DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

03 August 2009

JAWAPAN KEPADA SDR. EZAM

Seorang AJK AMK Gelang Patah yang dahulunya memang rapat dengan Sdr. Ezam telah menerima sms dari Sdr. Ezam antara lain memperkatakan bahawa tiada pemimpin tertinggi dari kaum Cina yang turut serta dalam demontrasi menghapuskan ISA dan menganggap bahawa PAS dan orang melayu diperkudakan oleh kaum cina umpama arab diperkudakan yahudi... Itulah kata2 biadap dari Sdr. Ezam.

Untuk Sdr. Ezam, gambar diatas mungkin menjelaskan kepada saudara bahawa semua penyokong Pakatan Rakyat serta rakyat yang mahukan keadilan, tidak kira kaum, ugama, kaya atau miskin, berpangkat atau yang tidak berpangkat telah sepakat mahukan ISA dimansuhkan. Kalau dulu Sdr. Ezam bukanlah individu yang suka membangkitkan atau mempersoalkan isu2 perkauman. Namun setelah Sdr. Ezam menyertai Umno, beliau mula mempersoalkan kaum itu dan ini.

Jika dulu Sdr. Ezamlah yang mengajar kami untuk berjuang demi rakyat tanpa mengira Agama dan kaum kerana yang penting hak rakyat harus dikembalikan kepada rakyat. Tolak pemimpin yang berjuang demi kepentingan untuk satu kaum sahaja. Namun sekarang keadaan sudah berbeza. Sdr. Ezam sudah senada dengan pimpinan Umno yang "kunun"nya mereka inilah pembela melayu.

Memetik kata2 dari sahabat baik Ezam... Dulu Ezam cakap Najib macam babi tapi sekarang Ezam cakap Najib macam Nabi...

No comments: