DEMI RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

JANJI 100 HARI PAKATAN RAKYAT

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA

KADAR TARIF AIR DI MALAYSIA
Tarif air di Johor adalah yang tertinggi........

12 November 2008

Re: Bila Angkasawan berdiam diri, Angsa-angsa pun mula berbunyi




KUALA LUMPUR: Keluarga Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha hari ini melahirkan rasa sedih dan kecewa dengan dakwaan sebuah akhbar bahawa angkasawan negara itu mengumpul dana sebanyak RM1.2 juta melalui siri ceramah yang dilakukannya sejak tahun lepas. Abangnya, Sheikh Taufik Shukor Al Masrie berkata, sejak setahun lepas, angkasawan negara itu bertungkus lumus bergegas ke sana ke mari semata-mata untuk berkongsi pengalamannya ketika di angkasa lepas dengan generasi muda dan sesiapa sahaja yang mahu mendengar.
"Kami tidak minta apa-apa kredit diberikan untuknya, tetapi sedih apabila beliau dituduh sebegini rupa," katanya. Beliau menyifatkan perkara itu sebagai "satu tragedi yang amat besar" kerana disiarkan akhbar parti pembangkang yang kononnya memperjuangkan kesucian agama Islam. "Di sini saya nampak mereka langsung tidak menghargai perjuangan kita ke angkasa lepas sedangkan negara Islam lain turut berbangga dengan pencapaian beliau (Dr Sheikh Muszaphar)," katanya.Sheikh Taufik Shukor Al Masrie berkata, dakwaan yang menyatakan adiknya menerima bayaran sebanyak RM8,000 sejam untuk satu ceramah adalah tidak benar sama sekali.
Bagaimanapun, beliau tidak menafikan ramai yang menjadi orang tengah atau pihak ketiga dalam usaha mendapatkan angkasawan negara itu untuk memberikan ceramah atau motivasi. "Jika untuk sekolah, mereka akan datang terus kepada saya atau abang saya yang lain, dan di sini jelas tidak ada wang, tetapi bila melalui badan bukan kerajaan dan sektor swasta, terdapat banyak orang tengah yang mungkin memanipulasi keadaan dan di sini, wujud perkaraperkara yang tidak telus, yang seterusnya membolehkan wujud tuduhantuduhan seperti ini," katanya. Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan sebuah akhbar milik pembangkang yang mendakwa Dr Sheikh Muszaphar mengenakan bayaran sebanyak RM8,000 untuk satu jam berceramah.Menurut laporan akhbar berkenaan, angkasawan itu telah menjana pendapatan sebanyak RM1.2 juta secara purata daripada 150 badan korporat sejak kembali dari Stesen Angkasa Antarabangsa (ISs) pada Oktober 2007. Kelmarin, angkasawan itu menafikan beliau menetapkan bayaran untuk siri ceramah yang dilakukannya sejak tahun lepas.
Sementara itu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Maximus Ongkili dipetik sebagai berkata kedua-dua angkasawan negara iaitu Dr Sheikh Muszaphar dan Mejar Dr Faiz Khaleed mempunyai kontrak dengan kementerian sehingga 31 Disember ini yang secara spesifiknya menyatakan bahawa mereka tidak boleh mengenakan bayaran bagi ceramah atau program motivasi. Sheikh Taufik Shukor Al Masrie berkata, memang beliau berhasrat menjawab laporan yang dikeluarkan akhbar berkenaan berhubung adiknya, tetapi beliau dinasihat supaya melupakan hasratnya kerana tindakan itu hanya membuang masa.

Beliau berkata, Dr Sheikh Muszaphar juga banyak mendapat undangan daripada pelbagai pihak, tetapi angkasawan negara itu amat berhatihati memilih mana yang ingin dihadirinya kerana tidak mahu dikenali sebagai penghibur, sebaliknya ingin dikenali sebagai seorang pendidik. Sementara itu, bapanya, Datuk Sheikh Mustapha Sheikh Shukor menafikan orang ramai atau mereka yang menghadiri ceramah anaknya dipaksa membeli buku berjudul "My Journey To Space" yang mengandungi catatan pengalaman angkasawan negara itu ketika menjalani latihan serta berada di ISS. "Saya berharap agar Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi akan mempertahankan anak saya memandangkan beliau boleh dianggap sebagai 'a son of negara'," katanya
[Terkadang lucu juga kita melihat gelagat Angkasawan negara yang kononnya telah mengharumkan negara itu. Berpuluh juta wang dibazirkan hanya untuk mencari nama diangkasa. Jika betul-betul naik ke bulan dan berjalan di permukaan bulan itu mungkin boleh diterima oleh kita. Tapi bazirkan wang rakyat hanya untuk mencari formula mengarut yang dibuat oleh Syeikh Muzaffar ternyata sesuatu yang amat membengongkan kita. Tambahan pula, kita sendiri pelik, apakah hasil kajian yang paling bermakna buat negara?. Setakat balik dari angkasa lepas kemudian beri ceramah dengan mengenakan caj yang tinggi, sesiapa pun boleh pergi jika ditanggung oleh negara. Apakah untungnya kepada rakyat?. Sesungguhnya, inilah projek Jamaluddin Jarjis yang paling membazir di dunia. Lebih elok wang jutaan ringgit itu disalurkan kepada rakyat termiskin untuk membasmi mereka dari berada di tahap kemiskinan tegar, namun semua ini diabaikan. Mereka lebih berbangga untuk mencipta nama diangkasa sebaliknya "habuk pun tak ada" yang dibawa untuk rakyat


No comments: