DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

12 November 2008

AWAS LELAKI INI

Rabu, 2008 November 12

KENAL SIAPA INI?...UPDATE




Kenal Siapa Lelaki Ini?Aku akan bagitau siapa dia nanti....putar alam & putar belit...hati2 dengan lelaki ini...aku akan sertakan laporan polis terhadap lelaki ini...
Lelaki Ini NASABRI BIN MAT AROP K/P: 700822-08-5443 adalah pemangsa yang menipu dgn cara meminta kepada mana2 individu bawah umur 40 tahun untuk mendapatkan DANA BELIA di bawah KEMENTERIAN BELIA RM30-50K dengan bayaran RM250-RM300 untuk bayaran kertas kerja untuk di uruskan olehnya...Manakala buku akaun bank rakyat di serahkan kepada lelaki ini dengan salinan kad pengenalan

Sehingga kini sudah beberapa laporan polis dibuat kepadanya termasuk di sebelah Pulau-Pulau Pinang....sehingga hari ini masih tidak tahu status ke mana perginya lelaki ini...dimaklumkan dia berada di lokasi Padang Serai,Kulim,Baling,Gurun hingga Jitra....

Ratusan Ribu Ringgit telah di tipu oleh lelaki ini.Mempunyai 2 isteri termasuk isteri keduanya GRO dari negara jiran.dia sudah tidak lagi berada di tempat kerja beliau iaitu di Agensi Dadah Kebangsaan(ADK) di Pulau PinangModus operandi tertumpu kepada mereka yang punyai masalah kewangan...berita juga di terima,
lelaki ini adalah daripada kalangan PEKIDA...kepada mereka yang mengenai lelaki ini,termasuk ADIK BERADIK KITA....bantulah..ramai teranianya..di harapkan dapat menghubungi pihak polis yang berdekatan atau menghubungi Syam 019-559 7527 atau azman 019-408 5232sumber : bangun dengan kekuatan


GANAS... GANAS... GANAS....

Bila Ketua Polis (Selangor) Berbohong



Gambar menunjukkan Tony Pua (hujung kanan) diheret polis dan wanita ditolak dengan ganas


Kulit kepada Dian Abdullah terpaksa dijahit 3 jahitan akibat tindakan kasar polis
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar melalui sumber media berkata:
"Itu adalah dakwaan mereka (peserta)," kata Khalid kepada pemberita di ibupejabat polis daerah Petaling Jaya (Malaysiakini)Apabila diberitahu mengenai rakaman video berhubung tindakan polis itu, Khalid menjawab: "Saya menafikannya".. (Malaysiakini)Khalid quashed talks of double standards, as even when Umno had wanted to hand over a memorandum to the state secretariat in the past, police were deployed to the scene. He said they however dispersed when ordered to. (The Sun)Selepas klip video yang membuktikan sememangnya orang ramai diserang polis ketika nyanyian Negaraku (bukannya Terang Bulan, Memula Moon atau Negarakuku) dinyanyikan, Khalid ABu Bakar pula memberitahu bahawa orang ramai hanya menyanyikan lagu kebangsaan untuk menyelamatkan diri.
Sekiranya seorang CPO berbohong:
1. Ketua Polis Negara pun berbohong, apa yang peliknya
2. Menteri Dalam Negeri pun berbohong
3. Anggota polis ikut arahan
4. Orang ramai kena belasah
5. Wanita kena 3 jahitan di kepala
6. Wang rakyat sia-sia
7. Masuk neraka
8. Kita berada dalam negara polis
9. Orang tak bersalah disumbat dalam lokap
10. Polis jadi bahan gelak
Sakksikan lebih banyak siri keganasan POLIS MALAYSIA di www.youtube.com/watch?v=ul_ljLddGJk
Apa yang lebih kelakar bila wartawan Rusnizam Mahat yang pada mulanya bersama aku menuju ke IPD Petaling Jaya tiba dahulu kerana aku pada waktu itu menaiki kereta dan jalan menuju IPD sudah ditutup.Khabarnya, Rusnizam cuba bertanyakan kepada CPO mengapa mereka ditahan semasa menyanyikan lagu Negaraku, CPO menafikannya dan kemudian mengarahkan Rusnizam ditahan bersama yang lainnya.
Aku bertanya Rusnizam,
"kau kena tahan ke tidak?""
Aku pun tak tahu.
Aku tanya polis,
semua buat bodoh."
"Polis ambik statement kau tak?"
"Amik"
"Kau kena tahan lah tu"
Berikut ialah kenyataan dari Bar Council:>
Bar Council expressed disappointment over the disappropriate and heavy-handed approach adopted by the police at the Coalition for Free and Fair Elections (Bersih)-organised vigil to call for an end to the Internal Security Act (ISA).Its vice-president Ragunath Kesavan called on police to protect the rights of speech, expression and assembly of all those who legitimately engage in expressing dissent, fairly and without bias.He said it was alarming that police started dispersing the people as early as a hour before the vigil started and that it was not necessary to use physical force and causing injuries to some participants, as the group was reportedly calm and did not pose any threat to public order.
He also expressed concern that the authorities seem to use the law selectively, breeding notions of bias."Several demonstrations over the Pakatan Rakyat government's policies in Penang and Selangor have proceeded without much harassment nor arrests by the police," he said.> DAP's Tony Pua and Lau Weng San told reporters at Parliament lobby that police disperse the crowd when they were singing the national anthem prior to leaving the Civic Centre where they were gathered.
Pua said his shirt was torn as he was grabbed by two police officers, kicked in the stomach by another officer and thrown into the truck although he told them he was the MP for the constituency and that he could walk himself to the truck.Lau, who nursed a busted lip and scratched face as a result of the arrest, said he was punched in the face by a plainclothes policeman and dragged to the truck when he inquired about the situation of other detainees.He added he has lodged a police report and requested a medical examination as well as an identification parade because he can remember the police officer clearly.
Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) said the incident showed the police have forgotten the recommendation of the Royal Police Commission that the force should become an efficient, professional, incorruptible world-class police service with three priority objectives – to keep crime low, eradicate corruption and respect human rights.> Bersih said police charged on participants as they were singing the national anthem outside the Civic Hall."We are deeply appalled by the unusual manner of the police dispersal of citizens in a peaceful gathering," read the statement

Bersedia hadapi tindakan "Bacul" Pendakwaraya kes Liwat DSA

Pendakwaraya Fail Rayuan Pindah Mahkamah


KUALA LUMPUR [1.34pm] - Pihak pendakwaraya hari ini menfailkan notis rayuan supaya keputusan tidak membenarkan kes fitnah Saiful Bukhari ke atas Ketua Umum KeADILan Anwar Ibrahim dipindah ke Mahkamah Tinggi, dibatalkan. Menurut peguam yang mewakili Ketua Pembangkang itu, Sankara Nair, notis rayuan kehakiman itu akan didengar pada 20 November depan. Pada 7 November lalu, Mahkamah Seksyen Jalan Duta melalui Hakim SM Komathy telah membuat keputusan yang kes berkenaan dikekalkan di mahkamah tersebut. Alasannya, surat yang ditandatangani oleh Peguam Negara Abdul Ghani Patail berkenaan arahan perpindahan tersebut, tidak sah kerana beliau tidak boleh terlibat dalam kes yang melibatkan Anwar.

Nampaknya, pihak terbabit masih tidak berpuas hati dengan kemenangan Anwar dalam kes pindah mahkamah tempohari. Ini kerana mereka tahu dan menyiasat latar belakang Hakim SM Komathy yang terkenal dengan ketegasan, keadilan dan ketelusan dalam memutuskan sesuatu kes. Adalah difahamkan, beliau pernah bertugas di Kuantan dan keluarganya juga adalah dari kawasan ini. Kami pasti, jika kes Anwar diadili dengan adil dan telus sudah pasti Anwar akan menang pula nanti. Keputusan jelas akan memihak kepadanya. Lantaran itulah, atas dasar takut dan gentar dengan senario ini, ditambah lagi dengan arahan pihak atasan maka pihak Pendakwaraya seboleh-bolehnya mahu merayu kes Anwar dipindahkan juga. Walhal mereka tahu sijil perpindahan itu memang jelas tidak sah, kerana ditandatangi oleh Peguam Negara Ghani Patail. Kita tunggu dan lihat, apakah yang akan dilakukan nanti

Re: Bila Angkasawan berdiam diri, Angsa-angsa pun mula berbunyi




KUALA LUMPUR: Keluarga Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha hari ini melahirkan rasa sedih dan kecewa dengan dakwaan sebuah akhbar bahawa angkasawan negara itu mengumpul dana sebanyak RM1.2 juta melalui siri ceramah yang dilakukannya sejak tahun lepas. Abangnya, Sheikh Taufik Shukor Al Masrie berkata, sejak setahun lepas, angkasawan negara itu bertungkus lumus bergegas ke sana ke mari semata-mata untuk berkongsi pengalamannya ketika di angkasa lepas dengan generasi muda dan sesiapa sahaja yang mahu mendengar.
"Kami tidak minta apa-apa kredit diberikan untuknya, tetapi sedih apabila beliau dituduh sebegini rupa," katanya. Beliau menyifatkan perkara itu sebagai "satu tragedi yang amat besar" kerana disiarkan akhbar parti pembangkang yang kononnya memperjuangkan kesucian agama Islam. "Di sini saya nampak mereka langsung tidak menghargai perjuangan kita ke angkasa lepas sedangkan negara Islam lain turut berbangga dengan pencapaian beliau (Dr Sheikh Muszaphar)," katanya.Sheikh Taufik Shukor Al Masrie berkata, dakwaan yang menyatakan adiknya menerima bayaran sebanyak RM8,000 sejam untuk satu ceramah adalah tidak benar sama sekali.
Bagaimanapun, beliau tidak menafikan ramai yang menjadi orang tengah atau pihak ketiga dalam usaha mendapatkan angkasawan negara itu untuk memberikan ceramah atau motivasi. "Jika untuk sekolah, mereka akan datang terus kepada saya atau abang saya yang lain, dan di sini jelas tidak ada wang, tetapi bila melalui badan bukan kerajaan dan sektor swasta, terdapat banyak orang tengah yang mungkin memanipulasi keadaan dan di sini, wujud perkaraperkara yang tidak telus, yang seterusnya membolehkan wujud tuduhantuduhan seperti ini," katanya. Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah akhbar milik pembangkang yang mendakwa Dr Sheikh Muszaphar mengenakan bayaran sebanyak RM8,000 untuk satu jam berceramah.Menurut laporan akhbar berkenaan, angkasawan itu telah menjana pendapatan sebanyak RM1.2 juta secara purata daripada 150 badan korporat sejak kembali dari Stesen Angkasa Antarabangsa (ISs) pada Oktober 2007. Kelmarin, angkasawan itu menafikan beliau menetapkan bayaran untuk siri ceramah yang dilakukannya sejak tahun lepas.
Sementara itu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Maximus Ongkili dipetik sebagai berkata kedua-dua angkasawan negara iaitu Dr Sheikh Muszaphar dan Mejar Dr Faiz Khaleed mempunyai kontrak dengan kementerian sehingga 31 Disember ini yang secara spesifiknya menyatakan bahawa mereka tidak boleh mengenakan bayaran bagi ceramah atau program motivasi. Sheikh Taufik Shukor Al Masrie berkata, memang beliau berhasrat menjawab laporan yang dikeluarkan akhbar berkenaan berhubung adiknya, tetapi beliau dinasihat supaya melupakan hasratnya kerana tindakan itu hanya membuang masa.

Beliau berkata, Dr Sheikh Muszaphar juga banyak mendapat undangan daripada pelbagai pihak, tetapi angkasawan negara itu amat berhatihati memilih mana yang ingin dihadirinya kerana tidak mahu dikenali sebagai penghibur, sebaliknya ingin dikenali sebagai seorang pendidik. Sementara itu, bapanya, Datuk Sheikh Mustapha Sheikh Shukor menafikan orang ramai atau mereka yang menghadiri ceramah anaknya dipaksa membeli buku berjudul "My Journey To Space" yang mengandungi catatan pengalaman angkasawan negara itu ketika menjalani latihan serta berada di ISS. "Saya berharap agar Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi akan mempertahankan anak saya memandangkan beliau boleh dianggap sebagai 'a son of negara'," katanya
[Terkadang lucu juga kita melihat gelagat Angkasawan negara yang kononnya telah mengharumkan negara itu. Berpuluh juta wang dibazirkan hanya untuk mencari nama diangkasa. Jika betul-betul naik ke bulan dan berjalan di permukaan bulan itu mungkin boleh diterima oleh kita. Tapi bazirkan wang rakyat hanya untuk mencari formula mengarut yang dibuat oleh Syeikh Muzaffar ternyata sesuatu yang amat membengongkan kita. Tambahan pula, kita sendiri pelik, apakah hasil kajian yang paling bermakna buat negara?. Setakat balik dari angkasa lepas kemudian beri ceramah dengan mengenakan caj yang tinggi, sesiapa pun boleh pergi jika ditanggung oleh negara. Apakah untungnya kepada rakyat?. Sesungguhnya, inilah projek Jamaluddin Jarjis yang paling membazir di dunia. Lebih elok wang jutaan ringgit itu disalurkan kepada rakyat termiskin untuk membasmi mereka dari berada di tahap kemiskinan tegar, namun semua ini diabaikan. Mereka lebih berbangga untuk mencipta nama diangkasa sebaliknya "habuk pun tak ada" yang dibawa untuk rakyat


Lagi kisah Pengebum Bali - Imam SAMUDERA

Wajah Terakhir Imam Samudera


Wajah as syahid (insyaallah)Imam Samudera yang sempat dibuka keluarga tampak putih segar, tersenyum dan berpaling kekanan sebagaimana ekspresi raut kebahagiaan dan kepuasan bertemu dengan Sang Khalik. As Syahid Imam Samudera membawa luka yang akan menjadi bukti di hadapan Allah untuk menjadi salah satu pengikut rombongan kafilah syuhada.





Apa kesudahannya Nasib Peneroka Felda Esok... Lusa.... Tulat dan seterusnya



Pendedahan kami tentang isu penyelewengan dan rasuh Felda baru-baru telah mendapat respond yang positif dari kalangan pembaca terutamanya warga Felda sendiri. Kami ucapkan terima kasih kepada anak-anak Felda yang terus berkunjung dan memberi sokongan kepada blog ini. Semoga pembongkaran ini akan memberi "impak yang positif" ke arah perubahan dalam syarikat GLC itu. Kita tidak mahu manusia yang "khianat" terus diberi kuasa untuk mentadbir agensi terbabit. Sebenarnya banyak lagi penyelewengan kuasa berlaku. Kenapa dibawa masuk Dato’ Bakke Salleh (foto bawah) dan kuncu – kuncunya? Kita sudah kenal siapa Dato’ Bakke iaitu orang yang menjahanamkan Tabung Haji bukan? Maka itu kita menjangkakan Felda Holding akan berkubur dalam masa 1 tahun lagi jika ia masih diterajui oleh Dato’ Bakke. Setelah Dato’ Bakke dimasukkan dalam Felda, banyak pembaharuan telah dibuat. Felda Holding seperti dilanda Tsunami. Orang-orang kanan Felda yang tidak sehaluan dengannya dibuang, Pejabat Wilayah di tutup, Ladang telah di cantum, Sistem kontrak yang diamalkan Felda telah dimansuhkan. Semua kontrak kecil-kecil ditamatkan dan semua kerja telah dilakukan oleh Ladang. Apakah Motif Dato’ Bakke ?? Di sinilah drama bermula , antaranya :-

Buruh Bangla di bawa masuk – Siapa punya?
Logistik tidak mencukupi seperti lori , mini traktor dan berbagai kenderaan, Siapa yang beli kenderaan terbabit?

Apabila Ladang di ambilalih dan diurustadbir sendiri , maka bermulalah system cekrol yang amat membebankan pihak pengurusan . Bayangkan setiap Ladang mempunyai 250 – 400 orang pekerja, bagaimana nak menguruskannya, Pihak pengurusan ladang ibarat "telur di hujung tanduk". Silap sikit dalam cekrol maka sampailah UKKA yang hanya bertujuan mencari kesalahan orang lain. Mana mahu ditempatkan pekerja? Tempat tinggal tidak mencukupi untuk pekerja dan jangan terkejut jika ada yang tinggal di kongsi-kongsi buruk yang tidak ada kemudahan . Maka bermulalah tekanan kerja di peringkat Ladang , Kebajikan dan sosial pekerja asing perlu dijaga. Bayangkan pekerja Bangladesh diberi gaji tidak kurang RM 26.00 sehari, sedangkan gaji Mandor dan pekerja tempatan hanya RM 20.00 sehari. Apakah orang atasan Felda Holding hari ini tidak nampak perkara ini atau ada diantara mereka mendapat komisyen dari pengambilan pekerja Bangladesh ini?Dengan gaji yang tak seberapa, kakitangan Ladang dikerah bekerja tanpa mengira masa, Hari- hari minggu orang lain beristirehat, kakitangan pula terpaksa ke ladang-ladang bekerja di hari minggu dan ada juga terpaksa bekerja di hari Cuti Am.

Bayangkan pekerja perlu dijaga , rekod perlu disiapkan, cekrol perlu dimasukkan hari-hari, bila target tak sampai atau berlaku kesalahan dalam pembayaran gaji , maka berduyun – duyun surat sampai beserta lawatan- lawatan eksekutif yang terdiri daripada Ketua Zon , Bahagian Projek Khas , Inspektoriat dan audit-audit UKKA yang sememangnya mencari kesalahan dan bukan memperbetulkan yang salah. Silap sikit , ambil tindakan buang kerja . Cuti tahunan tiap-tiap tahun tidak dapat dihabiskan sampai hangus begitu sahaja .Cuba bayangkan , kami difahamkan kakitangan tidak mencukupi. kakitangan yang sedia ada pula dibebani dengan tugas dan ada yang terpaksa menjaga 500 – 1000 hektar seorang . Justeru itulah kita tidak hairan, banyak kakitangan yang dibuang , DIC dan sejak akhir-akhir ini ramai penyelia berhenti kerja kerana tidak tahan lagi dengan karenah-karenah orang atasan Felda Plantations Sdn Bhd (FPSB). Apabila mereka datang sahaja untuk membuat pemeriksaan, semua orang bekerja tidak betul . Inilah bekerja di bawah bumbung Dato’ Bakke. Mengikut kajian dibuat , lebih 95% kakitangan FPSB menyokong pembangkang kerana tidak tahan karenah orang atasan FPSB yang tidak prihatin terhadap orang bawahannya. Bekerja di bawah Dato’ Bakke ibarat Sistem Tanaman Paksa seperti di amalkan Belanda di Indonesia. Orang-orang atasan yang kaki Bodek akan mengikut sahaja apa arahan yang diberikan walaupun menyalahi akta pekerjaan .

Manakala itu CEO FPSB boleh dikatakan hanya boneka sahaja, tiada kuasa untuk membuat keputusan. Perkara-perkara dibangkitkan mengenai kebajikan kakitangan sehingga kini tidak dapat diselesaikan .Apakah Dato Sri Najib tidak prihatin terhadap masalah ini? Apakah beliau mahu melihat Felda Holding hancur baru timbul kesedaran . Justeru itu kita harapkan agar orang- orang besar Felda, bangun dan sedar secepat mungkin dan mengambil tindakan agar Felda masih lagi relevan dimata dunia. Kini Felda mencapai usia 51 Tahun dan lebih 120,000 peneroka dapat ditingkatkan taraf dan diakui oleh Dunia. Tanpa khidmat Dato’ Bakke dan kuncu-kuncunya. Selamatkanlah Felda Holding terutama FPSB yang mempunyai asset dan keuntungan yang besar dan dapat membantu peneroka dan kakitangan yang mempunyai asset 51 % di bawah Koperasi Permodalan Felda (KPF).

Semoga perkara ini dapat diselesaikan dengan segera. Kerana ia sudah lama membelenggu pihak terbabit semenjak Dato' Bakke mengambil alih kepimpinan Felda Holdings Sdn Bhd . Semoga, pemimpin yang menjaga Felda iaitu Najib Razak dapat memahami masalah orang bawahan ini, terutamanya harapan mereka supaya Gaji dan Kebajikan petugas diberi perhatian serius. Baliklah kepada matlamat asal pembukaan Felda oleh Allahyarham Tun Abdul Razak dulu agar Felda lebih maju selepas 51 Tahun merdeka.


[Mahu mengharapkan Najib Razak menyelamatkan Felda, jauh panggang dari api. Sebabnya, kerana Najiblah yang mengambil Dato' Bakke rakan sekuliah Rosmah Mansor untuk memimpin Felda Holdings Sdn Bhd itu. Jika dulu, ayahanda mewujudkan Felda dengan hasrat memberi peluang memiliki tanah dan rumah seluas 10 ekar kepada para peneroka. Namun kini, sejak Najib mengkopratkan badan itu. Semua itu sudah tiada lagi. Jangankan 10 ekar, sekangkang kera pun belum tentu lagi. Bagi Najib, rugi beri rakyat tanah 10 ekar seorang, lebih baik dibuat ladang dan mereka akan dapat untung sampai bila-bila dengan mengambil pekerja kontrak. Maka itulah kasihan benar melihat nasib orang Melayu yang merempat dibumi sendiri.Mereka ibarat "pendatang asing di bumi sendiri". Sama tarafnya seperti buruh-buruh Bangladesh yang diangkut bekerja disitu. Mereka diberi rumah dan bekerja secara kontrak, sejak 30 tahun lalu. Ini menyebabkan mereka tiada hak untuk memiliki tanah. Jika mereka memberontak, maka Felda Plantations akan memberi amaran akan memasukkan lebih ramai buruh asing dari Bangladesh dan Indonesia ke situ. Akhirnya terpaksalah mereka berdiam diri bagaikan "hidup segan mati tak mahu". Maka untuk merubah nasib mereka, hanya ubah kerajaan. Bila kerajaan sudah bertukar dan Najib tidak lagi memegang Felda maka itu barulah semua ini dapat dipulihkan semula. Melainkan Najib sudah insaf dan sokong Pakatan Rakyat






























Altantuya mencari kebenaran di Mahkamah antarabangsa 2

Eksklusif: Kerajaan Monggolia Akan Membawa Kes Altantunya Ke Mahkamah Antarabangsa !!


Nampaknya, sesuatu yang lebih mengejutkan pasti berlaku selepas ini. Ia berkaitan dengan kes pembunuhan wanita Monggolia, Altantunya Shariibuu. Biarpun Razak Baginda sudah dibebaskan dan dua orang anggota polis UTK masih menghadapi perbicaraan untuk membela diri berkaitan kes tersebut. Namun, bagi pihak keluarga, rakyat dan kerajaan Monggolia mereka tetap tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat oleh mahkamah Malaysia. Terdapat kepincangan yang nyata dalam hal ini, ditambah lagi dengan pembebasan Razak Baginda dan "Style Ninja" yang masih dilakukan oleh kedua-dua tertuduh berkenaan. Ramai yang berpendapat bahawa, bukan Sirul dan Azilah lagi yang diusung ke sana sini oleh pihak polis. Tetapi, ianya telah ditukar dengan dua orang banduan yang sedang menanti hukuman gantung sampai mati. Lantaran itulah Sirul dan Azilah dibiarkan menutup muka sehingga ke hari ini. Bahkan tiada juru gambar yang dipercayai dapat merakamkan wajah mereka dengan jelas. Difahamkan, mereka juga tidak membuka wajah ketika didalam mahkamah sekali pun. Ini menyebabkan rakyat menjadi pelik dan hairan dengan senario yang berlaku ini.Nampak benar, seperti ada satu keraguan dan kesangsian yang nyata dengan perjalanan kes berkenaan.
Susulan daripada itulah, maka kemungkinan besar menyebabkan Kerajaan Monggolia telah menghantar surat rasmi kepada Menteri Luar Malaysia, Rais Yatim berhubung dengan hasrat mereka untuk membawa kes pembunuhan wanita rakyat negara itu ke Mahkamah Antarabangsa. Ini kerana mereka sudah hilang keyakinan dan tidak percaya sama sekali dengan amalan undang-undang dan kehakiman di Malaysia..
Tambahan pula badan kehakiman negara ini, sudah mula tercemar peringkat antarabangsa dalam kes yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dulu. Seantero dunia melihat bahawa, badan kehakiman negara dicengkam oleh pengaruh politik parti pemerintah. Lantaran itulah , Kerajaan Monggolia tidak yakin perbicaraan kes Altantunya telah dibicarakan dengan adil dan saksama. Kenyataan ini disiarkan dalam media massa di Monggolia termasuk akhbar harian di sana iaitu MONTSAME. Sila Lihat laporan tersebut :-
ULANBATOR: The world community is well aware of the ruthless murder of Mongolian citizen ALTANTUYA Shaariibuu on October 19, 2006, in Punchak Alam, Malyasia, being shot twice and blown up by an explosive. The Government of Mongolia reaffirms hereby that it has been consistently paying attention, from the very beginning of this cruel crime to the court proceedings. The Prime Minister and the Minister for Foreign Affairs (previous name) of Mongolia have sent letters twice each to their Malaysian counterparts expressing their confidence that related Malaysian authority would bring a murderer to justice and deliberate a fair court conviction for the case. The Government of Mongolia deeply regrets that the Malaysian high court judge made a decision on October 31, 2008, to acquit Abdul Razak Baginda–the murder suspect for killing Mongolian ALTANTUYA Shaariibuu. Although Mongolia has no legal rights to take part in the court proceedings, the Government of Mongolia is responsible for protecting legitimate rights and interests of its citizen under international treaties and national legislation.
In connection with the recent court decision to acquit the suspect Abdul Razak Baginda, the Minister for Exterrnal Relations of Mongolia Mr. S.Batbold has sent another letter addressed to the Foreign Minister of Malaysia Mr. Rice Yatim requesting the latter to pay attention to and render support for ensuring conditions for a final court decision free from politics and other side influence. The letter carries a statement by Mongolia’s Government testifying that it will have a strong reasoning for turning to the international court in order to defend rights and interests of its citizen if the court’s final decision results in unfair trial and proceedings. A trial for the special unit officers charged for the murder is expected to take place shortly and the Mongolian Government keeps its eyes and ears wide open on the proceeding. S.Batbaya
[Kami difahamkan, gara-gara takut perkara ini terdedah maka kerajaan Malaysia telah mengarahkan Menteri Luar Rais Yatim untuk mendiamkan diri dalam hal ini. Surat rasmi telah dihantar kepada Kerajaan Malaysia berhubung dengan perkara ini. Jika tiada balasan, sudah pastilah kes ini akan lebih menggemparkan selepas ini. Maka, mahu atau tidak Kerajaan Malaysia terpaksa menerima kenyataan bahawa Altantunya adalah rakyat Monggolia. Ini bermakna, keluarga, rakyat dan kerajaan negara itu berhak untuk meminta agar kes pembunuhan warganegara mereka diadili semula]

Awas Penipuan Di Stesen Minyak



KUANTAN: Orang ramai disekitar bandar ini dinasihatkan berhati-hati ketika mengisi minyak di mana-mana stesyen minyak di bandar ini. Ia berikutan pihak kami menerima aduan daripada orang ramai yang begitu kecewa dengan taktik "baru" yang digunakan oleh pemilik stesyen minyak untuk mengaut keuntungan mudah. Kaedah yang digunakan ialah mereka mengubahsuai "nozel" supaya banyak gas dan angin yang masuk ke dalam tangki sebelum minyak diisi. Ini disedari oleh beberapa orang pengguna yang mengisi minyak dibandar ini. Mereka mendapati harga minyak berdasarkan liter berbeza-beza antara stesyen minyak, biarpun kerajaan telah menetapkan harga baru bahan mentah itu. Kami difahamkan langkah ini dilakukan, bagi mengelakkan kerugian akibat penurunan harga minyak yang begitu mendadak mutakhir ini.

Walaupun mendapat subsidi, harga minyak di Malaysia tetap naik seiring dengan kenaikan harga minyak dunia. Bagaimanapun pada 5 Jun 2008, kerajaan menaikkan harga minyak dan diesel secara mendadak, dengan harga petrol dinaikkan sebanyak 78 sen seliter kepada RM2.70 seliter (kenaikan 40%) manakala harga diesel turut dinaikkan sebanyak RM1 kepada RM2.58 seliter daripada RM1.58. Prinsip penentuan harga petrol dan diesel di Malaysia sekarang akan berlandaskan kepada harga bahan api itu di pasaran dunia. Diskaun 30 sen dari harga pasaran diberikan kepada setiap pengguna minyak rakyat Malaysia. Atas desakan Pakatan Rakyat, terutamanya selepas "Debat Isu Minyak" antara Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Menteri Penerangan, Datuk Shabery Cheek maka akhirnya kerajaan terpaksa akur. Maka itu kononnya sejajar dengan penurunan harga minyak dunia, kerajaan pada 22 Ogos 2008 telah mengumumkan penurunan harga runcit minyak.
Pengumuman ini menyaksikan harga petrol dan diesel diturunkan di antara lapan dan 22 sen mulai 23 Ogos 2008. Manakal pada 24 September 2008 pula, kerajaan mengumumkan penurunan 10 sen harga petrol dan diesel. Berikutan harga minyak dunia yang terus menurun, bermula 15 Oktober, harga minyak diturunkan lagi antara 10 dan 20 sen. Seterusnya pada 1 November yang baru lalu, harga petrol dan diesel terus diturunkan sebanyak 15 sen menjadikan harga minyak petrol terkini di pasaran bagi RON97 ialah RM2.15.

Maka itu, khabarnya pihak pemilik stesyen minyak amat gelisah dengan perubahan harga yang berlaku mutakhir ini. Mereka sukar untuk menerima penurunan yang mendadak, sedangkan dalam masa beberapa bulan yang lalu kenaikannya diparas yang amat menguntungkan mereka. Susulan daripada itu mereka cuba "mencuri" minyak dengan mengubahsuai "nozel" yang digunakan untuk mengisi minyak. Hasilnya minyak berubah diantara lain-lain stesyen minyak. Perkara ini telah didedahkan oleh Puan Nancy Khong, Bekas Calon PKR DUN Semambu dalam Pilihanraya Umum ke-12 yang lalu. Beliau menegaskan bahawa terdapat banyak penipuan dilaporkan melibatkan stesyen minyak. "Pemilik dipercayai tertekan akibat kenaikan harga minyak, maka mereka cuba untuk mencuri wang pengguna. Apa yang dilakukan ialah mereka mengubah "modifite" nozel minyak. Akibatnya, bila kita mengisi minyak senantiasa berubah-ubah antara stesyen. Harga minyak terbaru RM2.15 seliter hanya terdapat pada meter sahaja. Sebaliknya perkara ini telah diubah oleh mereka. Maknanya jika kita mengisi minyak dalam RM20 sepatutnya minyak ialah 9.302 liter. begitu juga sebaliknya" katanya.

Menurut beliau lagi "Pengguna tidak perasan perkara ini sebab mereka membayar minyak terlebih dahulu di kaunter. Inilah padahnya perkhidmatan self-service yang diamalkan di stesyen minyak. Penipuan boleh berlaku bila-bila kerena pengguna tidak menyedarinya. Bayangkan berapa banyak lebihan untung yang diperolehi oleh pengusaha stesyen minyak setiap hari dengan taktik ini. Justeru itu kami mahu pihak berkuasa untuk menyiasat perkara ini. Sampai bila kita harus ditipu". Beliau juga menegaskan bahawa pengguna boleh mengenalpasti penipuan ini dengan membawa botol mineral water 1.o liter ketika mahu mengisi minyak. Mereka boleh isikan dulu minyak dalam botol terbabit dan cuba lihat jumlah RM2.15 apakah ia bersamaan dengan 1.0 liter. Jika sama baru teruskan isian berikutnya, tetapi Jika sebaliknya maka boleh mengadu kepada pihak pberkenaan. Maknanya jika ia tidak cukup, terbukti mereka telah menipu pengguna. Akhirnya pengguna yang terpedaya dengan taktik kotor pengusaha pam minyak.

[Perkara ini juga sebenarnya berlaku di seluruh negara. Justeru itu kepada orang ramai berhati-hatilah ketika membeli minyak. Pastikan anda membawa botol air mineral 1.0 liter sebagai bukti. Jika tidak setiap hari anda akan terus ditipu oleh pengusaha yang rakus ingin mengaut keuntungan yang berlipat ganda setelah harga minyak diturunkan. Sebarkan info ini kepada semua rakan-rakan di seluruh negara, beri kesedaran kepada mereka agar melakukan perkara yang sama. Respond kepada perkara ini sila email pahangdaily@yahoo.com untuk kami war-warkan disini mana-mana stesyen minyak di seluruh negara yang melakukan perbuatan ini. Sama-sama kita boikot dan hanya pergi ke pengusaha stesyen yang jujur sahaja]


































11 November 2008

Kebesaran Tuhan tatkala Pengebom Bali dikebumikan di Kampung Halaman

Jakarta - Suasana menjelang pemakaman para pelaku Bom Bali menyiratkan sejumlah peristiwa gaib. Pertanda apa? Jenazah Imam Samudra mengeluarkan wangi semerbak saat hendak dikeluarkan dari peti mati di Polda Banten.
"Ya Allah, jenazah kakak wangi sekali waktu dikeluarkan dari peti. Seperti minyak wangi yang sering dipakainya," kata Lulu Jamaluddin kepada INILAH.COM, di rumah duka, Lopang Gede, Serang, Minggu (9/11).
Peristiwa jenazah mewangi ini juga terjadi pada jazad Al Ghozi, tersangka teroris yang diburu lalu tewas ditembak polisi Filipina. Kesaksian ini datang dari seorang kerabatnya.
"Jenazah Al Ghozi begitu wangi, ini menunjukkan almarhum mati syahid," kata kerabat Al Ghozi yang tidak diketahui namanya itu. keyakinan yang sama juga datang dari Lulu, adik kandung Imam Samudra. Kata dia, "Kakak saya ya pasti mendapatkan tempat yang layak di surga seperti yang dicita-citakannya."
Soal wangi jenazah Imam Samudra ini, seperti parfum yang biasa digunakan almarhum semasa hidup. Bukan wangi yang berasal dari kapur barus yang biasanya digunakan bersama kain kafan.
Ketika jazad Imam Samudra akan dikubur di TPU Lopang Gede, Serang, Banten, sekitar pukul 10.30 WIB, tiba-tiba cuaca berubah mendung. Bunyi petir terdengar ketika jenazah Imam Samudra ditutup tanah merah.
"Allahu akbar, Lailahaillallah," teriak ratusan pelayat yang sebagian besar dari jamaah Anshorut Tauhid, Forum Umat Islam, dan Front Pembela Islam. Sementara itu kejadian unik juga muncul di Desa Tenggulun, Lamongan, Jawa Timur, Minggu (9/11). Sekitar satu jam menjelang kedatangan jenazah Amrozi dan Mukhlas di rumahnya, muncul tiga burung belibis hitam mengitari rumah Amrozi.
Warga yang memadati area sekitar rumah Hj. Tariyem, dibuat takjub dengan kedatangan tiga burung belibis hitam itu. "Ini tanda jenazah mereka langsung bertemu dengan Allah. Burung itu bidadari yang menjemput," ungkap H Ahmad, pendukung Amrozi cs.
Kehadiran tiga burung hitam itu membuat massa kafilah Syuhada serentak mengucapkan kalimat takbir berkali-kali. Mereka yakin jenazah ketiga terpidana mati yang telah dieksekusi dini hari tadi, Amrozi, Muklas dan Imam Samudra akan masuk surga.
Wajah tersenyum
Sesuai permintaan Amrozi Cs, maka proses eksekusi berlangsung tanpa wajah ditutup. Tak terbersit rasa takut di wajah mereka. Ini terlihat dari wajah jenazah Imam Samudra yang tersenyum dalam damai.
Seperti yang diakui oleh Lulu, seperti tak terbersit rasa takut di wajah Imam Samudra saat detik-detik menghadapi regu tembak yang akan mengeksekusinya. Layaknya, orang yang sedang tidur, wajah Imam Samudra tersenyum dalam damai."Wajah kakak ganteng banget, senyum, bersih, gemuk. Subhanallah. Saya senang melihat ini dan tidak percaya. Kalau dulu saya sering nonton ini di TV tapi sekarang ini saya alami sendiri," ungkap Lulu dengan raut wajah bahagia.

Al-fatihah buat mereka yang terkorban dan dikorbankan.... amin

Pahlawan Melayu: Ni cerita lawak ker???

Jika Hang Tuah 5 bersaudara bermandi darah mempertahankan negara digelar Pahlawan Melaka…
Tapi di Penang anda hanya perlu jadi orang UMNO dan hina bangsa lain, anda akan menjadi Pahlawan Pulau Pinang…
So siapa yg nak jadi pahlawan tu..simpan keris simpan senjata…isi borang…masuk UMNO…


Sambutan hero, Ahmad dilabel "pahlawan tulen Bukit Bendera"



AHMAD Ismail menerima keris daripada veteran Umno, Abdul Rahman Lazim.

GEORGE TOWN: Datuk Ahmad Ismail, yang digantung daripada jawatan Ketua Umno Bukit Bendera dua bulan lalu, semalam diberikan sambutan sebagai "hero" dengan diisytiharkan "pahlawan tulen Melayu Bukit Bendera".
Ahmad diberikan sambutan sebagai pahlaman dengan dipersembahkan alat-alat kebesaran Melayu, antaranya keris pada majlis perasmian persidangan perwakilan bahagian itu petang semalam.
Beliau yang melabelkan masyarakat Cina sebagai pendatang ketika kempen pilihan raya kecil Permatang Pauh Ogos lalu digantung keahlian dan digugurkan kesemua jawatan parti selama tiga tahun.

AHMAD Ismail disambut meriah ketika memasuki dewan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Bukit Bendera petang tadi.

Ahmad yang tiba di hotel Bayview Beach Resort di sini pukul 3.40 petang disambut masuk dengan meriah ke dewan utama persidangan meriah bersama iringan kompang dan persembahan silat.
Sebaik tiba beliau dikenakan tengkolok kuning oleh penasihat bahagian itu, Azmi Merican.
Kemudian beliau menerima selempang berwarna kuning daripada veteran Umno Saakyah Mat Isa, serta diberikan keris oleh seorang lagi veteran Abdul Rahman Lazim.
Selepas menerima komponen tradisi itu Ahmad menuju ke pentas utama manakala juruacara mengisytiharkan beliau sebagai pahlawan tulen Bukit Bendera.
Ketua Umno Cawangan Jalan Lahat, Madzalifah Abu Kassim kemudian membacakan sajak yang beliau hasilkan khas untuk Ahmad. Ia disusuli dengan laungan “Hidup Datuk Ahmad” dan “Hidup Melayu” sebanyak tiga kali.

Selepas menyanyikan lagu Warisan, dan solat, Ahmad, yang juga penasihat bahagian itu kemudiannya merasmikan persidangan yang diadakan secara tertutup.
Persidangan memilih Abdul Jalil Ariffin sebagai ketua bahagian tanpa dicabar.
Perwakilan juga meluluskan usul menggesa Majlis Tertinggi Umno menarik balik dan membatalkan penggantungan Ahmad.
Usul seumpama juga telah diluluskan oleh Pergerakan Wanita semalam

09 November 2008

Penyelewengan Kes Altantuya's

Tuesday, November 4, 2008

7 Penyelewengan Besar Kes Altantuya..

Kes Altantuya merupakan satu-satunya kes besar penuh sensasi yang melibatkan kepimpinan politik Malaysia secara langsung dengan pembunuhan ngeri seorang model. Ianya menjadi satu igauan bagi Dato Seri Najib Tun Razak dan akan terus di perkatakan dan akan dibawa berterusan.Beberapa fakta yang di ragui memungkin akan menjadi bahan kempen bagi mendapatkan sokongan rakyat.

Maka kerana itu satu pebicaraan dan kes ini jika di lakukan dengan cara yang betul akan menjadikan maruah Dato Seri Najib akan pulih semula.Altantuya Shaariibuu @ Aminah Abdullah (Bahasa Mongolia: Алтантуяа Шаарьбуу) (1978-2006), seorang rakyat Mongolia, merupakan seorang mangsa bunuh yang mana baki mayatnya telah dihancurkan dengan bahan letupan C4 Altantuya telah dilahirkan pada tahun 1978, anak kepada Shaaribuu Setev, seorang profesor psikologi dan Sh Altantsetseg.Altantuya tinggal dan dibesarkan di St Petersburg, Rusia sehingga berusia 12 tahun dan mendapat pendidikan di Beijing, China. Dia fasih berbahasa Mongolia, bahasa Inggeris, Rusia, Mandarin, dan Perancis. Altantuya Shariibuu bekerja sebagai guru siswazah dan penterjemah dan jurubahasa di Ulaan Bataar.
Altantuya Shariibuu juga bekerja dengan beberapa agensi pelancongan dan sebagai model sambilan. Beliau sering ke luar negara selaku model sambilan. Wanita cantik dari Mongolia ini dipercayai diletupkan dengan C4 di Shah Alam, Selangor. Bahan letupan C4 ini sukar diperolehi di Malaysia kecuali oleh pihak tentera dan polis Malaysia sahaja.Siasatan awal mendapati Abdul Razak Baginda , Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar terlibat secara aktif. Mereka dari Unit Tindakan Khas Kementerian Pertahanan dan penganalisis keselamatan antarabangsa.

Dari sinilah nama Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Pertahanan dikait-kaitkan .Dari awal lagi Najib Tun Razak telah menafikan pelbagai rumor yang mengaitkan nama beliau. Apabila kes ini dibawa ke mahkamah, tidak ada lagi sebarang kenyataan penafian kerana akan menjejaskan proses perbicaraan. Najib Tun RazakSetelah sekian lama, kes Altantuya ini berlangsung dan pelbagai rumor penglibatan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, barulah dinafikan secara rasmi pada 1 Mei 2008. Semasa dan sebelum pilihan raya 2008, nama beliau diperkatakan oleh pihak pembangkang dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia itu hanya ‘mendiamkan’ diri sahaja.Pada 1 Mei 2008, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak melalui setiausaha akhbarnya Datuk Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad menafikan sekeras-kerasnya beliau terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan kes pembunuhan kejam Altantuya Shaariibuu. Antara kenyataan dan penafian itu termasuklah : Tidak pernah mengenali wanita Mongolia itu dan tidak pernah bertemu dengan mangsa terbabit.

Berikut ialah 7 Penyelewengan Besar Kes Altantuya:1. Enggan Siasat Saksi Dakwaan seorang saksi kes Altantuya bahawa Altantuya pernah makan bersama dengan Razak Baginda dan individu bernama ‘Najib Razak’ tidak pernah disahkan . Malahan kredibiliti saksi itu juga tidak pernah diteliti oleh pihak penyiasat mahupun pihak mahkamah.2. Enggan siasat gambar.Konon-kononnya ada sekeping gambar Altantuya dengan Razak Baginda dan ‘Najib Razak’ tidak pernah dibuktikan oleh mana-mana pihak termasuk oleh pemimpin utama pembangkang. Ini disebut oleh seorang saksi kes tetapi tidak disiasat oleh pendakwaan. Sewajarnya, sebuah unit siasatan dikerahkan memastikan kewujudan gambar ini benar atau tidak. 3. Enggan Panggil Saksi Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor mengaku tidak ada kaitan dengan pembunuhan Altantuya. Beliau juga mendakwa tidak pernah menyokong permohonan visa Altantuya untuk datang ke Malaysia. Beliau juga menafikan sengaja menghapuskan rekod Jabatan Imigresen Malaysia berhubung kedatangan Altantuya ke Malaysia. Memandangkan Najib begitu kerap memberi pelbagai kenyataan berkaitan kes ini, sewajarnya najib dipanggil/disepina sebagai saksi.

Keengganan memanggil Najib memberi keterangan menguatkan persepsi umum bahawa ada perkara hendak disembunyikan dan Najib takut.4. Saksi Di ISA!Kebanyakan kenyataan-kenyataan Raja Petra berhubung kes ini merupakan ‘hearsay’ yang tidak pernah dibuktikan kesahihannya. Kes pembunuhan Altantuya dikatakan tidak bersangkut-paut dengan pembelian kapal selam yang dibeli oleh kerajaan Malaysia. Kementerian Pertahanan Malaysia memang ada membeli kapal selam tersebut tetapi mengaku tidak pernah melibatkan wanita bernama Altantuya. Sekiranya ini benar, Raja Petra patut diberi peluang membela diri di mahkamah dan bukan di ISA kan.

Apabila Raja Petra di ISA, tentulah beliau boleh disiksa dan diberi tekanan sewaktu di dalam ISA. 5. Tindakan pelik RosmahSewajarnya, apabila seseorang itu difitnah, si mangsa akan segera mempertahankan diri dan mendakwa pemfitnah di mahkamah sekiranya berterusan memfitnahnya. Inilah yang dilakukan oleh Anwar kepada Mahathir. Ini berbeza dengan Rosmah di mana beliau enggan mendakwa Raja Petra yang mengaitkannya dengan pembunuhan Altantuya sebaliknya, dalam diam-diam, Raja Petra di ISA.

Ini menguatkan persepsi bahawa Rosmah tidak berani mendakwa di mahkamah kerana ada perkara yang hendak disembunyikan.6. Adakah ianya satu perancangan?Antara ura-ura yang bertiup kencang ialah pendakwaan ke atas Raja Petra dan perjalanan kes Altantuya ini merupakan sebahagian rancangan KJ untuk menjatuhkan kareer politik Najib agar bapa mertuanya ‘terpaksa’ terus berkuasa. Semua maklum bahawa Raja Petra didakwa di mahkamah berikutan tulisannya dalam blognya yang mengaitkan Najib dengan pembunuhan Altantuya. Tulisan blogger selama ini tidak dipandang serius pun. Tetapi, apabila Raja Petra di dakwa di mahkamah, publisiti besar-besaran akan memusnahkan reputasi Najib. Tindakan mendakwa Raja Petra ketika pemilihan UMNO begitu dekat dikatakan sebagai ‘kebetulan’.More from this category2 pegawai UTK dituduh membunuh Altantuya, atas arahan Siapa?7.

Akuan bersumpah Bala yang tidak mendapat perhatian mahkamah. Dan lapuran INI tidak di ambil endah."Saya diberitahu bahawa isteri (Datuk Seri) Najib (Tun Razak) menemui Bala di British Isle beberapa hari selepas penyiasat persendirian itu menghilangkan diri dan membayar Bala RM5 juta."Saya diberitahu bahawa Bala dan keluarganya sedang berusaha untuk mendapatkan kewarganegaraan India. Saya benar-benar berharap ini tidak benar dan Rosmah akan membuat kenyataan menafikannya," dakwa blogger itu yang di keluarkan oleh Kickdefller

Posted by

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

Antantuya's mancari kebenaran di mahkamah Antarabangsa

Saturday, November 8, 2008

Mongolia Govt says it will take Altantuya’s case to internasonal court-sloone blog

Ulaanbaatar, /MONTSAME/ The world community is well aware of the ruthless murder of Mongolian citizen ALTANTUYA Shaariibuu on October 19, 2006, in Punchak Alam, Malyasia, being shot twice and blown up by an explosive.The Government of Mongolia reaffirms hereby that it has been consistently paying attention, from the very beginning of this cruel crime to the court proceedings.

The Prime Minister and the Minister for Foreign Affairs (previous name) of Mongolia have sent letters twice each to their Malaysian counterparts expressing their confidence that related Malaysian authority would bring a murderer to justice and deliberate a fair court conviction for the case.The Government of Mongolia deeply regrets that the Malaysian high court judge made a decision on October 31, 2008, to acquit Abdul Razak Baginda–the murder suspect for killing Mongolian ALTANTUYA Shaariibuu.

Although Mongolia has no legal rights to take part in the court proceedings, the Government of Mongolia is responsible for protecting legitimate rights and interests of its citizen under international treaties and national legislation.In connection with the recent court decision to acquit the suspect Abdul Razak Baginda, the Minister for Exterrnal Relations of Mongolia Mr. S.Batbold has sent another letter addressed to the Foreign Minister of Malaysia Mr. Rice Yatim requesting the latter to pay attention to and render support for ensuring conditions for a final court decision free from politics and other side influence.

The letter carries a statement by Mongolia’s Government testifying that it will have a strong reasoning for turning to the international court in order to defend rights and interests of its citizen if the court’s final decision results in unfair trial and proceedings.A trial for the special unit officers charged for the murder is expected to take place shortly and the Mongolian Government keeps its eyes and ears wide open on the proceeding.

S.Batbayar

Posted by WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

08 November 2008

Din beramboi interview S/U AMK johor

Sautu hari aku termenung di bawah Jembatan UTM Skudai Johor. Tetiba sebuah kereta warna 'Dark Blue'berhentikan keretanya. Dia ingat aku ni pokai sangat. Dengan ego dia bertanya .....
Pemuda : Bro... jom naik keter aku..

DB : Malas la... hang sapa dok baik hati sangat ?
Pemuda : Aku Nazri, Setiausaha AMK Johor ( S/U) . Hang sapa ?
DB : ohhh hero PKR la nih... sori bro.. NC UTM suruh aku tunggu kat sini..
SU : ehhh... lawak antarabangsa la tu..
DB : Macam teringin nak kena ISA la tu... Syed Hamid kamcing ngan aku bro..
S/U : Taktik UMNO la tu sikit-sikit ISA...
DB : Aku nak tanya kau la... dalam keje-keje kau apa yang paling mencabar ?
S/U : Buat soalan dan jawap sendiri... ( sambil garu kepaala.. )
DB : Baguih..baguih... lagi ?
S/U : Tengok slip top-up prepaid...
DB : Alamak geng Harris Iskandar tu... Bila nak letak jawatan bro ?
S/U : Kalau kau jadi Ketua AMK aku letak jawatan la...
DB : Kalau tu jawapan kau aku setuju naik keter kau. Hantar aku pi Segamat jap...
S/U : Jom.. aku pun nak jumpa cikgu Zul...

KJ minum arak????

Semalam telah tersebar gambar mamat ni di Blog-blog.(KJ minum arak?). Hari ni Husin Lempoyang beri hujah adakah betul gambar tersebut. Kita sama-sama nilai.... Betul @ Tidak????

Ana semalam dituduh menggunakan taktik politik yang cuba mentengkolokkan dengan botol ... eh maaf, membetulkan pemimpin masa depan dengan menegur.

Ada kata salah kita menjatuhkan maruah seseorang.Ada persoalkan siapa ana untuk meng-ian chin-kan seseorang?Ada juga mengatakan ana munafiq kerana ana pun minum air sarbat. ... air sarbat itu air ada halia lah!Seorang komentar bernama Khairy Jamaluddin berkata:
Ini usaha jahat untuk menafikan hak saya sebagai penuntut Oxford untuk menjadi Ketua Pemuda UMNO dan akhirnya sebagai Perdana menteri Malaysia seblum saya berumor 40 tahun.

Orang yang dalam gambar itu mungkin kembar saya dari berlainan ibu dan bapa. Kami memang sama lahir di Kuwait pada tahun 71, belajar di UWC, Singapore dan Oxford, dan juga kahwin dengan Nori.Ini bukan saya. ... Saya tidak minum minuman itu kerana saya minum Champagne Dom Perignon saja.He he he ... rasanya itu bukan Khairy Jamaluddin yang memberi komen. Dia sedang sibuk mahu cuba mengajak Mukhriz berdebat dengannya tetapi hanya dapat berdebat dengan Khir Toyo. Mukhriz sedia kalau ia hanya satu forum yang tidak ada tembak menembak sesama parti.

Khairy sedang sibuk mengira berapa jumlah yang sesuai ...Komentar Tan Sri Tak Dapek Kalimullah mengagak akan ada tukang nafi untuk Khairy. Pasti ada akan kata ana melakukan rawatan mendoktorkan gambar. Jangan hairan ana akan dikecam sebagai cuba mentian chuakan Khairy.

Ana mahu kebenaran sahaja.

Selama beberapa tahun ini kita ditipu oleh permainan putarbelit media perdana hingga tidak dapat lihat mana yang benar dan mana yang penipuan. Kita diberitahu ini adalah modal insan menantu Imam Hadhari dikatakan hebat dan pandai.Rakyat perlu tidak ditipu dan perwakilan yang mahu mengundi perlu tahu siapa pemimpin yang berkata memperjuangkan alif ba dan ta.Ana ajak Khairy beri pendiriannya dan media perdana siarkan sepenuhnya. Kalau ana dituduh munafiq, ana tidak mahu Khairy dituduh munafiq kerana dia akan jadi Perdana Menteri satu hari.Jika dia buat, mengaku saja. Baik sekali, kalau Khairy bertaubat nasuha. Ana sanjungi.Ana kata ini berlaku.Kalau Imam Ramlang Poringi dan mana-mana Tuan-Tuan Magistret (melainkan Joe Labu) sedang membaca blog ana, di hadapan ente-ente semua ana mengaku gambar ini benar.

(Sori ana tak mahu sumpah, kerana Haji Hadi, Nik Ajis dan Qardawi tidak kasi. Ana sudah talipon semua ulamak dari Amerika, England, Egypt, Syria, Jordan, 'Arab Saudi, Hindustan, Kongstan, Afghanisatan, dan Gohead Gostan. Hehehe ... ingat siapa cakap macam itu? hehehe.)Bagi memastikan maklumat cukup dan kalau mahu jadi kes dan tidak dibuang keluar oleh Mahkamah Persekutuan, ana kena sebutkan tempat, alamat, haribulan dan masa - Heritage Mansion, Jalan Kemunting off Jalan Doraisamy, KL, bulan Jun, lebih kurang hari Khamis 17 haribulan, dan antara waktu pukul 10:00 pm ke pukul 2:00 am Cukup maklumat kalau mahu buat kes.Kalau tidak cukup puashati, ana kata kerusi-kerusi itu wujud di Master Lounge Heritage Mansion (kalau hari ini tidak diubahsuai untuk hilangkan bukti) kerana ia kerusi sama yang diduduki artis-artis selebriti dalam gambar di bawah ini.

Wow!

Kalau tidak cukup juga, ana beritahu orang yang berada disebelah Khairy berbaju merah itu adalah tuan punya tempat bernama William. Wow!

Ada kerusi-kerusi kosong kerana dua orang lagi ia-itu Dax atau Firmansyah Muhammad Kalo dan Jason Lo tidak ada di kerusi. Mungkin sedang buang air dan berdansing.Malam itu adalah malam pembukaan kelab yang baru selesai kerja-kerja penambahan dan pengubahsuaian. Dahulu cuma satu tingkat dan sekarang sudah ada dua tingkat.




Kelab ini memang selalu didatangai penuh dengan selebriti-selebriti, termasuk Maya Karin. Wow!Gambar ini diambil pada akhir tahun lepas semasa dia belum kahwin. Muga jadi isteri yang soleh dan berpakaian yang sopan macam Ziela ye.Ada juga Hannah Tan yang menarik orangnya. Wow!Jadi kalau Khairy rasa tidak salah pergi ke tempat-tempat sedemikian, katakan seluasnya. Bukankah Khairy percaya pada liberalisasi, globalisasi, meritokrasi dan keterbukaan. Ini adalah cara bersosial dan membina Setiakawan?Ana pun percaya pada keterbukaan. Sekarang malam panas, ana selalu tidor tak pakai baju.Amacam Hannah, nak masuk Islam? Ana boleh ajar bab munakahat. Boleh cuba-cuba raptai ijab kabul dengan Husin. Wow!


Ana sudah tidak terlalu banyak Wow! lah hari ini ...Nukilan Husin Lempoyang



Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Gemilang Johor

AMK Johor dengan kerjasama urusetia AMK Johor Bahru mempelawa semua warga Malaysia tanpa had umur untuk menyertai Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Gemilang Johor.Maklumat kejohanan seperti berikut :-

1. Tarikh : 16hb Disember 2008 ( Ahad )
2. Tempat : Johor Bahru
3. Yuran Penyertaan : RM 50.00
4. Syarat khusus : Hanya seorang sahaja bekas pemain negeri / daerah boleh mewakili regu dan 5 tahun kebawah.
5. Pendaftaran sebelum 10 Dis. 20086.

Hadiah :
Johan RM 600.00
Naib Johan RM 400.00
Ketiga 200.00

Maklumat & Pendaftaran hubungi : En. Azlan (017 7418884) En. Zabidie (019 7564699)