DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

17 August 2009

SIAPAKAH SEBENARNYA PENGKHIANAT

Pemuda Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabar Pemuda Barisan Nasional (BN) untuk berdebat mengenai kenyataan Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin yang penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pengkhianat Melayu. Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Mat Akin mencabar Ketua Pemuda BN Khairy Jamaluddin untuk berdebat secara terbuka mengenai perkara tersebut.

“Khairy boleh tetapkan di mana sahaja dan bila untuk berdebat, kami bersedia pada bila-bila masa dan biar rakyat tahu siapa sebenarnya pengkhianat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Jentera Pemuda PAS DAP PKR di Markas Pemuda Pas di Kampung Pelet di sini, semalam.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno dalam ucapannya semasa merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Sri Gading di Universiti Teknologi Tun Hussein Onn, Batu Pahat baru2 ini menyifatkan Anwar sebagai pengkhianat perjuangan orang Melayu. Namun Muhyiddin yang merasakan dirinya cukup suci dari sebarang pengkhianatan terhadap orang melayu di Johor tidak menyedari bahawa beliaulah sebenarnya "Pengkhianat".

Angkatan Muda Keadilan Negeri Johor juga bersedia untuk berdebat secara terbuka dengan mana-mana Pemimpin Pemuda Umno Johor bagi membuktikan "Wajah Si Pengkhianat Sebenar"...

Tidak sedarkah Umno Tenggara bahawa antara pengkhianat orang melayu ada dalam kelompok kamu. SPRM wajar menyiasat Ketua Pemuda Umno Tenggara yang dikatakan memiliki kekayaan yang luarbiasa selepas dipilih sebagai Ketua Pemuda Umno Tenggara.....

Baru2 ini beberapa pimpinan Pemuda Umno telah mengatakan bahawa "pengkhianatan" Muhyiddin di Johor ini adalah atas arahan Anwar Ibrahim. Inilah sikap bacul dan tepunya pemikiran Pemuda Umno Johor. Jangan meletakan kesalahan diri sendiri kepada orang lain. Sewajarnya mereka mengkaji siapakah "Menteri Broker" di Johor ini. Menteri Besar paling "bangsat" kerana menggadaikan tanah Johor kepada orang asing, namun Muhyiddin tetap dipandang mulia dan suci oleh penyokong, pencacai dan pengampu Umno/Muhyiddin yang berkepentingan. Bukan Muhyiddin sahaja penghianat namun ramai lagi pengkhianat bangsa di dalam Umno. Apa tidaknya... Memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda Umno Bahagian mampu untuk hidup terlampau mewah sehinggakan mampu memiliki helicopter. Membela rakyat sangatlah kalau pemimpin menggunakan jawatan bukan untuk membantu rakyat tapi untuk poket, perut dan nafsu mereka semata-mata.

No comments: