Sepetang di Kuala Krau
Petang 11 Nov 2008 ; kira - kira 3 jam perjalanan dari Kuala Lumpur untuk sampai ke Kampung Pian, Perkampungan orang asal di Kuala Krau. Suasana hutan khatulistiwa yang tenang mengiringi sepanjang 15 minit perjalanan dari jalan besar ke perkampungan tersebut.Petang itu sampai untuk memenuhi janji dengan seorang peguam (bekas tahanan ISA) Hj. Suhaimi yang merupakan Ketua Bahagian keADILan di situ untuk melawat ke Perkampungan orang asal yang mula menjadi kubu kuat keADILan. Lawatan petang itu turut disertai kepimpinan keADILan Negeri dan Bahagian. Satu Majlis Penerangan dan sesi Dialog diadakan di rumah saudara 'Syam'. Seramai kira - kira lebih 60 orang terdiri dari penduduk kampung tersebut bersama dalam majlis tersebut. Agak mengkagumkan juga apabila Hj Suhaimi berucap dalam bahasa penduduk kampung tersebut. Hj. Suhaimi bukan asing dikalangan penduduk asal perkampungan tersebut kerana beliau bukan sekadar sedring datang tetapi sering bermalam juga bersama.
Sebelum che'GuBard memulakan ucapan terkejut juga dengan sepontan mereka berdiri dan menjerit "Reformasi!!" dengan semangat. Dari persoalan yang dibangkitkan ketika sesi dialog ternyata mereka telah lama tertindas dan mereka sedia bangkit melawan."Harapan kami kini untuk bersama dalam Parti Keadilan Rakyat setelah melihat bahawa parti ini mampu berjuang untuk rakyat tertindas di bawah kepimpinan Datok Anwar" kata Kim salah seorang pemimpin masyarakat yang hadir petang itu.Kehadiran rombongan kami yang membawa pakaian terpakai dan juga sedikit gula-gula untuk kanak - kanak mengembirakan mereka.
Hati cukup tersentuh bila ada yang bisik ke telinga mengatakan "cikgu kami tak harap barang dan duit keADILan tetapi kami harap kita sama berjuang...kami dah lama jadi bahan diperguna Umno"Rupanya ada antara mereka yang turut sama turun berkempen untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika di P/raya Kecil Permatang Pauh. Kali ini pula suku Kaum Jahud ini akan datang dengan bas untuk menghadiri Kongres Nasional Parti Keadilan Rakyat pada 29 November 2008 di Stadium Melawati, Shah Alam. Malah mereka akan membuat persembahan di pentas utama pagi itu nanti.
Malamnya pula berceramah dengan Tn. Hj Syed Shahir dan YB Gobalakrisnan yang baru tiba jam 8malam. Ceramah diadakan di Kuala Mai dalam keadaan hujan lebat tetapi masih mendapat sambutan ramai. Malam tersebut memulakan ceramah dengan senyuman kerana gelagat pengerusi Majlis ...Man Khalid yang begitu bersahaja... beliau ialah pelakon filem "Man Laksa" yang menjadi Pengerusi dalam Konsert Kampung dalam filem tersebut.
Malamnya pula berceramah dengan Tn. Hj Syed Shahir dan YB Gobalakrisnan yang baru tiba jam 8malam. Ceramah diadakan di Kuala Mai dalam keadaan hujan lebat tetapi masih mendapat sambutan ramai. Malam tersebut memulakan ceramah dengan senyuman kerana gelagat pengerusi Majlis ...Man Khalid yang begitu bersahaja... beliau ialah pelakon filem "Man Laksa" yang menjadi Pengerusi dalam Konsert Kampung dalam filem tersebut.
No comments:
Post a Comment