DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

12 November 2008

Altantuya mencari kebenaran di Mahkamah antarabangsa 2

Eksklusif: Kerajaan Monggolia Akan Membawa Kes Altantunya Ke Mahkamah Antarabangsa !!


Nampaknya, sesuatu yang lebih mengejutkan pasti berlaku selepas ini. Ia berkaitan dengan kes pembunuhan wanita Monggolia, Altantunya Shariibuu. Biarpun Razak Baginda sudah dibebaskan dan dua orang anggota polis UTK masih menghadapi perbicaraan untuk membela diri berkaitan kes tersebut. Namun, bagi pihak keluarga, rakyat dan kerajaan Monggolia mereka tetap tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat oleh mahkamah Malaysia. Terdapat kepincangan yang nyata dalam hal ini, ditambah lagi dengan pembebasan Razak Baginda dan "Style Ninja" yang masih dilakukan oleh kedua-dua tertuduh berkenaan. Ramai yang berpendapat bahawa, bukan Sirul dan Azilah lagi yang diusung ke sana sini oleh pihak polis. Tetapi, ianya telah ditukar dengan dua orang banduan yang sedang menanti hukuman gantung sampai mati. Lantaran itulah Sirul dan Azilah dibiarkan menutup muka sehingga ke hari ini. Bahkan tiada juru gambar yang dipercayai dapat merakamkan wajah mereka dengan jelas. Difahamkan, mereka juga tidak membuka wajah ketika didalam mahkamah sekali pun. Ini menyebabkan rakyat menjadi pelik dan hairan dengan senario yang berlaku ini.Nampak benar, seperti ada satu keraguan dan kesangsian yang nyata dengan perjalanan kes berkenaan.
Susulan daripada itulah, maka kemungkinan besar menyebabkan Kerajaan Monggolia telah menghantar surat rasmi kepada Menteri Luar Malaysia, Rais Yatim berhubung dengan hasrat mereka untuk membawa kes pembunuhan wanita rakyat negara itu ke Mahkamah Antarabangsa. Ini kerana mereka sudah hilang keyakinan dan tidak percaya sama sekali dengan amalan undang-undang dan kehakiman di Malaysia..
Tambahan pula badan kehakiman negara ini, sudah mula tercemar peringkat antarabangsa dalam kes yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dulu. Seantero dunia melihat bahawa, badan kehakiman negara dicengkam oleh pengaruh politik parti pemerintah. Lantaran itulah , Kerajaan Monggolia tidak yakin perbicaraan kes Altantunya telah dibicarakan dengan adil dan saksama. Kenyataan ini disiarkan dalam media massa di Monggolia termasuk akhbar harian di sana iaitu MONTSAME. Sila Lihat laporan tersebut :-
ULANBATOR: The world community is well aware of the ruthless murder of Mongolian citizen ALTANTUYA Shaariibuu on October 19, 2006, in Punchak Alam, Malyasia, being shot twice and blown up by an explosive. The Government of Mongolia reaffirms hereby that it has been consistently paying attention, from the very beginning of this cruel crime to the court proceedings. The Prime Minister and the Minister for Foreign Affairs (previous name) of Mongolia have sent letters twice each to their Malaysian counterparts expressing their confidence that related Malaysian authority would bring a murderer to justice and deliberate a fair court conviction for the case. The Government of Mongolia deeply regrets that the Malaysian high court judge made a decision on October 31, 2008, to acquit Abdul Razak Baginda–the murder suspect for killing Mongolian ALTANTUYA Shaariibuu. Although Mongolia has no legal rights to take part in the court proceedings, the Government of Mongolia is responsible for protecting legitimate rights and interests of its citizen under international treaties and national legislation.
In connection with the recent court decision to acquit the suspect Abdul Razak Baginda, the Minister for Exterrnal Relations of Mongolia Mr. S.Batbold has sent another letter addressed to the Foreign Minister of Malaysia Mr. Rice Yatim requesting the latter to pay attention to and render support for ensuring conditions for a final court decision free from politics and other side influence. The letter carries a statement by Mongolia’s Government testifying that it will have a strong reasoning for turning to the international court in order to defend rights and interests of its citizen if the court’s final decision results in unfair trial and proceedings. A trial for the special unit officers charged for the murder is expected to take place shortly and the Mongolian Government keeps its eyes and ears wide open on the proceeding. S.Batbaya
[Kami difahamkan, gara-gara takut perkara ini terdedah maka kerajaan Malaysia telah mengarahkan Menteri Luar Rais Yatim untuk mendiamkan diri dalam hal ini. Surat rasmi telah dihantar kepada Kerajaan Malaysia berhubung dengan perkara ini. Jika tiada balasan, sudah pastilah kes ini akan lebih menggemparkan selepas ini. Maka, mahu atau tidak Kerajaan Malaysia terpaksa menerima kenyataan bahawa Altantunya adalah rakyat Monggolia. Ini bermakna, keluarga, rakyat dan kerajaan negara itu berhak untuk meminta agar kes pembunuhan warganegara mereka diadili semula]

No comments: