DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

20 August 2009

"APAKAH AKAN TERTANGKAP PENGUNDI HANTU DI PRK DUN PERMATANG PASIR...??"

Jika sebelum ini, Timbalan Ketua AMK Malaysia Sdr. Faris Musa atau lebih dikenali sebagai Cikgu Faris adalah juara penangkap Pengundi Hantu, namun pada pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir ini beliau terpaksa berputih mata apabila beliau ditewaskan dengan mudah oleh Abang Long Khairi Jamaluddin.

Kebiasaannya Cikgu Fariz bersama team 'Ghostbusters'nya akan mengambil sedikit masa untuk mendapatkan maklumat dan mengesan "pengundi hantu" ini. Akan tetapi Khairi telah menggunakan segala kepakarannya apatah lagi beliau yang berkelulusan Universiti Oxford dengan mudah mengesan pengundi hantu tersebut. Situasi ini amat2 memeningkan Cikgu Faris dan teamnya, bagaimanakah Khairi begitu cepat mendapat maklumat mengenai "pengundi hantu" di Permatang Pasir ini. "Projek Pilihanraya" ini yang biasanya akan dijuarai oleh Cikgu Faris kini telah disabotaj oleh Khairi. Berkemungkinan Khairi juga menggunakan pengalamannya bersama pengundi hantu semasa pilihanraya kecil DUN Ijok beberapa tahun lalu. Berkat kesabaran dan ketekunan Khairi akhirnya beliau dapat menewaskan Cikgu Faris di pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir.

Khairi bersama pelakun pembantunya YB Ahmad Maslan telah melaporkan kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) berserta dengan bukti bagi menguatkan lagi dakwaan mereka bahawa wujudnya entiti "pengundi hantu" di pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir ini. Kita tunggu dan lihat apakah tindakan SPR terhadap laporan bekas pelajar Universiti Oxford ini. Jika laporan Cikgu Faris mengenai "pengundi hantu" dibeberapa pilihanraya kecil sebelum ini di"tong sampah"kan oleh SPR apakah kali ini SPR akan bertindak pantas dan tegas lagi lekas bagi menjawap laporan dari Khairi and the gang serta ingin membersihkan namanya dari dicap sebagai ejen pembekal "pengundi hantu"...

Yang pastinya lakunan dari SPR juga nanti pasti akan menambahkan dan menguatkan lagi jalan cerita hasil arahan Pengarah hebat yang masih belum mahu menampilkan dirinya di khalayak ramai kerana bimbang popularitinya akan melebihi pelakun2nya...

Nantikanlah kesudahan Drama bersiri "APAKAH AKAN TERTANGKAP PENGUNDI HANTU DI PERMATANG PASIR" hasil arahan ......?????

No comments: