DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

21 January 2010

PENGUGURAN KES AKTIVIS SUARAM

Kes Aktivis Suaram Johor Bahru, Sdri. Cheng Lee Whee yang didakwa dibawah Kanun Keseksaan Seksyen 182 akibat tindakan membuat laporan polis untuk mempertahankan hak-hak penduduk Kampung Baru Plentong Tengah (KBPT), telah digugurkan sepertimana surat dari Jabatan Peguam Negara yang ditandatangani oleh Mohamad Hanafiah b. Zakaria, Timb. Ketua Bahagian Pendakwaan (rujukan : PN.PRM 152/4/5/7) bertarikh 11 Januari 2010.

Dalam kandungan laporan Polis yang dibuat oleh Sdri. Cheng Lee Whee beliau dengan tegas menyatakan bahawa tindakan pihak polis yang menggunakan gerombolan pasukan yang terlampau besar untuk membantu pihak pemaju menjalankan perobohan rumah dan pengusiran paksa adalah satu tindakan yang salah. Mengikut prosedur undang-undang, sebelum perbicaraan dan keputusan tentang kes rayuan penangguhan perobohan rumah dibuat oleh Mahkamah Tinggi Johor Bahru, pemaju tidak dibenarkan untuk melaksanakan perintah mahkamah untuk merobohkan rumah.

Tindakan Sdri. Cheng yang membuat aduan di Balai Polis merupakan satu tindakan yang mempraktiskan hak demokrasi serta melaksanakan kewajiban sebagai seorang rakyat Malaysia. Tindakan beliau tidak berniat buruk dan tidak bermotifkan kemudaratan mana-mana pihak. Yang amat membanggakan ialah tindakan Sdri. Cheng membela penduduk Kampung Baru Pelentong Tengah yang 100% Melayu serta merupakan antara cawangan Umno yang terkuat dalam dunia. Namun demi perikemanusiaan dan mahukan kebenaran, beliau mengetepikan sentimen itu dan apa yang beliau mahu hanyalah sebuah keadilan.

Sewajarnya Angkatan Muda Keadilan menjadikan isu ini sebagai pembakar semangat dan memberi kesedaran untuk terus memperjuangkan nasib rakyat yang kian terhimpit dek kerakusan pemimpin. Jika Sdri. Cheng, seorang wanita yang berketurunan cina sanggup berjuang untuk kaum melayu serta merelakan dirinya untuk ditangkap serta didakwa, apakah kita tidak terpanggil untuk berjuang untuk rakyat....???

No comments: