DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

06 August 2009

SIAPA YANG SEBENARNYA PENGKHIANAT

Sikap angkuh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang enggan meminta maaf kepada Dato' Seri Anwar Ibrahim atas kenyataan beliau yang cukup biadap dengan mengatakan bahawa Dato' Seri Anwar adalah "pengkhianat melayu".

Berikutan sikap angkuh dan biadap beliau maka Angkatan Muda Keadilan Cabang Gelang Patah mencadangkan agar Angkatan Muda Keadilan Negeri Johor membuat satu gerakan secara besar-besaran di seluruh Johor melibatkan semua AMK Cabang terutama di Muar bagi membongkar apa juga bentuk penyelewengan yang melibatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa beliau menjadi Menteri Besar Johor pada tahun 1986 hingga 1995. Semasa era beliau menjadi Menteri Besar Johor, pelbagai gelaran diberikan kepada beliau termasuk gelaran "Menteri Brooker" kerana beliau dipercayai terlibat dalam penjualan tanah2 rezab melayu kepada orang2 asing. Isu ini turut diperakui oleh pimpinan Umno Johor bahkan semasa beliau dipilih untuk dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, ada dikalangan pimpinan veteran Umno Johor dengan nada sinis menyatakan bahawa akan banyak lagi tanah di Negeri Johor ini akan tergadai.

Teman2 AMK Cabang di seluruh Negeri Johor hendaklah bersedia untuk kita gerakan jentera kita bagi mendedahkan "SIAPAKAH YANG SEBENARNYA PENGKHIANAT MELAYU" dan "SIAPAKAH SEBENARNYA PENGKHIANAT RAKYAT JOHOR"...

No comments: