DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

14 May 2010

PENGASAS AL-ARQAM MENINGGAL DUNIA

Bekas pemimpin Al-Arqam, Ashaari Muhammad meninggal dunia di Hospital Ipoh Specialist Center pada jam 2.10 petang kerana jangkitan paru-paru. Jenazah beliau akan dibawa ke Rembau, Negeri Sembilan selepas solat jenazah di Ipoh.

Ashaari yang juga Pengerusi Syarikat Global Ikhwan Sdn Bhd berada di Ipoh dalam siri lawatan ke rangkaian perniagaan syarikat berkenaan.

Sementara itu, Bernama memetik seorang kakitangan syarikat berkenaan, Marzuki Hussein bahawa jenazah Ashaari yang dipanggil Abuya oleh para pengikutnya telah dibawa ke kampung asalnya di Kampung Pilin, Rembau, untuk dikebumikan.

Katanya, Ashaari berada di Ipoh selepas melawat Thailand dan Kedah dan dikejarkan ke hospital Isnin lalu selepas mengadu sakit dada.

Jurucakap hospital berkenaan sementara itu berkata Ashaari meninggal dunia pada 2.10 petang tadi.

Komen :-

Penulis pernah mengikuti jemaah Al-Arqam ketika berusia belasan tahun semasa diawal penubuhannya. Penulis amat kagum dengan pengurusan dan organisasi Al-Arqam yang berjaya membina rangkaian yang kuat serta menunjukkan bahawa islam mampu menjadi kuasa yang kuat jika ditadbir dengan baik. Lihat sahaja bagaimana Al-Arqam berjaya dalam penyebaran agama melalui kekuatan bidang pendidikan, penerangan, penerbitan, perusahaan,perniagaan, perubatan, dan pertanian mampu menarik orang ramai dengan keindahan islam.

Namun akibat ketidakmampuan menerima ujian Allah dan manusia sering lupa bila terlalu dipuji dan diberikuasa, akhirnya Kumpulan Al Arqam diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada Ogos 1994. Ustaz Ashaari ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dari 2 hingga 24 Sept 2004 sebelum ditahan mengikut Akta Kediaman Terhad di Rawang dan Wilayah Persekutuan Labuan selama 10 tahun.

Walaupun begitu, beliaulah yang menasihati penulis betapa pentingnya ibadah dan perjuangan. Tidak dinafikan bahawa ketika bersama Al-Arqamlah penulis mengenali dan mempelajari banyak tentang ilmu agama, kepentingan solat serta beberapa zikir2 munajat yang menjadi alunan para2 Ustaz sekarang. Rabanni, Hijjaz dan banyak lagi kumpulan nasyid adalah lahir dari Al-Arqam.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham Ashaari Muhammad. Al-Fatihah....

No comments: