DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

19 June 2009

BILA HOSPITAL KUALA LUMPUR LAPOR TIADA KESAN LIWAT

Peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendedahkan bahawa kebanyakan bukti penting - yang diperlukan untuk mensabitkan ketua pembangkang itu dengan tuduhan liwat - tidak ada dalam laporan perubatan yang disediakan oleh Hospital Kuala Lumpur.

Dalam laporan perubatan itu yang dikeluarkan oleh hospital tersebut jelas mendedahkan bahawa tiada bukti yang menunjukkan berlaku tusukan pada dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan - pengadu di mana kes jenayah itu diasaskan. Satu salinan laporan perubatan turut disertakan bersama afidavit yang difailkan oleh Anwar semalam untuk mengetepikan tuduhan liwat terhadapnya.

Menurut salah seorang Peguam Anwar, Amer Hamzah Arshad bahawa bukti terpenting dalam tuduhan rogol atau liwat ialah menunjukkan bukti berlakunya tusukan

Laporan perubatan itu bertarikh 13 Julai 2008 dan disahkan oleh tiga pakar dari hospital kerajaan tersebut. Sebahagian daripada laporan tersebut, yang diedarkan kepada pihak media oleh peguam Anwar hari ini menyebut, tiada bukti klinikal yang konklusif yang menunjukkan berlaku tusukan di dubur dan tiada luka yang signikan pada tubuh pesakit (Mohd Saiful).

Marilah kita sama2 berdoa agar kemenangan dan kebenaran berpihak kepada Dato' Seri Anwar. Mungkinkah Saiful akan turun di Manek Urai untuk berkempen bagi Umno/Bn... Sedarlah Saiful, kau hanya dipergunakan dan diperkudakan oleh Umno/Bn demi kepentingan politik mereka.. Kau umpama "sampah" dimata mereka...

2 comments:

Anonymous said...

RCTI indonesia akan menyiarkan kisah Manohara dlm ms terdekat... sebuah sinetron telah siap & bkl ditygkan tak lma lagi...
ksh ini adalah dri persepsi & pndgn serong mreka thdp Msia... tlhg komen

Suara AMK Gelang Patah said...

Memang isu ini melibatkan kerabat di raja Kelantan. Sewajarnya Kerajaan bertindak segera menemui kepimpinan Indonesia untuk menyelesaikan perkara ini secara diplomatik. Indonesia juga harus sedar bahawa Malaysia menanggung beban akibat kebanjiran rakyatnya di Malaysia. Kos perubatan yang masih tertunggak adalah RM12juta. Isu ini perlu campurtangan Kerajaan jika benar menyayangi istitusi istana sebagaimana berlaku di Perak.