BETUL KE PKNS NI BANTU ORANG MELAYU...
Punyalah heboh satu kampung kononnya MB Selangor sudah khianat pada orang Melayu keran sudah melantik Mdm Low sebagai Pengurus Besar PKNS. Saya telah merujuk kepada kawn saya yang bekerja di pejabat Menteri Besar Selangor untuk mendapat maklumat yang lebih tepat.Rupanya selama ini PKNS telah mendiskriminasi kontraktor Bumiputra. Misalnya, dalam projek pembangunan Kota Damansara, segala tempat yang bernilai tinggi, telah diberikan oleh PKNS kepada kontraktor bukan-bumiputra.
Kontraktor Melayu hanya mendapat projek membina rumah murah dan projek bermasaalah.Semua ini berlaku semasa PKNS di"perintah" oleh Melayu dan kerajaan BN Selangor dipimpin oleh UMNO yang kononnya memperjuangkan hak Melayu. Hairannya, orang yand sama ini juga heboh satu negeri membantah perlantikan Madam Low tetapi membisu seribu bahas apabila kontraktor Bumiputra didiskriminsi oleh PKNS.Wahai Khir Toyo, Satim Diman, Rahman Palil, Bushra Mat Johor dsbnya, mana suara kamu semasa kontraktor Melayu didiskriminasi oleh PKNS semasa projek pembangunan PKNS?
Malahan mengikut sumber saya yang lain, 75% kontraktor PKNS adalah dari kalangan bukan Bumiputra. Saya berpendapat, di bawah Mdm Low, kontraktor Bumiputra akan lebih terbela dan akan berjaya mendapat bahagian yang lebih besar berbanding di bawh orang Melalyu.Tan Sri Khalid setuju melantik Mdm Low kerana sewaktu Tan Sri bermesyurat dengan "kepimpinan" PKNS, hanya Mdm Low shaja yang berani menjawab soalan2 beliau.
Ahli Lembaga Pengarah yang lain semuanya membisu seribu bahasa. Juga, Tan Sri berkata bhawa hanya Mdm Low tidak mempunyai apa2 kepentingan dalam anak-anak syarikat PKNS.Dengan kata lain, hnya Mdm Low sahaja yang dapat menyakinkan Tan Sri Khalid akan kebersihan beliau.Sekiranya PKNS bersih dan amanah, nescaya harga rumah di Selangor berada 30% di bawah nilai yang ada sekarang.Malangnya PKNS digunakan untuk mengkayakan pimpinan2 UMNOPutra dengan bantuan kontraktor2 bukan bumiputra. Orang Melayu di Selangor secara umum hanya mampu dapat sekam sahaja. Orang lain yang dapat makan beras.
sAlam RefORmasi
No comments:
Post a Comment