DEMI RAKYAT
JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT
KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
12 November 2008
Apa kesudahannya Nasib Peneroka Felda Esok... Lusa.... Tulat dan seterusnya
Pendedahan kami tentang isu penyelewengan dan rasuh Felda baru-baru telah mendapat respond yang positif dari kalangan pembaca terutamanya warga Felda sendiri. Kami ucapkan terima kasih kepada anak-anak Felda yang terus berkunjung dan memberi sokongan kepada blog ini. Semoga pembongkaran ini akan memberi "impak yang positif" ke arah perubahan dalam syarikat GLC itu. Kita tidak mahu manusia yang "khianat" terus diberi kuasa untuk mentadbir agensi terbabit. Sebenarnya banyak lagi penyelewengan kuasa berlaku. Kenapa dibawa masuk Dato’ Bakke Salleh (foto bawah) dan kuncu – kuncunya? Kita sudah kenal siapa Dato’ Bakke iaitu orang yang menjahanamkan Tabung Haji bukan? Maka itu kita menjangkakan Felda Holding akan berkubur dalam masa 1 tahun lagi jika ia masih diterajui oleh Dato’ Bakke. Setelah Dato’ Bakke dimasukkan dalam Felda, banyak pembaharuan telah dibuat. Felda Holding seperti dilanda Tsunami. Orang-orang kanan Felda yang tidak sehaluan dengannya dibuang, Pejabat Wilayah di tutup, Ladang telah di cantum, Sistem kontrak yang diamalkan Felda telah dimansuhkan. Semua kontrak kecil-kecil ditamatkan dan semua kerja telah dilakukan oleh Ladang. Apakah Motif Dato’ Bakke ?? Di sinilah drama bermula , antaranya :-
Buruh Bangla di bawa masuk – Siapa punya?
Logistik tidak mencukupi seperti lori , mini traktor dan berbagai kenderaan, Siapa yang beli kenderaan terbabit?
Apabila Ladang di ambilalih dan diurustadbir sendiri , maka bermulalah system cekrol yang amat membebankan pihak pengurusan . Bayangkan setiap Ladang mempunyai 250 – 400 orang pekerja, bagaimana nak menguruskannya, Pihak pengurusan ladang ibarat "telur di hujung tanduk". Silap sikit dalam cekrol maka sampailah UKKA yang hanya bertujuan mencari kesalahan orang lain. Mana mahu ditempatkan pekerja? Tempat tinggal tidak mencukupi untuk pekerja dan jangan terkejut jika ada yang tinggal di kongsi-kongsi buruk yang tidak ada kemudahan . Maka bermulalah tekanan kerja di peringkat Ladang , Kebajikan dan sosial pekerja asing perlu dijaga. Bayangkan pekerja Bangladesh diberi gaji tidak kurang RM 26.00 sehari, sedangkan gaji Mandor dan pekerja tempatan hanya RM 20.00 sehari. Apakah orang atasan Felda Holding hari ini tidak nampak perkara ini atau ada diantara mereka mendapat komisyen dari pengambilan pekerja Bangladesh ini?Dengan gaji yang tak seberapa, kakitangan Ladang dikerah bekerja tanpa mengira masa, Hari- hari minggu orang lain beristirehat, kakitangan pula terpaksa ke ladang-ladang bekerja di hari minggu dan ada juga terpaksa bekerja di hari Cuti Am.
Bayangkan pekerja perlu dijaga , rekod perlu disiapkan, cekrol perlu dimasukkan hari-hari, bila target tak sampai atau berlaku kesalahan dalam pembayaran gaji , maka berduyun – duyun surat sampai beserta lawatan- lawatan eksekutif yang terdiri daripada Ketua Zon , Bahagian Projek Khas , Inspektoriat dan audit-audit UKKA yang sememangnya mencari kesalahan dan bukan memperbetulkan yang salah. Silap sikit , ambil tindakan buang kerja . Cuti tahunan tiap-tiap tahun tidak dapat dihabiskan sampai hangus begitu sahaja .Cuba bayangkan , kami difahamkan kakitangan tidak mencukupi. kakitangan yang sedia ada pula dibebani dengan tugas dan ada yang terpaksa menjaga 500 – 1000 hektar seorang . Justeru itulah kita tidak hairan, banyak kakitangan yang dibuang , DIC dan sejak akhir-akhir ini ramai penyelia berhenti kerja kerana tidak tahan lagi dengan karenah-karenah orang atasan Felda Plantations Sdn Bhd (FPSB). Apabila mereka datang sahaja untuk membuat pemeriksaan, semua orang bekerja tidak betul . Inilah bekerja di bawah bumbung Dato’ Bakke. Mengikut kajian dibuat , lebih 95% kakitangan FPSB menyokong pembangkang kerana tidak tahan karenah orang atasan FPSB yang tidak prihatin terhadap orang bawahannya. Bekerja di bawah Dato’ Bakke ibarat Sistem Tanaman Paksa seperti di amalkan Belanda di Indonesia. Orang-orang atasan yang kaki Bodek akan mengikut sahaja apa arahan yang diberikan walaupun menyalahi akta pekerjaan .
Manakala itu CEO FPSB boleh dikatakan hanya boneka sahaja, tiada kuasa untuk membuat keputusan. Perkara-perkara dibangkitkan mengenai kebajikan kakitangan sehingga kini tidak dapat diselesaikan .Apakah Dato Sri Najib tidak prihatin terhadap masalah ini? Apakah beliau mahu melihat Felda Holding hancur baru timbul kesedaran . Justeru itu kita harapkan agar orang- orang besar Felda, bangun dan sedar secepat mungkin dan mengambil tindakan agar Felda masih lagi relevan dimata dunia. Kini Felda mencapai usia 51 Tahun dan lebih 120,000 peneroka dapat ditingkatkan taraf dan diakui oleh Dunia. Tanpa khidmat Dato’ Bakke dan kuncu-kuncunya. Selamatkanlah Felda Holding terutama FPSB yang mempunyai asset dan keuntungan yang besar dan dapat membantu peneroka dan kakitangan yang mempunyai asset 51 % di bawah Koperasi Permodalan Felda (KPF).
Semoga perkara ini dapat diselesaikan dengan segera. Kerana ia sudah lama membelenggu pihak terbabit semenjak Dato' Bakke mengambil alih kepimpinan Felda Holdings Sdn Bhd . Semoga, pemimpin yang menjaga Felda iaitu Najib Razak dapat memahami masalah orang bawahan ini, terutamanya harapan mereka supaya Gaji dan Kebajikan petugas diberi perhatian serius. Baliklah kepada matlamat asal pembukaan Felda oleh Allahyarham Tun Abdul Razak dulu agar Felda lebih maju selepas 51 Tahun merdeka.
[Mahu mengharapkan Najib Razak menyelamatkan Felda, jauh panggang dari api. Sebabnya, kerana Najiblah yang mengambil Dato' Bakke rakan sekuliah Rosmah Mansor untuk memimpin Felda Holdings Sdn Bhd itu. Jika dulu, ayahanda mewujudkan Felda dengan hasrat memberi peluang memiliki tanah dan rumah seluas 10 ekar kepada para peneroka. Namun kini, sejak Najib mengkopratkan badan itu. Semua itu sudah tiada lagi. Jangankan 10 ekar, sekangkang kera pun belum tentu lagi. Bagi Najib, rugi beri rakyat tanah 10 ekar seorang, lebih baik dibuat ladang dan mereka akan dapat untung sampai bila-bila dengan mengambil pekerja kontrak. Maka itulah kasihan benar melihat nasib orang Melayu yang merempat dibumi sendiri.Mereka ibarat "pendatang asing di bumi sendiri". Sama tarafnya seperti buruh-buruh Bangladesh yang diangkut bekerja disitu. Mereka diberi rumah dan bekerja secara kontrak, sejak 30 tahun lalu. Ini menyebabkan mereka tiada hak untuk memiliki tanah. Jika mereka memberontak, maka Felda Plantations akan memberi amaran akan memasukkan lebih ramai buruh asing dari Bangladesh dan Indonesia ke situ. Akhirnya terpaksalah mereka berdiam diri bagaikan "hidup segan mati tak mahu". Maka untuk merubah nasib mereka, hanya ubah kerajaan. Bila kerajaan sudah bertukar dan Najib tidak lagi memegang Felda maka itu barulah semua ini dapat dipulihkan semula. Melainkan Najib sudah insaf dan sokong Pakatan Rakyat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment