, kita mungkin juga boleh melahirkan tokoh kesusasteraan yang bertaraf dunia, setaraf Shakespeare misalnya.
Harapan kami agar Sdr tidak akan mengabaikan peranan golongan budayawan-seniman-cendekiawan. Biarlah mereka yang menentukan agenda mereka. Bukan pimpinan politik yang merencanakan program untuk mereka.
Pengalaman kami mendapati ramai pimpinan politik kita melihat golongan budayawan-seniman sebagai golongan yang boleh dipergunakan untuk membantu perjuangan politik mereka sahaja.Seni dan budaya hanya bernilai apabila ia boleh diperguna atau diperalatkan. Janganlah begitu, ya.
Akhirnya, kami mendoakan Allah mempermudahkan usaha hamba-hamba-Nya bagi menegakkan yang benar dan yang adil. Gabungan mantap pimpinan Sdr bersama dengan barisan ulama dan juga kaum-kaum yang pelbagai di negara ini nampaknya memberi keyakinan rakyat yang membawa kepada kemenangan besar Sdr di Permatang Pauh. Harapan kami agar gabungan mantap ini terus dipelihara.

Dinsman

No comments: